Sabtu, Ogos 13, 2011

Apa Itu Produktiviti?

Produktiviti sering diperkatakan oleh majikan atau rakan-rakan sekerja anda. Namun, tahukah anda apa sebenarnya produktiviti ni? 

Secara mudahnya, produktiviti adalah menghabiskan masa anda bagi melakukan sesuatu tugasan atau matlamat tertentu. Contohnya, jika hari ini anda merancang untuk melakukan 3 tugasan, dan sebelum pulang dari kerja, anda dapat selesaikan semua tugasan tersebut, anda memang sangat produktif! Tetapi, jika anda hanya dapat lakukan 1 tugasan sahaja dan menangguh 2 lagi tugasan kepada hari esok, anda tak produktif lah tu (mungkin banyak ber-facebook atau ber-twitter daripada melakukan tugasan...). 

Satu perkara yang menarik: 
Menjadi produktif, tak semestinya anda perlu mejadi seorang yang sibuk. Perkara ini ada kaitannya dengan "multitasking" dan "fokus". Seperti contoh di atas, jika anda cuba lakukan 3 tugas serentak, anda akan nampak sangat sibuk. Sepatutnya, anda boleh lakukannya satu persatu dengan fokus dan mengikut keutamaan. Hasilnya, tetap sama, iaitu anda dapat siapkan 3 tugasan sehari. Bezanya, anda nampak busy dan tertekan jika gunakan kaedah "multitasking", sedangkan kaedah satu lagi anda akan lebih "rilex", tenang, teratur sehingga kerja selesai dan kemungkinan besar hasil kerja lebih berkualiti dan kemas. 

Produktiviti bukan sahaja dipraktikkan di tempat kerja, malah untuk kehidupan seharian juga. Contohnya, anda merancang untuk melakukan 3 perkara pada hari Sabtu iaitu jogging, basuh baju, dan kemas bilik. Senaraikan, buat satu persatu dengan tenang, dan anda akan berasa satu kepuasan selepas dapat lakukan 3 perkara tersebut. 

Saya sengaja bagi contoh 3 perkara/tugasan sahaja, kerana kebiasaanya, jika kita letakkan terlalu banyak perkara/tugasan nak dibuat, kebarangkalian untuk selesaikan kesemuanya amat tipis. Oleh itu, lebih baik senaraikan 3 perkara/tugasan, jika selesai, senaraikan 3 perkara/tugasan yang lain. Lebih teratur bukan?

Untuk maklumat lanjut mengenai produktiviti ni, sila lawati laman web berikut: 

Harap anda dapat baiki cara kerja anda supaya lebih produktif. (Ingatan buat saya juga..). 

Terima kasih kerana sudi membaca.  

Sabtu, Jun 18, 2011

Klang Valley Mass Rapid Transit (MRT) & Property Investment Opportunities.

Salam.

Projek "Klang Valley Mass Rapid Transit" atau lebih popular dikenali sebagai Projek MRT adalah sebuah projek besar bagi menambahbaik sistem pengangkutan awam di kawasan Lembah Klang dan kawasan "Greater KL".  Projek ini merupakan satu inisiatif kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi .

Laluan MRT adalah sepanjang 150km dari Sungai Buloh ke Kajang dan menghubungkan 2 sistem aliran utama RapidKL iaitu Kelana Jaya Line dan Ampang Line. Maklumat lanjut mengenai projek tersebut boleh didapati di laman web berikut:


Selain faedah dari segi sistem pengangkutan awam yang lebih efisyen dan menyeluruh, nilai hartanah di sekitar laluan MRT tersebut juga akan mendapat faedah dari segi kenaikan harga dan peluang projek hartanah baru dibangunkan di sepanjang laluan tersebut. Cuba lihat video berikut:



Laluan lengkap dan kawasan bagi projek tersebut (sumber: laman web kvmrt.com.my) adalah seperti berikut:

Klik untuk lihat gambar penuh. 


Oleh itu, jika anda ada bajet lebih atau memang dalam perancangan untuk melabur dalam hartanah, pertimbangkan untuk melabur di "kawasan panas" di sepanjang laluan MRT tersebut.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Sekian.

Sabtu, Mei 07, 2011

Ulasan Buku: Rancang Wang Dari Sekarang

Salam.

