Ahad, Ogos 12, 2018

Beli Nombor Pendaftaran Kenderaan Secara Online di Website JPJ (mySIKAP)





Zaman sekarang yang serba canggih ini, teknologi memudahkan kita untuk berurusan, semuanya sudah boleh dibuat secara online. Ini termasuklah urusan di JPJ yang dapat diakses melalui sistem mySIKAP. Apa itu mySIKAP? SIKAP adalah singkatan bagi Sistem Informasi Kenderaan dan Pemandu, manakala mySIKAP adalah sistem online di website JPJ yang terbuka untuk orang awam dan syarikat bagi urusan berkaitan JPJ. 

Salah satu urusan yang boleh dilakukan melalui mySIKAP ialah pembelian nombor pendaftaran kenderaan (beli nombor plat) untuk kereta yang baru dibeli. Selalunya kalau beli kereta baru, agen jualan kereta atau runner yang akan uruskan, tetapi caj/upah yang dikenakan adalah agak mahal. Dengan mySIKAP, kita boleh login dan buat sendiri dengan kos yang jauh lebih jimat. 

Berikut merupakan pengalaman saya sendiri membeli nombor pendaftaran JPJ secara atas talian. Secara ringkasnya, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan: 

1. Dapatkan login id & password mySIKAP di kaunter JPJ (perlu pengesahan biometric) 
2. Login di website mySIKAP dan pilih menu Kenderaan>Tempahan No. Pendaftaran
3. Cari nombor pendaftaran yang dikehendaki
4. Bayar menggunakan kad kredit/debit atau perbankan online FPX


Lihat gambar screenshot berikut untuk gambaran lebih jelas bagi langkah-langkah di atas:

Login pada sistem mySIKAP
Pilih menu Kenderaan>Tempahan No. Pendaftaran
Pilih Negeri dan nombor/julat nombor 
Pilih julat nombor dalam lingkungan 50 nombor
Contoh hasil carian menggunakan julat nombor
Pilih mod pembayaran untuk nombor yang dikehendaki
Simpa resit transaksi. Beri resit ini kepada agen jualan kereta untuk urusan pendaftaran kereta

Kos yang perlu dibayar adalah kos standard iaitu RM210 sahaja (update: kos terkini adalah RM310). Jika guna agen, anda mungkin perlu membayar antara RM300 ke RM400 untuk nombor running yang biasa, dan jauh lebih mahal untuk nombor yang menarik atau unik. Jika kita guna sistem mySIKAP sendiri, kita dapat cari dan pilih sendiri nombor yang pada orang lain tak menarik, tetapi bagi kita menarik, contohnya tarikh lahir, nombor rumah, nombor telefon, dan nombor berturutan seperti x444 atau 444x.  

Peringatan mesra: Tempoh untuk mendaftar kenderaan selepas membeli nombor pendaftaran adalah dalam tempoh 6 bulan. Pastikan ianya dibuat sebelum tarikh luput. Sumber: https://bit.ly/3jYvrel


Antara urusan lain yang boleh dilakukan di mySIKAP ini ialah urusan tukar hakmilik kenderaan dan renew lesen memandu (tunggu artikel seterusnya). Diharap artikel ini bermanfaat dan dapat membantu anda untuk guna sistem mySIKAP nanti. Selamat mencuba!

Sabtu, Ogos 11, 2018

Dengar radio yang sama walaupun memandu merentasi kawasan/negeri berlainan.

Semasa memandu sambil mendengar stesyen radio kegemaran, tiba-tiba signal radio hilang atau bertukar ke stesyen radio yang lain, mesti korang pernah alami kan?. Ramai tak tahu sebenarnya ada fungsi pada radio kereta yang membolehkan sesuatu stesyen radio dikunci iaitu fungsi AF - Alternative Frequency.


Apabila fungsi AF ini diaktifkan, frekuensi radio akan bertukar secara automatik bagi stesyen radio yang dikunci. Contohnya jika memandu dari Shah Alam ke Segamat. Pada permulaan perjalanan, frekuensi Era FM di Shah Alam ialah 103.3FM. Dalam perjalanan ke arah Segamat, frekuensi akan bertukar secara automatik kepada 90.3FM iaitu frekuensi Era FM bagi kawasan Segamat/Johor Utara.


Untuk aktifkan fungsi AF ini, pastikan RDS stesyen radio tersebut dapat dilihat dahulu. RDS ialah Radio Data System, yang biasanya akan memaparkan nama stesyen radio dan slogan radio tersebut. Contohnya, RDS ERA FM ialah Era Muzik Hit Terbaik, manakala RDS Bernama Radio pula ialah Berita Pantas, Info Berterusan.
Nanti korang check lah fungsi AF tu ada tak kat kereta masing-masing. 
Selamat mencuba!

#bijakit
#radioAF


Isnin, Jun 11, 2018

Mohon Ganti MyKad Secara Online Dan Ambil Secara Drive-Through

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilalui untuk gantian MyKad jika kad rosak atau cip rosak, berdasarkan pengalaman saya sendiri. Tak perlu beratur panjang di kaunter lagi.

1. Mohon secara online di website JPN. Link:


2. Pilih Negeri: W.P. Putrajaya & Cawangan: JPN Drive-Through semasa checkout. Kemudian, pilih tarikh untuk ambil MyKad tersebut.

3. Buat bayaran RM10 (kad kredit sahaja yang boleh digunakan). Kemudian, print resit bayaran (ada delay sedikit sebelum resit dijana).

4. Pergi ke JPN Drive-Through Putrajaya (Pada google maps atau Waze search "JPN Zoom"). Bawa sekali resit yang telah di-print beserta MyKad lama yang rosak.

p/s:
1. Gantian MyKad ini tidak termasuk permohonan jika kehilangan MyKad atau tukar alamat
2. Waktu urusan JPN Zoom adalah 9 pagi - 1 tengah hari dan 2 petang - 5 petang
3. Baki Touch N Go pada MyKad lama boleh dituntut dengan menelefon pihak Touch N Go, kemudian berikan no. siri MyKad. Baki akan dikreditkan kepada akaun bank dalam masa 30 hari


Website JPN untuk permohonan gantian MyKad

Pilih JPN Drive-Through semasa checkout

JPN Zoom (JPN Drive-Through Putrajaya) di hadapan lobi utama

Laluan ke JPN Zoom di google maps

Selasa, Mei 01, 2018

Smartphone App Untuk Rekod & Pantau Perbelanjaan - Spending Tracker

App Spending Tracker ini adalah aplikasi phone untuk merekodkan dan memantau perbelanjaan anda. Hanya rekodkan Expenses/Income, kemudian transaction serta summary bulanan dapat dilihat dalam bentuk graf.
Untuk expenses, rekod yang perlu keyin adalah amaun, kategori (boleh tambah kategori sendiri), nota tambahan (tak wajib tapi better letak), dan tarikh.
Kelebihan app ini adalah ianya mudah digunakan dan interface nya pula ringkas dan user friendly. Lihat screenshot berikut untuk gambaran penuh:


        












Ahad, April 29, 2018

Cara Kira Progressive Payment Untuk Rumah Dalam Pembinaan

Untuk rumah dalam pembinaan, pembeli perlu bayar installment mengikut peratus rumah yang sudah disiapkan mengikut progress, contohnya 10%, 20%, 35%, 45%, sehinggalah 100%. Formula untuk pengiraan progressive payment adalah seperti berikut:

Jumlah pinjaman x jumlah progress pembinaan = Pinjaman diluluskan oleh bank

Katakan progress pembinaan ialah 35%, dan jumlah pinjaman ialah RM200,000.00, maka

35% x RM200,000 = RM70,000. 

Katakan interest ialah 4.75%, dan pengiraan untuk bulan Januari, maka anda perlu membayar:

[(RM70,000 x 4.75%)/365] x bilangan hari dalam sebulan

= [(RM70,000 x 4.75%)/365] x 31 = RM282.40

Lihat pula contoh lain, jika progress pembinaan ialah 55% dan pengiraan untuk bulan April, maka

55% x RM200,000 = RM110,000. 

Bayaran = [(RM110,000 x 4.75%)/365] x 30 = RM429.45 


Harap membantu.

Selasa, Februari 20, 2018

Dapatkan Laporan CCRIS Dengan Mudah Melalui Permohonan Email


Laporan CCRIS selalunya diperlukan untuk permohonan loan rumah atau nak apply skim perumahan seperti PR1MA dan Rumah Selangorku. Laporan CCRIS hanya boleh didapati di Bank Negara atau Kiosk Bank Negara. 

Ada juga cara lain yang lebih mudah nak dapatkan laporan CCRIS ini, iaitu melalui email. Berikut merupakan proses yang terlibat:

1. Download borang permohonan di website Bank Negara 
2. Isi borang dan scan untuk dijadikan format PDF atau WORD
3. Hantar borang permohonan yang siap diisi melalui email (sertakan sekali IC, borang pengisytiharan pinjaman, dan 2 salinan bill yang ada nama sendiri dan alamat)
4.  Laporan CCRIS akan dihantar melalui email oleh staff Bank Negara (BNMTELELINK) dalam masa 2 minggu. 
5. Selepas dapat email yang mengandungi CCRIS, telefon Bank Negara untuk dapatkan password untuk fail PDF yang dilampirkan
Borang permohonan CCRIS
Checklist Permohonan CCRIS

permohonan CCRIS melalui email

email reply daripada Bank Negara beserta CCRIS 

p/s: Ada satu lagi cara yang lebih mudah iaitu melalui eCCRIS  https://eccris.bnm.gov.my (akan dikongsi selepas cuba nanti). 

Isnin, Februari 12, 2018

Whatsapp Business - App Khas Untuk Tujuan Perniagaan

Cuba anda klik link ni:
www.wasap.my/60333591106
1. Nombor 03 tu guna nombor rumah
2. Tapi boleh whatsapp sebab guna whatsapp business
3. Whatsapp business ada auto reply macam reply untuk new unknown number, reply bila away, & boleh set template quick reply
4. Dekat profile ada maklumat business macam website, location map, & summary
5. Boleh guna whatsapp personal & whatsapp business serentak dalam satu phone ( 2 app berbeza)
6. Search kat Play Store/App Store "whatsapp business"




Ahad, Januari 07, 2018

Renew Insurans Kenderaan & RoadTax Melalui Smartphone App: GetCover

Pada zaman teknologi serba canggih ini, banyak app smartphone boleh memudahka urusan harian kita. 

Melalui app GetCover, anda boleh masukkan nombor pendaftaran kereta dan maklumat kereta akan diperolehi dengan serta merta seperti kelayakan NCD, no. chasis, no. enjin, cubic capacity, manufactured date, dan lain2 kerana app ini integrate dengan database JPJ, ada kerjasama dengan MDEC, dan di bawah seliaan Bank Negara untuk FinTech & InsurTech.
Hanya ikuti 5 langkah demi langkah seperti gambar screenshot:
1. Check NCD
2. Vehicle Owner Details
3. Vehicle Details
4. Road Tax Renewal
5. Quotation










Selepas masukkan semua maklumat, anda akan dapat quotation (bayar pakai credit card atau debit card Visa/Mastercard) dan boleh pilih untuk renew Roadtax juga melalui MyEG. Saya dah cuba buat, dan hasilnya:
1. Polisi insurans siap tak sampai dalam 5 minit & akan dapat softcopy format PDF melalui e-mail
2. Roadtax dapat pada keesokan hari bekerja melalui runner MYEG (perlu kemukakan IC & thumbprint)

Secara keseluruhan, app ini amat bagus sebab:
1. Dapat menjimatkan masa (tak perlu cuti untuk ke JPJ/agen insurans)
2. Boleh monitor maklumat polisi insurans & kenderaan melalui app
3. Dapat request quotation dan kita boleh review dulu apa yang kena cover & harganya dengan terperinci.

Harap bermanfaat & selamat mencuba!

Link app GetCover di Google Play:
https://play.google.com/store/apps/details…
Liputan berita mengenai GetCover di Malaysia:
https://www.thestar.com.my/…/…/29/get-covered-with-getcover/
Official Website GetCover:
http://getcover.asia/