Jumaat, Ogos 26, 2016

Cat Bonet Depan Kereta SAGA BLM SE Kepada Warna Hitam

Salam. Saya baru sahaja selesai cat bonet kereta SAGA BLM SE saya kepada warna hitam. Saya cat baru sebab cat lama yang berwarna putih tu dah rosak dan menjadi kotor, atau istilahnya "cat mati". Kalau polish pun memang dah tak boleh dah, tak dapat nak diselamatkan.

Saya ada survey jugak untuk tampal sticker hitam atau sticker bercorak carbon pada bonet, tapi masalahnya ialah selepas 2 tahun, warna sticker akan menjadi pudar. Kereta saya pula memang selalu parking tanpa bumbung, so memang tak sesuai lah guna sticker. Jadi, penyelesaiannya adalah dengan cat baru sahaja.

Alhamdulillah. Hasil setelah cat agak memuaskan, macam kereta baru pulak, hehe. Cat digunakan adalah metallic black, warna hitamnya berkilat, cat jenis 2K istilahnya. Harganya termasuk kos upah adalah RM 220 sahaja. Kebetulan bumper belakang saya dan bumper dekat area headlight kanan ada longgar sikit, so saya betulkan sekali la dengan pasang skru, kena tambah RM60. Total RM280. Dalam masa 2 hari sahaja sudah siap.

Saga BLM SE bonet hitam
Wajah baru SAGA BLM SE setelah bonet depan dicat warna hitam
Pandangan sisi dari jauh 
Kedai cat kereta yang saya pergi tu dekat Segamat, area belakang Giant lama (sekarang dah tutup). Ada beberapa kedai cat dan ketuk kereta dekat kawasan tu. Berikut merupakan business card kedai tu. Siapa nak try boleh cuba.

Salah satu kedai cat kereta di Segamat




Khamis, Ogos 25, 2016

Cara Nak Batalkan Permohonan Projek PR1MA Yang Telah Berjaya Cabutan Undi

Salam. 

Pada 1 Julai 2016 yang lepas, saya telah mendapat emel daripada PR1MA yang menyatakan saya telah berjaya cabutan undi bagi projek PR1MA Seremban Sentral, Negeri Sembilan. Tetapi, baru-baru ini, saya telah mendapat kerja baru di kawasan Shah Alam, Selangor. Jadi, saya berniat untuk membatalkan permohonan projek PRIMA Seremban Sentral tersebut, tetapi saya risau nama saya akan di-blacklist oleh pihak PR1MA. 

Oleh itu, saya bertanya kepada pihak PR1MA melalui official Facebook page PR1MA Homes mengenai perkara tersebut. Pihak PR1MA menjawab soalan saya dengan menerangkan cara-cara membatalkan permohonan itu. Berikut merupakan jawapan daripada pihak PR1MA: 

"Hantarkan emel kepada info@pr1ma.my dengan subjek "Ingin membatalkan permohonan projek PR1MA @ XXX". Sertakan butiran anda termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan dan Nombor Rujukan PR1MA dan nyatakan sebab anda ingin membatalkan permohonan. Pihak kami akan memproses pembatalan tersebut dan membuka semula akaun saudara untuk membuat permohonan baru bagi mana-mana projek yang dibuka". 

Saya berasa lega kerana masih boleh memohon projek PR1MA yang lain dan nama tidak akan blacklist. Saya bercadang untuk memohon projek PR1MA di kawasan sekitar Shah Alam. Berdasarkan semakan saya di laman web rasmi PR1MA, masih tiada projek PR1MA lagi di kawasan sekitar Shah Alam buat masa ini, jadi hanya perlu tunggu berita atau newsletter dari PR1MA. Masa saya mohon projek PR1MA Seremban Sentral dulu pun disebabkan saya dapat emel dari PR1MA.  

Alternatif lain bagi mencari rumah mampu milik di Selangor ialah melalui rumah Selangorku. Harga maksimum bagi rumah Selangorku ialah RM 250,000  sahaja. Saya belum meneliti maklumat lanjut lagi mengenai rumah Selangorku ini, tapi saya bercadang untuk memohonnya selepas beberapa bulan bekerja di Selangor kerana salah satu syarat permohonan rumah Selangorku ini ialah bermastautin di negeri Selangor. 



Harap-harap saya dapat membeli rumah mampu milik di Selangor nanti. Ameen.