Saya ada membeli dan telah selesai membaca (dah 2 kali dah khatam..) sebuah buku bertajuk Rancang Wang dari Sekarang oleh Pakdi, terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 

Buku ni sangat bagus untuk golongan muda yang baru bekerja dan golongan pelajar yang akan menempuh alam pekerjaan supaya mereka tak buat kesilapan dalam mengurus kewangan. Biasalah..ramai orang beranggapan begini "aku dah penat belajar bertahun-tahun, apa salahnya aku berbelanja untuk nikmati hasil titik peluh aku selama ni". 

Jadi, ramai lah yang merancang nak beli kereta, gajet terkini, berhibur, melancong dah sebagainya selepas beberapa bulan bekerja. Tapi, tindakan yang betul adalah: SIMPAN duit sebanyak mungkin. Jika simpanan banyak, barulah anda dapat rancang untuk manfaatkan atau gunakan simpanan tersebut secara berhemah untuk menjalani kehidupan yang selesa, bukannya diselubungi hutang atau menghadapi situasi "rat race" (keadaan di mana anda duit anda sentiasa tak cukup). 

Klik sini untuk lihat review buku dari PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 
Klik sini dan sini untuk lihat review dan ulasan pembaca buku lain. 

Isi kandungan buku ini juga merangkumi pengurusan kewangan secara Islamik termasuklah muamalat, harta, riba, hutang, takaful, dan lain-lain lagi yang pada pandangan saya penting untuk kita fahami secara asasnya. Selain itu, buku ini diterangkan dengan ayat yang mudah difahami dan analogi yang tepat dan sesuai. Saya ada bagi ulasan mengenai buku tersebut (berkaitan memahami saham secara asas) pada blog penulis buku tersebut iaitu Pakdi.net. Ini screenshot dari blog beliau yang mengandungi ulasan berharga saya (bakground oren): 

Klik gambar untuk lihat gambar penuh


Secara keseluruhannya, buku ini amat berbaloi untuk dibeli, dibaca, difahami, dan dipraktikkan tips serta nasihat yang ada di dalamnya. Harganya, cuma RM17.50, lebih kurang aje dengan harga nak tengok wayang 3D. Dari segi manfaat yang kita dapat, sudah tentulah beli buku lagi berbaloi kan? Tengok wayang dapat kepuasaan semasa tengok aje (2jam), tapi buku ini mampu memperbaiki pengurusan kewangan anda dalam jangka masa panjang. 

*saya tak dapat apa2 komisyen dari ulasan ini. Just nak kongsi supaya anda dapat manfaat bersama sahaja (jika anda turut membelinya). 

Sekian. 

Selasa, April 19, 2011

Semak "Market Price" (Harga Pasaran) Rumah Sebelum Beli


Salam.

Semasa melayari internet bagi menambah pengetahuan mengenai selok belok pelaburan hartanah, saya terjumpa website ni yang amat berguna: http://allhouseprice.my/


Pada masa blog ini ditulis, website tu masih dalam BETA version. Walau bagaimanapun, selepas mencuba mencari "market price" beberapa kawasan hartanah yang pernah saya duduki masa menyewa, saya dapati maklumat harga yang diberikan website tersebut boleh dipercayai.

Jadi, manfaatkanlah website tersebut sebaik-baiknya. Oh ye..antara tips-tips yang saya dapat mengenai pelaburan hartanah ni selepas melayari internet dan baca buku pelaburan ialah :
  • paling penting, pilih LOKASI yang betul. saya ulang, LOKASI, LOKASI, LOKASI.
  • pastikan anda "familiar" dengan kawasan perumahan yang anda nak beli
  • beli di bawah "market price", tak kisah lah dengan cara/sumber apa pun 
  • tetapkan objektif, samada nak sewakan atau duduk sendiri (kemudian jual  selepas beberapa tahun)
  • pastikan anda ada dana mencukupi, dinasihatkan 10% downpayment, dan 10% lagi untuk renovation asas dan pelbagai caj (seperti guaman, cukai, dll..)
  • pastikan anda dah ada ilmu mencukupi mengenai prosedur, proses, dan kerenah2 berurusan dengan pelbagi pihak semasa urusan jual beli rumah ni. 
  • pastikan anda dapat pendapatan pasif yang positif kalau rumah disewakan, bukan rugi.
Ada banyak lagi tips lain, tapi yang dicatat di atas ni adalah di antara yang penting dan paling asas pada pandangan saya. 

