Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 12, 2018

Beli Nombor Pendaftaran Kenderaan Secara Online di Website JPJ (mySIKAP)





Zaman sekarang yang serba canggih ini, teknologi memudahkan kita untuk berurusan, semuanya sudah boleh dibuat secara online. Ini termasuklah urusan di JPJ yang dapat diakses melalui sistem mySIKAP. Apa itu mySIKAP? SIKAP adalah singkatan bagi Sistem Informasi Kenderaan dan Pemandu, manakala mySIKAP adalah sistem online di website JPJ yang terbuka untuk orang awam dan syarikat bagi urusan berkaitan JPJ. 

Salah satu urusan yang boleh dilakukan melalui mySIKAP ialah pembelian nombor pendaftaran kenderaan (beli nombor plat) untuk kereta yang baru dibeli. Selalunya kalau beli kereta baru, agen jualan kereta atau runner yang akan uruskan, tetapi caj/upah yang dikenakan adalah agak mahal. Dengan mySIKAP, kita boleh login dan buat sendiri dengan kos yang jauh lebih jimat. 

Berikut merupakan pengalaman saya sendiri membeli nombor pendaftaran JPJ secara atas talian. Secara ringkasnya, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan: 

1. Dapatkan login id & password mySIKAP di kaunter JPJ (perlu pengesahan biometric) 
2. Login di website mySIKAP dan pilih menu Kenderaan>Tempahan No. Pendaftaran
3. Cari nombor pendaftaran yang dikehendaki
4. Bayar menggunakan kad kredit/debit atau perbankan online FPX


Lihat gambar screenshot berikut untuk gambaran lebih jelas bagi langkah-langkah di atas:

Login pada sistem mySIKAP
Pilih menu Kenderaan>Tempahan No. Pendaftaran
Pilih Negeri dan nombor/julat nombor 
Pilih julat nombor dalam lingkungan 50 nombor
Contoh hasil carian menggunakan julat nombor
Pilih mod pembayaran untuk nombor yang dikehendaki
Simpa resit transaksi. Beri resit ini kepada agen jualan kereta untuk urusan pendaftaran kereta

Kos yang perlu dibayar adalah kos standard iaitu RM210 sahaja (update: kos terkini adalah RM310). Jika guna agen, anda mungkin perlu membayar antara RM300 ke RM400 untuk nombor running yang biasa, dan jauh lebih mahal untuk nombor yang menarik atau unik. Jika kita guna sistem mySIKAP sendiri, kita dapat cari dan pilih sendiri nombor yang pada orang lain tak menarik, tetapi bagi kita menarik, contohnya tarikh lahir, nombor rumah, nombor telefon, dan nombor berturutan seperti x444 atau 444x.  

Peringatan mesra: Tempoh untuk mendaftar kenderaan selepas membeli nombor pendaftaran adalah dalam tempoh 6 bulan. Pastikan ianya dibuat sebelum tarikh luput. Sumber: https://bit.ly/3jYvrel


Antara urusan lain yang boleh dilakukan di mySIKAP ini ialah urusan tukar hakmilik kenderaan dan renew lesen memandu (tunggu artikel seterusnya). Diharap artikel ini bermanfaat dan dapat membantu anda untuk guna sistem mySIKAP nanti. Selamat mencuba!

Sabtu, Ogos 11, 2018

Dengar radio yang sama walaupun memandu merentasi kawasan/negeri berlainan.

Semasa memandu sambil mendengar stesyen radio kegemaran, tiba-tiba signal radio hilang atau bertukar ke stesyen radio yang lain, mesti korang pernah alami kan?. Ramai tak tahu sebenarnya ada fungsi pada radio kereta yang membolehkan sesuatu stesyen radio dikunci iaitu fungsi AF - Alternative Frequency.


Apabila fungsi AF ini diaktifkan, frekuensi radio akan bertukar secara automatik bagi stesyen radio yang dikunci. Contohnya jika memandu dari Shah Alam ke Segamat. Pada permulaan perjalanan, frekuensi Era FM di Shah Alam ialah 103.3FM. Dalam perjalanan ke arah Segamat, frekuensi akan bertukar secara automatik kepada 90.3FM iaitu frekuensi Era FM bagi kawasan Segamat/Johor Utara.


Untuk aktifkan fungsi AF ini, pastikan RDS stesyen radio tersebut dapat dilihat dahulu. RDS ialah Radio Data System, yang biasanya akan memaparkan nama stesyen radio dan slogan radio tersebut. Contohnya, RDS ERA FM ialah Era Muzik Hit Terbaik, manakala RDS Bernama Radio pula ialah Berita Pantas, Info Berterusan.
Nanti korang check lah fungsi AF tu ada tak kat kereta masing-masing. 
Selamat mencuba!

