Selasa, Oktober 17, 2017

Analogi Mudah Mengenai Pelaburan Saham

Pelaburan saham secara mudahnya boleh dianalogikan seperti pizza.
Katakan satu pizza boleh dipotong 8. Bayangkan pula pizza itu seperti keuntungan syarikat. Semakin banyak untung syarikat, semakin besar pizza tersebut. Jika pizza makin besar, setiap potongan pizza (1/8) yang akan diperolehi juga semakin besar.
Dalam pelaburan saham, semakin untung sesebuah syarikat, nilai saham akan meningkat. Dividen daripada syarikat juga akan bertambah. Sebaliknya, jika syarikat rugi, nilai saham akan menurun dan dividen juga kurang atau tiada dividen langsung.
Graf turun naik saham sebenarnya adalah proses saham tersebut mencari nilai sebenar syarikat. Ia juga disebabkan oleh supply & demand (jualan dan belian saham), selain spekulasi pelabur jangka masa pendek (daily traders).
Bayangkan pizza-pizza ini dijual secara terbuka di dalam sebuah pasar, dan setiap pizza dipotong kepada banyak bahagian. Ada potong 15, potong 100, potong 1000. Semua pizza ini bebas dibeli oleh sesiapa sahaja. Dalam konteks saham di Malaysia, kesemua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah "public-listed company", maka segala aktiviti syarikat boleh diketahui umum, termasuk maklumat kewangan syarikat (penyata untung rugi, aliran tunai, aset, liabiliti, dan lain2), dan orang awam boleh menilai atau meneliti maklumat tersebut sebelum melabur dalam saham syarikat tersebut.
Tahukah anda sebenarnya majoriti daripada anda terlibat secara tidak langsung dengan saham ini? Ya..ianya melalui pelabur saham institusi atau pemegang amanah seperti PNB(uruskan ASB), KWSP, Tabung Haji, dan Public Mutual.
Mari kita lihat secara kasar jumlah pelaburan antara pelabur institusi yang besar di Malaysia. 
KWSP: 600 billion
PNB: 300 billion
LTAT: 200 billion
KWAP: 150 billion
Tabung Haji: 100 billion

Jika anda mahu melabur sendiri, anda boleh dapat peratus untung yang lebih tinggi daripada pelabur institusi, tetapi ia memerlukan ilmu, pengalaman, kesabaran, dan komitmen yang tinggi. Jadi melaburlah dalam ilmu dahulu. Dengan ilmu yang betul, keuntungan dapat dimaksimakan & kerugian dapat diminimakan. Perlu diingat, setiap pelaburan ada risikonya. Kalau ada orang ajak melabur, dijamin untung sekian2 dan anda hanya goyang kaki, memang sah lah itu scam.
Kredit gambar: www.pexels.com
Fakta pelabur institusi: Seminar Pelabur Global Dato Dr. Nazri Khan
Idea analogi pizza: https://youtu.be/F3QpgXBtDeo

Penulis: Azlan Wahidin

Khamis, Oktober 05, 2017

Hantar Gambar Dengan Resolusi Tinggi Atau Original Size Melalui Whatsapp

Whatsapp sudah menyokong perkongsian semua jenis fail. Ini bermakna, kita boleh menghantar gambar melalui whatsapp dalam full resolution tanpa compression. Kalau anda perasan, setakat ini gambar yang dihantar melalui whatsapp akan pecah2 (tidak jelas) apabila zoom in kerana whatsapp telah compress file tersebut. Lihat contoh details bagi gambar dari kamera saya dan apabila gambar tersebut dihantar melalui whatsapp:
Gambar asal dari kamera
4128 x 2322 (9.6MP)
Saiz 3MB

Gambar Whatsapp 
1032 x 581 (600KP)
Saiz 89.38KB

Compression: 9.6MP/600KP = 16




Whatsapp telah compress gambar tersebut sehingga 16 kali ganda. Untuk menghantar gambar tersebut dalam resolusi asa/resolusi yant tinggi (HD), anda perlu tekan butang Attach, kemudian pilih "Document" (bukannya Gallery), dan pilih nama fail bagi gambar yang ingin dihantar. Selamat mencuba!