Sabtu, Julai 25, 2015

Panduan Menggunakan Kad Kredit Secara Berhemah


Salam.

Anda ada kad kredit? Kalau anda belum ada dan masih was-was sama ada nak dapatkan kad kredit atau tak, artikel ini untuk anda. Mungkin anda takut dengan bunga atau caj-caj kredit kad yang tidak masuk akal, mungkin juga anda tak faham bagaimana kad kredit berfungsi, mungkin juga anda takut tak dapat mengawal perbelanjaan apabila mempunyai kad kredit yang boleh membeli barang/keperluan di luar kemampuan anda. 

Sebenarnya, anda tak perlu takut menggunakan kad kredit. Yang paling penting sekali apabila menggunakan kad kredit ialah membayar jumlah penuh hutang sebelum tarikh tamat (bulanan). Sebagai contoh, anda menggunakan kad kredit sebanyak RM150.00 dan penyata kad kredit anda menyatakan anda perlu bayar sebelum 5hb, anda sepatutnya membayar jumlah penuh penyata RM150.00 juga sebelum 5hb. Yang menjadi masalah dan punca hutang bertambah ialah apabila anda membayar jumlah minima sahaja, contohnya membayar RM50.00 daripada RM150.00. Ini meyebabkan anda dicaj bunga akibat hutang tertunggak RM100.00 itu, dan perlu diingatkan disini caj kad kredit adalah sangat tinggi.

Selain itu, biasanya kad kredit juga mempunyai kelebihan tertentu seperti diskaun apabila membeli di premis-premis yang menjalankan promosi. Ada juga yang memberikan rebat. Contohnya 2.5% rebat. Jika anda berbelanja RM100, anda akan dapat rebat sebanyak RM2.50. Di sini sahaja anda sudah dapat berjimat, sekurang-kurangnya dapat cover balik jumlah yuran yang kerajaan kenakan untuk kad kredit setahun iaitu RM50.00. 

Saya nak kongsi sedikit pengalaman menggunakan kad kredit. Tujuan utama saya menggunakan kad kredit ialah untuk isi minyak. So, saya ambil kad kredit yang bertemakan "untuk pemandu jimat" iaitu CIMB Petronas Mastercard. Dengan menggunakan kad kredit di stesyen minyak, saya tak perlu beratur untuk membeli minyak di kaunter dan saya boleh isi full-tank serta dapatkan resit selepas menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak. Saya juga menggunakan kad kredit untuk menempah badminton court di putrajaya secara online, membayar cukai jalan dan insuran kereta, membayar bil 
apabila servis kereta, dan untuk kes-kes kecemasan apabila saya tidak cukup duit tunai. 

Secara keseluruhannya, kad kredit ini amat berguna dan menguntungkan apabila kita menggunakannya secara berhemah dan secara bijak.