Untuk rumah dalam pembinaan, pembeli perlu bayar installment mengikut peratus rumah yang sudah disiapkan mengikut progress, contohnya 10%, 20%, 35%, 45%, sehinggalah 100%. Formula untuk pengiraan progressive payment adalah seperti berikut:
Jumlah pinjaman x jumlah progress pembinaan = Pinjaman diluluskan oleh bank
Katakan progress pembinaan ialah 35%, dan jumlah pinjaman ialah RM200,000.00, maka
35% x RM200,000 = RM70,000.
Katakan interest ialah 4.75%, dan pengiraan untuk bulan Januari, maka anda perlu membayar:
[(RM70,000 x 4.75%)/365] x bilangan hari dalam sebulan
= [(RM70,000 x 4.75%)/365] x 31 = RM282.40
Lihat pula contoh lain, jika progress pembinaan ialah 55% dan pengiraan untuk bulan April, maka
55% x RM200,000 = RM110,000.
Bayaran = [(RM110,000 x 4.75%)/365] x 30 = RM429.45
Harap membantu.
Memaparkan catatan dengan label Hartanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hartanah. Papar semua catatan
Ahad, April 29, 2018
Selasa, Mei 23, 2017
Proses Cabut Undi & Pinjaman Perumahan Rumah Selangorku
Perkongsian kali ini adalah mengenai proses cabut undi dan pinjaman perumahan bagi Rumah Selangorku. Sebelum ini saya ada berkongsi mengenai Pengalaman Membeli Rumah Selangorku bagi projek apartmen DeBayu, Setia Alam (Type C).
Saya kongsikan dahulu ringkasan dan kronologi proses pembelian Rumah Selangorku berdasarkan pengalaman saya sendiri:
- Mohon online di website LPHS: 25 Oktober 2016
- Ditawarkan rumah: 26 November 2016
- Dapat surat tawaran daripada developer: 7 April 2017
- Cabut Undi: 15 April 2017
- Mohon pinjaman perumahan: 15 April 2017
- Dapat tawaran pinjaman perumahan: 20 April 2017
- Tandatangan surat tawaran pinjaman perumahan: 26 April 2017
- Maklumkan peguam mengenai kelulusan pinjaman & proses penyediaan perjanjian bermula: 27 April 2017
- Developer minta salinan tawaran pinjaman perumahan: 8 Mei 2017
- Tandatangan perjanjian S&P & perjanjian pinjaman perumahan: 10 Julai 2017
![]() |
Surat tawaran Rumah Selangorku daripada LPHS |
![]() |
Surat tawaran Rumah Selangorku daripada SP Setia (page 1) |
![]() |
Surat tawaran Rumah Selangorku daripada SP Setia (page 2) |
Kronologi nombor 1 & 2 saya dah cover dalam perkongsian sebelum ini. Saya akan kongsikan mengenai kronologi nombor 3 dan seterusnya. Saya dapat surat tawaran dan makluman untuk cabut undi pada 7 April 2017. Di dalam surat tersebut, terdapat 2 surat tawaran, satu daripada developer (SP Setia) bertarikh 1 April 2017, satu lagi daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bertarikh 10 Mac 2017. Tarikh cabut undi adalah dalam masa 2 minggu daripada surat tawaran iaitu 15 April 2017. Saya tidak mendapat apa-apa SMS ataupun call daripada developer yang menyatakan surat tawaran sudah ready dan kena cabut undi. Nasib baiklah saya ikut perkembangan semasa di group whatsapp dan group facebook Rumah Selangorku DeBayu. Untuk makluman, jika saya tidak hadir pada tarikh cabut undi, tawaran tersebut akan terbatal dengan sendirinya.
- Pada hari cabut undi tersebut, saya perlu membawa bersama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan surat tawaran developer
- Salinan MyKad (4 keping)
- Bayaran wang pendahuluan sebanyak RM2,000.00 (cek/bank draf atau tunai)
- Salinan surat tawaran LPHS
- Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
- Salinan penyata terkini KWSP
- Salinan borang J/Borang EA
Pada hari cabut undi tersebut, Surat Perjanjian Jual Beli (Sales & Purchase Agreement) sudah tersedia dan saya perlu tandatangan surat perjanjian pada hari itu juga. Untuk makluman, walaupun sudah tandatangan S&P, jika kita tidak berjaya dapat mana-mana pinjaman perumahan dalam tempoh yang ditetapkan, kita akan dapat semula apa-apa bayaran yang telah dibuat kepada developer. Pada hari cabut undi itu juga, bank-bank panel ada sekali, so kita boleh terus bertanya kelayakan dan mohon pinjman perumahan. Saya mohon dari 3 bank iaitu Maybank, CIMB, dan BSN.
