Ahad, November 21, 2010

Emas Sebagai Simpanan, Harta, Dan Pelaburan

Salam.

Rasanya belum terlambat untuk saya mengajak anda semua untuk mengumpul emas untuk dijadikan simpanan. Emas merupakan komoditi yang mempunyai sifat-sifat istimewa yang menjadikannya antara logam paling bernilai di dunia.

Antaranya, emas tidak boleh lupus, contoh paling mudah ialah kita cuba bakar emas, hasilnya emas tetap sama..masih berkilauan dan bernilai. Kita potong-potong emas, hasilnya emas tetap sama..masih berkilauan dan bernilai. Tapi, kalau duit kertas terbakar atau terpotong atau terkoyak? Duit kertas tersebut takkan bernilai langsung.

Emas juga merupakan barang bernilai yang tak terkesan dengan inflasi. Contoh paling mudah..dahulu zaman Rasulullah SAW satu dinar emas (4.25g emas 916) boleh membeli seekor kambing. Zaman sekarang seekor kambing boleh dibelli dengan satu dinar emas juga. Kalau duit kertas…dulu RM 0.20 boleh beli nasik lemak…sekarang RM 0.20 boleh beli nasik lemak?
Hmm..tepuk dahi..tanya adik yang sekolah rendah tu..dia pun boleh jawab..hehe : D
Jika kita beli emas sebagai harta atau simpanan, memang berbaloi. Banyak gunanya, contohnya dinar emas dan dirham perak boleh buat mas kahwin, boleh bagi hadiah kat isteri atau siapa-siapa yang anda rasa “special”, boleh guna untuk bayar zakat, boleh guna untuk pergi haji, boleh beli kambing, boleh guna kat Kelantan kat kedai-kedai yang paparkan “Kami terima Dinar dan Dirham”, untuk buat koleksi, dan lain-lain lagi.

Jika kita beli emas sebagai pelaburan, memang berbaloi. Pulangan purata setiap tahun biasanya lebih 20%. Lagi banyak tahun lagi banyak pulangan. Tak percaya? Mari kita tengok sejarah harga emas daripada sumber berikut:

1. Kitco
a.       Carta Harga Emas Tahun 2010



b.      Carta Harga Emas Tahun 2000-2010

c.       Carta Harga Emas Tahun 1975-2010


d.      Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini.
  

2. LBMA (London Bullion Market Association)


a.   Sejarah Harga Emas Harian 2010. Klik di sini 



b.   Sejarah Harga Emas Harian Bagi Tahun 1968-2010. Klik di sini 


Tapi, ramai yang “takut” atau “tunggu” bila tengok harga emas. Ayat seperti ‘Eh, mahal betul harga emas sekarang nih. Tunggu murah lah baru beli’ atau ‘Tunggu ada bajet lebih la baru beli emas nih’ selalu kita dengar.….Tapi nak tunggu harga murah tu..kalau difikirkan dan dilihat kembali sejarah harga emas, sebenarnya emas jadi murah sikit jer pun. Dalam jangkamasa panjang, harga emas memang akan naik. 

So, bila nak beli emas ni? Jawapannya…bila anda ada duit. Ada duit aje..beli emas. InsyaAllah..memang tak rugi anda beli emas. Sebaik-baiknya lepas beli tu simpan selama mungkin kecuali bila nak pakai atau terdesak.
Wang fiat atau wang kertas yang kita gunakan sekarang ni akan alami kepincangan dan keruntuhan. Sekarang ni USD telah menunjukkan tanda-tandanya. Itulah kesan jika wang kertas tidak disokong oleh  simpanan emas dan jika wang kertas dicetak sesuka hati.

Baru-baru ni Kelantan dah lancarkan Syiling Dinar Emas & Dirham Perak untuk dijadikan matawang bagi urusan perniagaan, dan untuk pembayaran sebahagian gaji pekerja di Kelantan. Tak lama lagi, negeri Perak pulak akan lancarkan syiling emasnya sendiri. Bank-bank pun ada sediakan syiling emas/perak dan  jongkong emas/perak seperti Public Bank, UOB Bank, Maybank, dan lain-lain. Kedai-kedai Ar-Rahnu di seluruh negara juga ada jual/beli emas. So, apa lagi…rebutlah peluang sementara masa masih ada.

Akhir kata, renungi hadith berikut:
Hadith Nabi Muhammad S.A.W: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda; “Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak”.  (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal) Hadith Daif.

Renung-renungkan..Selamat Beramal…

Sekian.

1 ulasan: