Sabtu, Ogos 13, 2011

Apa Itu Produktiviti?

Produktiviti sering diperkatakan oleh majikan atau rakan-rakan sekerja anda. Namun, tahukah anda apa sebenarnya produktiviti ni? 

Secara mudahnya, produktiviti adalah menghabiskan masa anda bagi melakukan sesuatu tugasan atau matlamat tertentu. Contohnya, jika hari ini anda merancang untuk melakukan 3 tugasan, dan sebelum pulang dari kerja, anda dapat selesaikan semua tugasan tersebut, anda memang sangat produktif! Tetapi, jika anda hanya dapat lakukan 1 tugasan sahaja dan menangguh 2 lagi tugasan kepada hari esok, anda tak produktif lah tu (mungkin banyak ber-facebook atau ber-twitter daripada melakukan tugasan...). 

Satu perkara yang menarik: 
Menjadi produktif, tak semestinya anda perlu mejadi seorang yang sibuk. Perkara ini ada kaitannya dengan "multitasking" dan "fokus". Seperti contoh di atas, jika anda cuba lakukan 3 tugas serentak, anda akan nampak sangat sibuk. Sepatutnya, anda boleh lakukannya satu persatu dengan fokus dan mengikut keutamaan. Hasilnya, tetap sama, iaitu anda dapat siapkan 3 tugasan sehari. Bezanya, anda nampak busy dan tertekan jika gunakan kaedah "multitasking", sedangkan kaedah satu lagi anda akan lebih "rilex", tenang, teratur sehingga kerja selesai dan kemungkinan besar hasil kerja lebih berkualiti dan kemas. 

Produktiviti bukan sahaja dipraktikkan di tempat kerja, malah untuk kehidupan seharian juga. Contohnya, anda merancang untuk melakukan 3 perkara pada hari Sabtu iaitu jogging, basuh baju, dan kemas bilik. Senaraikan, buat satu persatu dengan tenang, dan anda akan berasa satu kepuasan selepas dapat lakukan 3 perkara tersebut. 

Saya sengaja bagi contoh 3 perkara/tugasan sahaja, kerana kebiasaanya, jika kita letakkan terlalu banyak perkara/tugasan nak dibuat, kebarangkalian untuk selesaikan kesemuanya amat tipis. Oleh itu, lebih baik senaraikan 3 perkara/tugasan, jika selesai, senaraikan 3 perkara/tugasan yang lain. Lebih teratur bukan?

Untuk maklumat lanjut mengenai produktiviti ni, sila lawati laman web berikut: 

Harap anda dapat baiki cara kerja anda supaya lebih produktif. (Ingatan buat saya juga..). 

Terima kasih kerana sudi membaca.