Rabu, Mac 23, 2011

Mobile Broadband Always Disconnected - How To Solve?



 Salam.

Kalau anda pernah guna Celcom atau Maxis Broadband, mungkin anda selalu hadapi masalah ni. Anda tengah melayari internet, tiba-tiba je modem disconnected. Kalau tinggalkan komputer anda sehingga idle pun, modem akan disconnected (walaupun anda cuma nak bancuh air kopi, kejap je pun).

Tapi, kalau tengah download sesuatu, perkara disconnected ni tak jadi pulak. So..penyelesainnya ialah pastikan modem broadband anda download sesuatu setiap masa, atau sepanjang anda mahu melayari internet tanpa gangguan. Salah satu cara paling mudah tanpa membazirkan penggunaan volume data  ialah dengan menggunakan command windows "ping".



Contoh: Penggunaan command "ping" dan kesannya pada Celcom Broadband.

Caranya: Buka program "cmd.exe" pada komputer anda.  Pada Windows 7, just tekan button windows dan search "cmd" & tekan Enter. Dalam tetingkap cmd.exe tu taip arahan berikut:
ping -t www.google.com.my
Arahan tambahan "-t" akan memastikan pelaksanaan ping dilakukan sepanjang masa kecuali jika anda menghentikannya sendiri. Anda boleh hentikan arahan tersebut serta merta dengan menekan butang "Ctrl + C" serentak.

Untuk memudahkan anda run command tersebut, anda boleh wujudkan satu fail berformat .bat yang mengandungi arahan tersebut. Caranya, buka editor notepad. Copy & paste arahan ping di atas, dan Save As fail tersebut sebagai namafail.bat. Setiap kali nak melayari internet, click aje namafail.bat tu.

Rujukan mengenai command ping: Klik sini
Dari mana saya dapat idea ni? Dari forum Lowyat.net. Klik sini

Selamat melayari internet tanpa gangguan!
Sekian.

*www.google.com.my dalam arahan "ping" tu contoh je. anda boleh arahkan ping ke website lain yang anda suka :)

10 ulasan:

  1. dah cuba. disconnected tu dah x selalu jadi dah

    BalasPadam
  2. sebab ape dia mcm tu ye...takde option lain ke

    BalasPadam
  3. salah satu sebab utama ialah bilangan pengguna yang gunakan broadband ni pada masa yang sama terlalu ramai. samalah seperti highway, kalau banyak sangat kenderaan, mesti jadi traffic jam.
    terutamanya waktu puncak.

    option terbaik: guna wired-braodband.

    BalasPadam
  4. kalo ping or download okay lah pulak ye...mcm mana pulak dgn traffic

    BalasPadam
  5. actually...kaedah ping ni hanya dapat "mengurangkan" situasi disconnected sahaja. jika traffic terlalu tinggi, situasi disconnected ni akan berlaku juga, cuma tahap kekerapan ia berlaku je akan menurun.

    BalasPadam
  6. tapi kenape benda nie jd pada windows 7. kalo guna Win XP ok jer

    BalasPadam
  7. pada windows XP tidak berlaku? Tak dapat nak terangkan sebab tak pernah guna pula pada windows XP. Mungkin pengguna lain yang guna pada windows XP juga boleh komen...

    BalasPadam
  8. nk tnye sikit, broadband mmg gitu ke?
    sbb bile nk men game on9, asik DC je -_-

    BalasPadam
  9. yup. memang broadband cirinya begitu..cubalah guna kaedah ping tersebut.

    BalasPadam
  10. betul..window XP mmg x berlaku....window 7 mmg slalu disconect...

    BalasPadam