Sabtu, Mei 07, 2011

Ulasan Buku: Rancang Wang Dari Sekarang

Salam.

Saya ada membeli dan telah selesai membaca (dah 2 kali dah khatam..) sebuah buku bertajuk Rancang Wang dari Sekarang oleh Pakdi, terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 

Buku ni sangat bagus untuk golongan muda yang baru bekerja dan golongan pelajar yang akan menempuh alam pekerjaan supaya mereka tak buat kesilapan dalam mengurus kewangan. Biasalah..ramai orang beranggapan begini "aku dah penat belajar bertahun-tahun, apa salahnya aku berbelanja untuk nikmati hasil titik peluh aku selama ni". 

Jadi, ramai lah yang merancang nak beli kereta, gajet terkini, berhibur, melancong dah sebagainya selepas beberapa bulan bekerja. Tapi, tindakan yang betul adalah: SIMPAN duit sebanyak mungkin. Jika simpanan banyak, barulah anda dapat rancang untuk manfaatkan atau gunakan simpanan tersebut secara berhemah untuk menjalani kehidupan yang selesa, bukannya diselubungi hutang atau menghadapi situasi "rat race" (keadaan di mana anda duit anda sentiasa tak cukup). 

Klik sini untuk lihat review buku dari PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 
Klik sini dan sini untuk lihat review dan ulasan pembaca buku lain. 

Isi kandungan buku ini juga merangkumi pengurusan kewangan secara Islamik termasuklah muamalat, harta, riba, hutang, takaful, dan lain-lain lagi yang pada pandangan saya penting untuk kita fahami secara asasnya. Selain itu, buku ini diterangkan dengan ayat yang mudah difahami dan analogi yang tepat dan sesuai. Saya ada bagi ulasan mengenai buku tersebut (berkaitan memahami saham secara asas) pada blog penulis buku tersebut iaitu Pakdi.net. Ini screenshot dari blog beliau yang mengandungi ulasan berharga saya (bakground oren): 

Klik gambar untuk lihat gambar penuh


Secara keseluruhannya, buku ini amat berbaloi untuk dibeli, dibaca, difahami, dan dipraktikkan tips serta nasihat yang ada di dalamnya. Harganya, cuma RM17.50, lebih kurang aje dengan harga nak tengok wayang 3D. Dari segi manfaat yang kita dapat, sudah tentulah beli buku lagi berbaloi kan? Tengok wayang dapat kepuasaan semasa tengok aje (2jam), tapi buku ini mampu memperbaiki pengurusan kewangan anda dalam jangka masa panjang. 

*saya tak dapat apa2 komisyen dari ulasan ini. Just nak kongsi supaya anda dapat manfaat bersama sahaja (jika anda turut membelinya). 

Sekian.