Update terbaru (8 May 2017)

Pada masa sekarang ini, untuk melihat anggaran harga rumah yang lebih mudah dan boleh dipercayai ialah dengan melihat laman web marketplace yang  memaparkan iklan jual beli rumah. 3 laman web yang bagus untuk melihat dan survey harga rumah ialah:

1. http://www.mudah.my/
2. http://www.propertyguru.com.my/
3. https://www.iproperty.com.my/

Ok. selamat mencuba!

Update terbaru:
Anda juga boleh ketahui secara kasar harga pasaran rumah melalui sejarah transaksi jual-beli rumah di sesuatu kawasan untuk pasaran subsale (rumah 2nd hand). Baca dengan lebih lanjut pada post terbaru berikut:
Lihat Transaksi Harga Rumah Subsale (2nd Hand) Terkini Secara Terperinci

Rabu, Mac 23, 2011

Mobile Broadband Always Disconnected - How To Solve?



 Salam.

Kalau anda pernah guna Celcom atau Maxis Broadband, mungkin anda selalu hadapi masalah ni. Anda tengah melayari internet, tiba-tiba je modem disconnected. Kalau tinggalkan komputer anda sehingga idle pun, modem akan disconnected (walaupun anda cuma nak bancuh air kopi, kejap je pun).

Tapi, kalau tengah download sesuatu, perkara disconnected ni tak jadi pulak. So..penyelesainnya ialah pastikan modem broadband anda download sesuatu setiap masa, atau sepanjang anda mahu melayari internet tanpa gangguan. Salah satu cara paling mudah tanpa membazirkan penggunaan volume data  ialah dengan menggunakan command windows "ping".



Contoh: Penggunaan command "ping" dan kesannya pada Celcom Broadband.

Caranya: Buka program "cmd.exe" pada komputer anda.  Pada Windows 7, just tekan button windows dan search "cmd" & tekan Enter. Dalam tetingkap cmd.exe tu taip arahan berikut:
ping -t www.google.com.my
Arahan tambahan "-t" akan memastikan pelaksanaan ping dilakukan sepanjang masa kecuali jika anda menghentikannya sendiri. Anda boleh hentikan arahan tersebut serta merta dengan menekan butang "Ctrl + C" serentak.

Untuk memudahkan anda run command tersebut, anda boleh wujudkan satu fail berformat .bat yang mengandungi arahan tersebut. Caranya, buka editor notepad. Copy & paste arahan ping di atas, dan Save As fail tersebut sebagai namafail.bat. Setiap kali nak melayari internet, click aje namafail.bat tu.

Rujukan mengenai command ping: Klik sini
Dari mana saya dapat idea ni? Dari forum Lowyat.net. Klik sini

Selamat melayari internet tanpa gangguan!
Sekian.

*www.google.com.my dalam arahan "ping" tu contoh je. anda boleh arahkan ping ke website lain yang anda suka :)

Sabtu, Januari 29, 2011

Any Video Converter | Convert Fail Multimedia Dengan Mudah

Any Video Converter - "All-in-One video converting tool with easy-to-use graphical interface, fast converting speed and excellent video quality. It allows you to effortlessly convert video files between every format! This free version supports DVD NTSC, DVD PAL, MPEG-I, MPEG-II, MPEG-4 and Flash FLV video profiles."

Website: http://www.any-video-converter.com/products/for_video_free/

Komen saya: 
Software ini amat berguna jika anda ingin memindahkan lagu atau video kegemaran anda daripada komputer kepada handphone/smartphone anda. 

Sesetengah handphone/smartphone hanya boleh memainkan multimedia dalam format tertentu sahaja ,contohnya fail format MP4 boleh dimainkan, tetapi fail format FLV dan format MOV tidak  dapat dimainkan. 

Dengan software ini, masalah tersebut dapat diatasi. Anda boleh convert fail-fail multimedia yang disukai seperti video kegemaran yang dimuatturun daripada youtube (biasanya format FLV atau MP4 dengan codec tertentu) kepada fail format MP4 yang biasanya disokong oleh kebanyakan handphone/smartphone. 

Anda boleh muatturun sotware ini di sini.