Khamis, Februari 02, 2017

Pengalaman Membeli Rumah Selangorku

Salam semua. 

Saya nak berkongsi pengalaman saya membeli rumah SelangorKu.

Saya mula memohon rumah Selangorku secara online pada 25 Oktober 2016 dengan disertai segala dokumen yang perlu untuk rumah Type C 900kps. Semua dokumen yang perlu adalah dalam bentuk digital sama ada format PDF (ada yang saya scan guna scanner), dan gambar format JPEG/PNG. Saya menyemak status permohonan pada 26 Novembr 2016 dan mendapati status permohonan adalah "Ditawarkan Rumah" bagi projek DeBayu di Setia Alam, mukim Bukit Raja, daerah Petaling. 









Namun, saya tidak mendapat apa-apa SMS, panggilan, atau email daripada pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) atau pihak Developer (SP Setia). Oleh itu, saya telah cuba menelefon kedua-dua pihak untuk mendapatkan kepastian. 

Saya cuba untuk menelefon pihak developer dahulu. Selalunya, apabila saya menelefon talian am mereka, amat susah untuk panggilan saya disambungkan kerana talian sangat sibuk. Setelah mencuba berkali-kali, akhirnya panggilan saya dapat disambungkan dan mereka menyuruh saya menyemak dengan LPHS. Apabila menelelefon pihak LPHS pula, masalah sama dihadapi (panggilan susah disambungkan). Setelah berjaya disambungkan, mereka memaklumkan bahawa nama saya adalah dalam senarai yang berjaya untuk batch kedua (2nd listing) dan mereka baru sahaja menghantar kepada pihak developer. Mereka juga memaklumkan bahawa SOP terbaru bagi pembelian rumah Selangorku ialah pihak developer yang akan mengeluarkan surat tawaran, bukannya pihak LPHS seperti sebelumnya. Maka, proses pembeliannya akan menjadi lebih lama. 

Seterusnya, saya menelefon semula pihak developer dan memaklumkan bahawa saya dalam senarai 2nd listing. Pihak developer memaklumkan yang mereka akan memanggil pemohon dalam 2nd listing pada bulan Januari 2017. Dan paling terbaru, pada bulan Januari saya mendapat maklumat (daripada group facebook dan group whatsapp) bahawa sebenarnya 1st listing hanya akan dipanggil bermula Mac 2017 kerana pihak developer masih memproses projek rumah Selangorku yang sebelumnya iaitu DeKiara. Senarai pemohon untuk 1st listing projek DeBayu sahaja mengandungi lebih kurang 300 orang lebih. Saya dalam 2nd listing, oleh itu saya menganggarkan saya akan dihubungi lebih lewat, mungkin bulan Mei 2017. Bagus juga proses nya lewat kerana dapat mengumpul duit deposit dan yuran guaman yang lebih banyak.

Dan baru-baru ini, saya sempat pergi sendiri ke galeri jualan Setia Alam iaitu di Setia Alam Welcome Center untuk mendapatkan kepastian dan meninjau sendiri model rumah Selangorku DeBayu dan mendapatkan brochure berkaitan. Staff di sana mengesahkan memang akan menghubungi pemohon DeBayu bermula bulan Mac 2017. Cuma tidak semua staff memaklumkan maklumat yang sama. Ada yang memaklumkan pemohon akan mula dihubungi bermula Mac 2017, ada juga yang berkata pemohon dalam 1st listing sudah pun mula dipanggil. Apa-pun, saya dapat mengambil beberapa gambar berkaitan projek rumah Selangorku di Setia Alam ini. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil. 









Lokasi rumah Selangorku di hujung sekali berdekatan signage Setia Alam tu, 3 projek bertanda signage warna kuning




Sambungan kepada blog post ini (Ringkasan kronologi, pinjaman bank, cabut undi no. rumah, dan lain-lain: Proses Cabut Undi & Pinjaman Perumahan Rumah Selangorku

79 ulasan:

  1. Bagaimana perkembangan terbaru?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah dipanggil untuk cabut undi pada 15 April 2017. Alhamdulillah.

      Padam
  2. Apa prosedur masa cabut undi tu ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada hari cabut undi, bawa dokumen2 yang diperlukan seperti salinan IC, salinan surat LPHS, salinan slip gaji terkini (3 bulan), salinan penyata KWSP, salinan penyata borang EA, dan wang pendahuluan RM 2,000. Cabutan akan dibuat (ambil nombor dalam kotak cabutan), kemudian pejanjian Sales & Purchase (S&P) akan ditandatangani bersama peguam yang ditentukan.

      Padam
  3. DITAWARKAN RUMAH BERMAKSUD MEMG AKAN DAPAT ATAU ADA TAPISAN?CABUT UNDI UTK LOT RUMAH ATAU UNTUK APA YA?TERIMA KASIH SEKADAR BERTANYA KERANA SAYA JUGA DAPAT TAWARAN SEPERTI ITU..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Kalau status "ditawarkan rumah" memang akan dapat. Tinggal tunggu proses seterusnya. Kena follow up dengan developer/LPHS. Cabut undi tu untuk tahu unit mana dalam apartment tu. Baca blog post terbaru saya yang berkaitan.

      Padam
  4. Thanks for sharing, good understanding on the progress.
    Thanks a lot. ^^
    Happy Hari Raya Puasa

    BalasPadam
  5. Assalam, awk dapat rumah yang awk apply dlm website ke or pihak LPHS bagi rumah yang berlainanan. Nak tanya ada kemungkinan kita akan dapat rumah yang bukan kita mohon? maksudnya pihak LPHS bagi rumah dari projek dan developer yang lain>

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam website kita mohon rumah selangorku untuk mukim, daerah, & jenis & Type sahaja kan. Bukan pilih projek perumahan terus. Yang saya dapat De Bayu dalam pilihan saya. Kalau ada 5 projek dalam mukim & daerah yang sama, ada kemungkinan juga dapat projek lain

      Padam
  6. Saya dah dapat tapi dapat projek yang lain.boleh tukar ke? Atau memang tak boleh.sebab mmg nak projek yg lain,bukan yg sy dpat

    BalasPadam
    Balasan
    1. sepatutnya semasa apply di website lphs, pastikan mukim & daerah tu betul & projek rumah tu di dalam kawasan mukim/daerah. kalau dapat projek yang lain & masih dalam mukim/daerah yang sama, just terima. kalau di luar mukim/daerah tu kena reject offer lah, hubungi pihak lphs.

      Padam
  7. Tq atas penjelasan. Saya semak status sy telah ditawarkan rumah. Tp masalah utama sy call lphs lgsung xde org jwb, slama 3hari bturut2. Kecewa pn ade. Bila call developer dia kata nama saya xde dlm list lg. Maksudnya mmg kita kena tggu pggilan dr developerla ye? Xde sbarang surat dr lphs yg dihantar ke rumah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Just tunggu surat dari developer, atau call dari developer. Rajin2 lah tengok peti surat tu (alamat yang didaftarkan dengan LPHS)

      Padam
  8. Assalam tuan..bleh kongsi brapa jumlah kos yg telah dibayar utk proses ni..sbb sya bercadang ingin memohon pinjaman kerajaan..dan ada sahabat2 diluar sana kata pinjaman kerajaan tak perlu deposit yg bnyak..risau gak nk sediakan kos2 smua ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. rumah selangorku saya 200k, loan 100%. pendahuluan 2k. legal fees S&P & loan under developer, 3.6k. 2k tu dapat balik selepas beberapa minggu.

      Padam
    2. Assalam Tuan Azlan. Tuan start bayar loan rumah lepas dapat kunci rumah ke atau sebelum lagi? Boleh buat 100% loan ke?

      Padam
    3. Wsalam. Selepas lulus loan dah start bayar mengikut progress rumah. 100% loan boleh buat bergantung pada rekod kewangan di CCRIS.

      Padam
    4. assalam tuan, 3.6k tu bayar bila ye?

      Padam
    5. Selepas sign agreement dengan lawyer

      Padam
    6. salam...sy ade memohon loan 100% dari banker, tp alasan yg dia bg gov servant xdapat 100% tu sy x puas ht.. ke mmng sebegitu syartnya? setahu sy gov servant lg mudah loan 100% sy ni staff berstatus tetap. ade cara x nk dapat 100 % loan?

      Padam
  9. Salam. Boleh saya tau encik Join loan dgn wife or tak ya?

    BalasPadam
  10. saya pun dpt rumah tp xtahu nk ke xnk sebabnya belom cukup deposit 10%.. kalau stakat booking n s&p mampuu lagi.. mcm mne nk dptkan loan 100%..loan gov je kan boleh..sy suami isteri swasta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Swasta boleh guna kwsp akaun 2 untuk cover deposit 10%. Loan 100% boleh kalau rekod CCRIS semua bagus

      Padam
  11. kalau bujang boleh apply ke ? deposit berapa dan legal fees berapa .