Lebih kurang seminggu selepas tarikh cabut undi, saya dapat berita pinjaman perumahan saya lulus bagi ketiga-tiga bank (100% pinjaman). Mungkin sebab rekod CCRIS saya ok. Saya pilih Maybank sebab interest rate yang ditawarkan paling rendah sebanyak 4.5%, tambahan pulan gaji saya masuk ke Maybank, so boleh buat standing instruction (automatik tolak daripada akaun Maybank untuk bayar installment bulanan pinjaman perumahan). Insatllment bulanan saya untuk pinjaman Maybank adalah RM1021, bagi tempoh bayaran/pinjaman 32 tahun, termasuk MRTT RM8,549.00
Agen Maybank telah datang ke office saya di Shah Alam untuk tandatangan surat tawaran pinjaman perumahan tersebut lebih kurang seminggu selepas dapat berita kelulusan pinjaman. Kemudian saya call person in charge di pihak developer untuk memaklumkan yang pinjaman saya dah lulus. Developer suruh saya maklumkan pihak peguam dahulu. Pihak peguam perlukan salinan surat tawaran pinjaman perumahan, dan mereka meminta supaya saya hantar softcopy (scanned sebagai fail PDF) surat tawaran pinjaman tersebut supaya dapat diproses lebih cepat kerana jika tunggu Maybank hantar surat tawaran secara serahan tangan, akan ambil masa seminggu. Seminggu selepas saya serahkan softcopy surat tawaran pinjaman perumahan, pihak developer call saya untuk minta softcopy juga.
Selain S&P aggreement, perjanjian pinjaman perumahan juga akan disediakan oleh pihak peguam yang sama, dengan kos lebih kurang RM3,500.00 untuk legal fees & stamp duty. Untuk legal fees & stamp duty S&P, kos tersebut ditanggung oleh pemaju. Saya dapat maklum daripada group whatsapp/facebook bahawa proses penyediaan dokumen S&P dan perjanjian pinjaman perumahan akan ambil masa paling cepat pun sebulan.
Update terbaru: Saya telah tandatangan perjanjian S&P dan perjanjian pinjaman perumahan bersama pihak peguam pada 10 Julai 2017. Saya perlu tandatangan setiap mukasurat dokumen perjanjian (lebih 50 mukasurat), dan kemudian perlu membayar wang sebanyak RM3,400 sebagai kos legal fees dalam masa sebulan.
Setakat itu sahajalah perkongsian saya pada kali ini.
Khamis, Februari 02, 2017
Pengalaman Membeli Rumah Selangorku
Saya nak berkongsi pengalaman saya membeli rumah SelangorKu.
Saya mula memohon rumah Selangorku secara online pada 25 Oktober 2016 dengan disertai segala dokumen yang perlu untuk rumah Type C 900kps. Semua dokumen yang perlu adalah dalam bentuk digital sama ada format PDF (ada yang saya scan guna scanner), dan gambar format JPEG/PNG. Saya menyemak status permohonan pada 26 Novembr 2016 dan mendapati status permohonan adalah "Ditawarkan Rumah" bagi projek DeBayu di Setia Alam, mukim Bukit Raja, daerah Petaling.
Namun, saya tidak mendapat apa-apa SMS, panggilan, atau email daripada pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) atau pihak Developer (SP Setia). Oleh itu, saya telah cuba menelefon kedua-dua pihak untuk mendapatkan kepastian.
Saya cuba untuk menelefon pihak developer dahulu. Selalunya, apabila saya menelefon talian am mereka, amat susah untuk panggilan saya disambungkan kerana talian sangat sibuk. Setelah mencuba berkali-kali, akhirnya panggilan saya dapat disambungkan dan mereka menyuruh saya menyemak dengan LPHS. Apabila menelelefon pihak LPHS pula, masalah sama dihadapi (panggilan susah disambungkan). Setelah berjaya disambungkan, mereka memaklumkan bahawa nama saya adalah dalam senarai yang berjaya untuk batch kedua (2nd listing) dan mereka baru sahaja menghantar kepada pihak developer. Mereka juga memaklumkan bahawa SOP terbaru bagi pembelian rumah Selangorku ialah pihak developer yang akan mengeluarkan surat tawaran, bukannya pihak LPHS seperti sebelumnya. Maka, proses pembeliannya akan menjadi lebih lama.
Saya cuba untuk menelefon pihak developer dahulu. Selalunya, apabila saya menelefon talian am mereka, amat susah untuk panggilan saya disambungkan kerana talian sangat sibuk. Setelah mencuba berkali-kali, akhirnya panggilan saya dapat disambungkan dan mereka menyuruh saya menyemak dengan LPHS. Apabila menelelefon pihak LPHS pula, masalah sama dihadapi (panggilan susah disambungkan). Setelah berjaya disambungkan, mereka memaklumkan bahawa nama saya adalah dalam senarai yang berjaya untuk batch kedua (2nd listing) dan mereka baru sahaja menghantar kepada pihak developer. Mereka juga memaklumkan bahawa SOP terbaru bagi pembelian rumah Selangorku ialah pihak developer yang akan mengeluarkan surat tawaran, bukannya pihak LPHS seperti sebelumnya. Maka, proses pembeliannya akan menjadi lebih lama.
