Isnin, Julai 12, 2021

Crypto Robot Trading: Perkongsian Pengalaman

Saya nak share sikit pengalaman terlibat dalam crypto robot trading, iaitu jual beli coin crypto seperti Bitcoin menggunakan Robot AI (Artificial Intelligence) yang dinamakan Royal Q. Saya pun baru lagi gunakan robot tu bermula 27 Mei 2021. Sehingga 3 Ogos 2021 iaitu selepas guna 2 bulan 7 hari, Alhamdulillah saya dapat pulangan total ROI 14.8% atau average pulangan ROI 6.6% sebulan. (Modal 350USDT, Cumulative Profit 51.8USDT atau RM219, boleh refer screenshot di bawah). Ok sangat la tu kan dari menunggu setahun dari "buku biru" atau "buku hijau" untuk dapat hasil. 

Cuma apabila nak bermula melabur dan berdagang ni, perlu menggunakan modal yang minima dan duit lebihan (ini sangat penting!), bukannya duit keperluan yang memang nak guna seperti duit nak makan, nak belanja harian, nak bayar loan rumah/kereta dan duit tanggung keluarga. Ini disebabkan mana-mana pelaburan pun ada risikonya, bukan tiap-tiap hari pasaran kripto bagus, ada masa pasaran naik, ada masa pasaran turun. Kripto ini lebih tinggi risikonya berbanding saham. High Risk, High Return. Low Risk Low Return. Trade At Your Own Risk! Pelaburan anda adalah tanggungjawab anda. 

Kripto ni adalah revolusi teknologi terkini yang semakin ramai orang guna dan terima hari ini. Seperti mula-mula teknologi internet diperkenalkan beberapa dekad dahulu. Cuba bayangkan jika ada bank yang menolak penggunaan & integrasi internet dalam urusan kewangan bank dahulu, agaknya apa akan jadi pada bank tersebut? Tiada Internet-Banking, tiada e-Wallet, dan tiada FinTech. Begitu juga lah kes-nya jika dianalogikan dengan Kripto hari ini. 

"Trading is 80% emotion, 20% technique". Ini adalah pepatah popular yang menggambarkan bahawa kebanyakan pelabur atau pedagang rugi disebabkan emosi, bukannya disebabkan teknik atau ilmu. Dengan robot kripto AI ini, ia dapat hapuskan masalah utama trader iaitu emosi apabila market bagus, semua coin hijau (untung), trader menjadi tamak atau terlebih yakin, atau sebaliknya apabila market tak bagus, semua coin merah (rugi), trader menjadi takut dan stress.  


Contoh ketika market bagus, semua coin hijau (untung)

Contoh ketika market tak bagus, semua coin merah (rugi)

Untuk makluman, Robot ini bekerja setiap masa 24 jam 7 hari seminggu melainkan kita stop atau pause dia. Jadi selepas buat setup sekali, dah tak perlu selalu monitor hari-hari, jiwa pun tenang. Lihat contoh screenshot di bawah, robot kripto dah tolong beli dan jual kan (Take Profit) pada pukul 3 pagi, 4 pagi, dan 5 pagi. Bila bangun pagi je dah boleh tersenyum gembira tengok phone sebab dapat jana duit 😁. 


Terdapat satu quote popular dari Warren Buffet iaitu:

Jadi, sekarang kita dah jumpa cara untuk buat duit ketika tidur. Best kan? 

Jangan risau jika anda tiada kemahiran analisa teknikal (yang memerlukan trader menghadap monitor lukis graf  dan nampak susah dan complicated tu), atau anda "zero" dalam trading kripto kerana ada teknik dan setup tertentu yang boleh dibuat dalam robot tersebut bersesuaian untuk yang zero. Apa yang penting adalah money management (pengurusan kewangan) dari duit lebihan yang saya beritahu di atas. 

Akhir kata, dalam krisis ada peluang. Dan peluang tu dapat diambil bagi mereka yang sudah bersedia. Sesiapa yang berminat nak tau lebih lanjut pasal Crypto Robot Trading, boleh lah join Telegram Channel saya di: 

https://t.me/crypto_robot_with_Azlan

Terima kasih kerana membaca sehingga habis.