    BalasPadam
  12. Bujang boleh apply. Check website lphs. Deposit & legas fees depends on harga rumah & loan. Kalau harga rumah 200k, loan 100% deposit RM0, legal fees RM3.5k. Booking RM2k

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh pakai akaun ke 2 kwsp ke untuk settlekan duit booking dan legal fees ?

      Padam
  13. Kalau status "senarai menunggu tawaran" dapat ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senarai menunggu maksudnya..kalau pembeli sedia ada x jadi beli atau loan x lepas, baru LPHS akan open pada senarai menunggu ini. Ikut giliran. Dapat atau tak..bergantung rezeki masing-masing. Berdoalah ye

      Padam
  14. Saya nak tanya, utk loan dan lawyer, tuan guna panel developer atau cari sendiri?

    BalasPadam
  15. Salam. .Hai Nak tnya..
    Bulan 1 nnti dipanggil utk booking rumah Selangorku jnis d, jgka rumah siap 2021.. Boleh saya tau bila pmbayaran deposit akan dibuat, adakah setelah rumah siap atau sbelum siap ?
    Dan slain booking dan deposit ada lagi caj tersembunyi ke ?
    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Deposit bergantung pada jumlah loan:
      Kalau loan 100% tak perlu bayar apa2. Kalau loan 90% deposit perlu bayar 10% dalam tempoh masa ditetapkan developer tidak berapa lama selepas loan approved.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  16. Salam,saya sudah apply pada aug 2017.. tapi tak ada jawapan & ada rakan saya kata rumah yang saya pohon dah habis, dec 2018 saya tukar jenis rumah tu & try call pemaju utk pengesahan if saya boleh direct ke showroom tapi katanya kena tunggu dari lphs.. lamanya tunggu hampir 2tahun dah.. ada cara yang boleh saya diterima rumah ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tiada cara lain. Perlu melalui LPHS. Kalau ada cara shortcut yg valid pun, adalah apabila developer open walkin jika ada beberapa pembeli asal loan tidak lepas.

      Padam
  17. salam . saya ditawarkan rumah selangoku di alam suria puncak alam . developer ada beritahu sekiranya tak dpt 100% loan, kne bayar dp 10% which is 25k. saya risau if xdpt full loan mcm mana nk by dp. rasanya ada kemungkinan tak semua pemohon dpt ditawrkan full loan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh keluarkan simpanan dari akaun KWSP (semak kelayakan dahulu). Kalau nak dapat 100% loan, score di CCRIS kena bagus.

      Padam
  18. Salam..status menyatakan ditawarkan rumah.tapi masih belum terima surat dr pemaju..bolehkah sekiranya nak tukar mukim/daerah? Bagaimanakah caranya?

    BalasPadam
  19. salam. alhamdulillah. sy pun sama kes mcm cerita tuan. APARTMENT RAFFLESIA SELANGORKU (JENIS D) . sekarang ni su menunggu pihak LPHS and pemaju hubungi sy.. doakan segala urusan sy dipermudahkan ye

    BalasPadam
  20. adakah awak memohon rumah di MKLAND jenis D 250K ?

    BalasPadam
  21. status Menunggu di alam web. tapi sy dapat email dari pihak developer. adakah proses sy ni betul?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya kalau ada penerima rumah Selangorku sedia ada loan nya tak lulus, lphs akan buka kepada yang berada dalam senarai menunggu.

      Padam
    2. Sy pn kes mcm di atas. Dpt email dr developer tp dlm sistem lphs still senarai menunggu. Konfius kat situ.

      Padam
  22. salam.nak tanya... saya baru ditawarkan rumah selangor ku tetapi belum dapat surat lagi..nak standby awal boleh tak klu nak deposit nanti boleh ke keluarkan kwsp suami walaupun pemohonan atas nama saya.. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu refer bank yang bagi loan & kwsp. Rasannya boleh kalau loan ada 2 nama (suami isteri). Kalau ada satu nama tu..tak sure.

      Padam
  23. asslam tuan, lawyer fee sendiri or sekali dgn bank?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duit Sendiri.Sediakan 2% ke 3% daripada harga rumah.

      Padam
  24. Sejatera, ada sesiapa yang dapat tahu status projek Selangorku Jadehill jenis A ? Sy dalam senarai menunggu. Apa nasihat tuan, tunggu lagi atau tukar kawasan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendapat saya: tunggu sehingga dapat. Kalau tak dapat, baru tukar kawasan.