Seterusnya, saya menelefon semula pihak developer dan memaklumkan bahawa saya dalam senarai 2nd listing. Pihak developer memaklumkan yang mereka akan memanggil pemohon dalam 2nd listing pada bulan Januari 2017. Dan paling terbaru, pada bulan Januari saya mendapat maklumat (daripada group facebook dan group whatsapp) bahawa sebenarnya 1st listing hanya akan dipanggil bermula Mac 2017 kerana pihak developer masih memproses projek rumah Selangorku yang sebelumnya iaitu DeKiara. Senarai pemohon untuk 1st listing projek DeBayu sahaja mengandungi lebih kurang 300 orang lebih. Saya dalam 2nd listing, oleh itu saya menganggarkan saya akan dihubungi lebih lewat, mungkin bulan Mei 2017. Bagus juga proses nya lewat kerana dapat mengumpul duit deposit dan yuran guaman yang lebih banyak.
Dan baru-baru ini, saya sempat pergi sendiri ke galeri jualan Setia Alam iaitu di Setia Alam Welcome Center untuk mendapatkan kepastian dan meninjau sendiri model rumah Selangorku DeBayu dan mendapatkan brochure berkaitan. Staff di sana mengesahkan memang akan menghubungi pemohon DeBayu bermula bulan Mac 2017. Cuma tidak semua staff memaklumkan maklumat yang sama. Ada yang memaklumkan pemohon akan mula dihubungi bermula Mac 2017, ada juga yang berkata pemohon dalam 1st listing sudah pun mula dipanggil. Apa-pun, saya dapat mengambil beberapa gambar berkaitan projek rumah Selangorku di Setia Alam ini. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil.
![]() |
Lokasi rumah Selangorku di hujung sekali berdekatan signage Setia Alam tu, 3 projek bertanda signage warna kuning |
Sambungan kepada blog post ini (Ringkasan kronologi, pinjaman bank, cabut undi no. rumah, dan lain-lain: Proses Cabut Undi & Pinjaman Perumahan Rumah Selangorku.
Khamis, Ogos 25, 2016
Cara Nak Batalkan Permohonan Projek PR1MA Yang Telah Berjaya Cabutan Undi
Salam.
Pada 1 Julai 2016 yang lepas, saya telah mendapat emel daripada PR1MA yang menyatakan saya telah berjaya cabutan undi bagi projek PR1MA Seremban Sentral, Negeri Sembilan. Tetapi, baru-baru ini, saya telah mendapat kerja baru di kawasan Shah Alam, Selangor. Jadi, saya berniat untuk membatalkan permohonan projek PRIMA Seremban Sentral tersebut, tetapi saya risau nama saya akan di-blacklist oleh pihak PR1MA.
Oleh itu, saya bertanya kepada pihak PR1MA melalui official Facebook page PR1MA Homes mengenai perkara tersebut. Pihak PR1MA menjawab soalan saya dengan menerangkan cara-cara membatalkan permohonan itu. Berikut merupakan jawapan daripada pihak PR1MA:
"Hantarkan emel kepada info@pr1ma.my dengan subjek "Ingin membatalkan permohonan projek PR1MA @ XXX". Sertakan butiran anda termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan dan Nombor Rujukan PR1MA dan nyatakan sebab anda ingin membatalkan permohonan. Pihak kami akan memproses pembatalan tersebut dan membuka semula akaun saudara untuk membuat permohonan baru bagi mana-mana projek yang dibuka".
Saya berasa lega kerana masih boleh memohon projek PR1MA yang lain dan nama tidak akan blacklist. Saya bercadang untuk memohon projek PR1MA di kawasan sekitar Shah Alam. Berdasarkan semakan saya di laman web rasmi PR1MA, masih tiada projek PR1MA lagi di kawasan sekitar Shah Alam buat masa ini, jadi hanya perlu tunggu berita atau newsletter dari PR1MA. Masa saya mohon projek PR1MA Seremban Sentral dulu pun disebabkan saya dapat emel dari PR1MA.
Alternatif lain bagi mencari rumah mampu milik di Selangor ialah melalui rumah Selangorku. Harga maksimum bagi rumah Selangorku ialah RM 250,000 sahaja. Saya belum meneliti maklumat lanjut lagi mengenai rumah Selangorku ini, tapi saya bercadang untuk memohonnya selepas beberapa bulan bekerja di Selangor kerana salah satu syarat permohonan rumah Selangorku ini ialah bermastautin di negeri Selangor.
