Khamis, Ogos 25, 2016

Cara Nak Batalkan Permohonan Projek PR1MA Yang Telah Berjaya Cabutan Undi

Salam. 

Pada 1 Julai 2016 yang lepas, saya telah mendapat emel daripada PR1MA yang menyatakan saya telah berjaya cabutan undi bagi projek PR1MA Seremban Sentral, Negeri Sembilan. Tetapi, baru-baru ini, saya telah mendapat kerja baru di kawasan Shah Alam, Selangor. Jadi, saya berniat untuk membatalkan permohonan projek PRIMA Seremban Sentral tersebut, tetapi saya risau nama saya akan di-blacklist oleh pihak PR1MA. 

Oleh itu, saya bertanya kepada pihak PR1MA melalui official Facebook page PR1MA Homes mengenai perkara tersebut. Pihak PR1MA menjawab soalan saya dengan menerangkan cara-cara membatalkan permohonan itu. Berikut merupakan jawapan daripada pihak PR1MA: 

"Hantarkan emel kepada info@pr1ma.my dengan subjek "Ingin membatalkan permohonan projek PR1MA @ XXX". Sertakan butiran anda termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan dan Nombor Rujukan PR1MA dan nyatakan sebab anda ingin membatalkan permohonan. Pihak kami akan memproses pembatalan tersebut dan membuka semula akaun saudara untuk membuat permohonan baru bagi mana-mana projek yang dibuka". 

Saya berasa lega kerana masih boleh memohon projek PR1MA yang lain dan nama tidak akan blacklist. Saya bercadang untuk memohon projek PR1MA di kawasan sekitar Shah Alam. Berdasarkan semakan saya di laman web rasmi PR1MA, masih tiada projek PR1MA lagi di kawasan sekitar Shah Alam buat masa ini, jadi hanya perlu tunggu berita atau newsletter dari PR1MA. Masa saya mohon projek PR1MA Seremban Sentral dulu pun disebabkan saya dapat emel dari PR1MA.  

Alternatif lain bagi mencari rumah mampu milik di Selangor ialah melalui rumah Selangorku. Harga maksimum bagi rumah Selangorku ialah RM 250,000  sahaja. Saya belum meneliti maklumat lanjut lagi mengenai rumah Selangorku ini, tapi saya bercadang untuk memohonnya selepas beberapa bulan bekerja di Selangor kerana salah satu syarat permohonan rumah Selangorku ini ialah bermastautin di negeri Selangor. 



Harap-harap saya dapat membeli rumah mampu milik di Selangor nanti. Ameen. 

9 ulasan:

  1. salam. nak tanya, lambat tak prima respon email tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lambat juga, lepas beberapa minggu baru reply sedang diproses. Lepas beberapa minggu tanya lagi, baru reply selesai

      Padam
    2. Salam. Dah dapat rumah di Shah Alam? Rumah selangorku sime darby ada lagi tu..Serunai

      Padam
  2. Salam tuan/puan kalau dah lulus dan siap ada geran boleh ke kita nak batalkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun nak cancel mcm mana,sudah ade geran

      Padam
  3. Bagaimana saya nak batalkan permohonan rumah selangorku

    BalasPadam
  4. Bagaimana cara nak batalkan permohonan rumah selangorku

    BalasPadam