      Padam
    2. Rasenye Jade Hill type A dah habis..

      Padam
  25. Salam.. Nk tnya kalau da ditawarkan rumah.. Kita just Tunggu offer letter or call Dari pemaju kan? Sebab ditawarkan rumah Dari Bulan 3/2019 lagi.. Tp smpai Sekarang X dpt lagi offer letter or call Dari pemaju.. Perlu ke saya terus pegi berjumpa dgn pihak pemaju je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba contact pihak pemaju (call, email, atau walkin)

      Padam
  26. rumah apartment selangorku:
    kalau loan 90%,
    KOS
    10% loan kwsp,
    3%-4% s&p,
    0.001% maintenance & sink,
    monthly bank payment,
    agreement srata tak tau berapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry, strata saya tak berapa tahu, setahu saya strata ni tak perlu bayar terus, selepas duduk rumah bila developer contact baru urusan strata bermula.

      Padam
  27. klo idaman residensi cyberjaya rm500 utk booking.. lain developer mgkin lain byran booking nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh share berapa yang perlu di bayar untuk idaman residensi cyberjaya? legal fee? spa? saya ada memohon dan masih menunggu panngilan daripada developer

      Padam
    2. Sy semak menerusi web da di tawarkn,, so bole sy taw bile dev akn call and bpe duit yg perlu disediakan utkk booking dan legal fee

      Padam
  28. Saya ada buat permohonan utk rumah Pangsapuri Kenangan Bukit Rimau. Dan selepas 2 bulan dlm queue, wakil dari developer Malton development,contact saya yg skrg ni turn saya sbb org sbelum saya x lepas loan. Tapi masalahnye status di LPHS masih dlm Senarai Menunggu. Skrg ni dah seminggu tunggu, boleh ke saya ke LPHS utk dapatkan status update?

    BalasPadam
  29. Tahniah. Kalau developer sendiri yang sudah conntact, sekarang cuma tinggal tunggu surat tawawan official sahajalah daripada pihak developer. LPHS maybe lambat sikit update status

    BalasPadam
  30. salam, nak tanya berapa gaji yang sesuai untuk apply 100% loan untuk type C atau D?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk dapatkan 100% loan bukan mengikut gaji, tetapi rekod CCRIS, kalau bayar semua hutang tanpa tunggakan dengan baik, akan mudah lulus.

      Padam
  31. Salam.
    Kalau permohonan atas nama suami boleh ke loan atas nama isteri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya join loan (2 nama satu loan) boleh. Kalau nama isteri sahaja x bole. Kena tanya bank

      Padam
  32. Salam Encik..Saya di Tawarkan Rumah Jenis D, Segala Dokumen telah di Submit dekat developer office bulan July 2019 , nak tanya berapa lama waktu menunggu sama ada kami layak atau tidak layak. . Permohonan atas nama suami isteri.

    BalasPadam
  33. Ada sesiapa yang sudah dapat surat tawaran untuk Rumah Selangorku Apartmen Harmoni Putra Height?

    BalasPadam
  34. Salam Sekiranya status draf maksudnya apa ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Draf = Permohonan masih belum submit & masoh boleh edit

      Padam
  35. salam tuan, sekiranya permohonan dalam status menunggu maksudnya probability untuk dpt rumah tinggi ke tidak?thanks

    BalasPadam
  36. kalau senarai menunggu ni lama sangat kita nak update baru dia akan tukar balik status kepada "daftar" ya?. saya cuba buat jadi daftar balik.

    BalasPadam
  37. Maaf tuan boleh jelaskan bab pemabayaran tu ke? loan bank 100%? Maksudnya setiap bulan bayar brpa ? Terima kasih

    BalasPadam
  38. Asalamualaikum Saya apply rumah Selangor ku kat sepang JENIS TYPE A, epf akaun 2 sy ada 20K, duit simpanan sy ada sikit.. Kalu sy nk kuar semua akaun 2 epf bejumlah 20K bole ke untuk beli rumah sy ingt nk beli CASH

    BalasPadam
  39. Saya nak tanya kalau senarai pilih macam mana ya?

    BalasPadam
  40. assalamualaikum.. kalau dalam website tulis tunggu.. perlukah saya call developer.. ade yg cakap kalau call developer nama cepat naik.. betul ke teori tu...

    BalasPadam
  41. salam.. biase developer akan call guna personal number or office ye?

    BalasPadam