Harap-harap saya dapat membeli rumah mampu milik di Selangor nanti. Ameen.
Rabu, Mei 25, 2016
Lihat Transaksi Harga Rumah Sub-Sale (2nd Hand) Terkini Secara Terperinci
Salam. Jika anda ingin menjual atau membeli rumah sub-sale dan ingin mengetahui harga rumah semasa untuk rumah di kejiranan tertentu, anda boleh mengetahui harga transaksi yang telah berlaku di kawasan tersebut secara terperinci dan terkini di http://www.brickz.my/
Laman web tersebut akan menyenaraikan 10 transaksi terkini di sesuatu tempat bagi jenis residential, commercial, industrial, land, dan agricultural. Pembeli atau Pelabur yang lebih serius boleh subscribe kepada account berbayar yang boleh memaparkan transaksi yang lebih lengkap dan akses kepada tools yang lebih lengkap dan tidak terhad.
Data-data yang diperolehi di laman web tersebut diperolehi daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH). Setiap transaksi selepas stamp duty bagi perjanjian Sales and Purchase diproses akan direkodkan. Ini membolehkan data-data di laman web tersebut dijadikan sumber yang diyakini dengan kebolehpercayaan (reliability) yang tinggi.
Sebagai contoh, jika keyword "garden avenue seremban" dimasukkan di dalam search function laman web tersebut, terdapat 11 transaksi yang ada di dalam rekod (hanya 10 boleh dilihat) dengan harga per square feet (126 hingga 200) dan range harga (RM 150,000 hingga RM 263,000).
Diharap laman web tersebut mampu membantu anda membuat keputusan menjual/membeli rumah di kawasan tertentu dengan mudah, pantas, dan berkesan sebelum dinilai oleh pihak Penilai secara rasmi.
Selasa, April 19, 2011
Semak "Market Price" (Harga Pasaran) Rumah Sebelum Beli
Salam.
Semasa melayari internet bagi menambah pengetahuan mengenai selok belok pelaburan hartanah, saya terjumpa website ni yang amat berguna: http://allhouseprice.my/
Pada masa blog ini ditulis, website tu masih dalam BETA version. Walau bagaimanapun, selepas mencuba mencari "market price" beberapa kawasan hartanah yang pernah saya duduki masa menyewa, saya dapati maklumat harga yang diberikan website tersebut boleh dipercayai.
Jadi, manfaatkanlah website tersebut sebaik-baiknya. Oh ye..antara tips-tips yang saya dapat mengenai pelaburan hartanah ni selepas melayari internet dan baca buku pelaburan ialah :
- paling penting, pilih LOKASI yang betul. saya ulang, LOKASI, LOKASI, LOKASI.
- pastikan anda "familiar" dengan kawasan perumahan yang anda nak beli
- beli di bawah "market price", tak kisah lah dengan cara/sumber apa pun
- tetapkan objektif, samada nak sewakan atau duduk sendiri (kemudian jual selepas beberapa tahun)
- pastikan anda ada dana mencukupi, dinasihatkan 10% downpayment, dan 10% lagi untuk renovation asas dan pelbagai caj (seperti guaman, cukai, dll..)
- pastikan anda dah ada ilmu mencukupi mengenai prosedur, proses, dan kerenah2 berurusan dengan pelbagi pihak semasa urusan jual beli rumah ni.
- pastikan anda dapat pendapatan pasif yang positif kalau rumah disewakan, bukan rugi.
Ada banyak lagi tips lain, tapi yang dicatat di atas ni adalah di antara yang penting dan paling asas pada pandangan saya.
Update terbaru (8 May 2017)
Pada masa sekarang ini, untuk melihat anggaran harga rumah yang lebih mudah dan boleh dipercayai ialah dengan melihat laman web marketplace yang memaparkan iklan jual beli rumah. 3 laman web yang bagus untuk melihat dan survey harga rumah ialah:
1. http://www.mudah.my/
2. http://www.propertyguru.com.my/
3. https://www.iproperty.com.my/
Ok. selamat mencuba!
Update terbaru:
Anda juga boleh ketahui secara kasar harga pasaran rumah melalui sejarah transaksi jual-beli rumah di sesuatu kawasan untuk pasaran subsale (rumah 2nd hand). Baca dengan lebih lanjut pada post terbaru berikut:
Lihat Transaksi Harga Rumah Subsale (2nd Hand) Terkini Secara Terperinci
Update terbaru:
Anda juga boleh ketahui secara kasar harga pasaran rumah melalui sejarah transaksi jual-beli rumah di sesuatu kawasan untuk pasaran subsale (rumah 2nd hand). Baca dengan lebih lanjut pada post terbaru berikut:
Lihat Transaksi Harga Rumah Subsale (2nd Hand) Terkini Secara Terperinci
Langgan:
Catatan (Atom)