#bijakit
#radioAF


Selasa, Mei 01, 2018

Smartphone App Untuk Rekod & Pantau Perbelanjaan - Spending Tracker

App Spending Tracker ini adalah aplikasi phone untuk merekodkan dan memantau perbelanjaan anda. Hanya rekodkan Expenses/Income, kemudian transaction serta summary bulanan dapat dilihat dalam bentuk graf.
Untuk expenses, rekod yang perlu keyin adalah amaun, kategori (boleh tambah kategori sendiri), nota tambahan (tak wajib tapi better letak), dan tarikh.
Kelebihan app ini adalah ianya mudah digunakan dan interface nya pula ringkas dan user friendly. Lihat screenshot berikut untuk gambaran penuh:


        












Ahad, Januari 07, 2018

Renew Insurans Kenderaan & RoadTax Melalui Smartphone App: GetCover

Pada zaman teknologi serba canggih ini, banyak app smartphone boleh memudahka urusan harian kita. 

Melalui app GetCover, anda boleh masukkan nombor pendaftaran kereta dan maklumat kereta akan diperolehi dengan serta merta seperti kelayakan NCD, no. chasis, no. enjin, cubic capacity, manufactured date, dan lain2 kerana app ini integrate dengan database JPJ, ada kerjasama dengan MDEC, dan di bawah seliaan Bank Negara untuk FinTech & InsurTech.
Hanya ikuti 5 langkah demi langkah seperti gambar screenshot:
1. Check NCD
2. Vehicle Owner Details
3. Vehicle Details
4. Road Tax Renewal
5. Quotation










Selepas masukkan semua maklumat, anda akan dapat quotation (bayar pakai credit card atau debit card Visa/Mastercard) dan boleh pilih untuk renew Roadtax juga melalui MyEG. Saya dah cuba buat, dan hasilnya:
1. Polisi insurans siap tak sampai dalam 5 minit & akan dapat softcopy format PDF melalui e-mail
2. Roadtax dapat pada keesokan hari bekerja melalui runner MYEG (perlu kemukakan IC & thumbprint)

Secara keseluruhan, app ini amat bagus sebab:
1. Dapat menjimatkan masa (tak perlu cuti untuk ke JPJ/agen insurans)
2. Boleh monitor maklumat polisi insurans & kenderaan melalui app
3. Dapat request quotation dan kita boleh review dulu apa yang kena cover & harganya dengan terperinci.

Harap bermanfaat & selamat mencuba!

Link app GetCover di Google Play:
https://play.google.com/store/apps/details…
Liputan berita mengenai GetCover di Malaysia:
https://www.thestar.com.my/…/…/29/get-covered-with-getcover/
Official Website GetCover:
http://getcover.asia/

Jumaat, Mac 08, 2013

Hello Expenses (Android App) - Rekodkan Perbelanjaan Harian Dengan Mudah

Salam. Sebelum ini saya ada post mengenai cara merekodkan perbelanjaan harian secara efektif iaitu menggunakan telefon bimbit (semua jenis). Kali ni, saya nak share cara merekod perbelanjaan harian dengan menggunakan aplikasi pada smartphone. Yelah, sekarang dah ramai menggunakan smartphone. Kerajaan pun dah bagi rebat RM200 untuk beli smartphone melalui Pakej Komunikasi Belia.

Ok. Aplikasi Android yang saya mahu kongsi ini adalah Hello Expenses. Aplikasi ini amat berguna jika kita ingin merekodkan perbelanjaan harian, mingguan, bulanan atau tahunan. Kita boleh melihat kembali semua rekod perbelanjaan kita mengikut kategori, tags, harian, mingguan, bulanan, atau tahunan beserta statistik yang akan dipaparkan di dalam bentuk graf dan carta pai.





Cadangan saya ialah gunakan aplikasi ini untuk catatkan segala perbelanjaan harian. Kemudian, hujung bulan atau awal bulan berikutnya, masukkan rekod-rekod tersebut di dalam software pengurusan kewangan anda. Saya ada postkan mengenai software pengurusan kewangan sebelum ini.

Ok. Selamat mencuba!

Sabtu, November 20, 2010

Pengenalan

Selamat Datang kepada pengunjung blog ini.

Ini merupakan post pertama saya di dalam blog pertama saya. Dah lama saya nk tulis blog...tapi tak sempat...maklumlah busy.

So...basically tujuan blog ni adalah untuk mewujudkan satu platform perkongsian mengenai pengurusan kewangan dan kemahiran teknologi maklumat. Ye lah..dah makin ramai celik IT sekarang ni. Rakyat Malaysia ketika ini (20 November 2010) adalah sebanyak 26.16 juta orang, dan 16.9 juta daripadanya menggunakan kemudahan internet (64.6% banyak tu..).
[sumber: Klik di sini]

Kewangan dan Teknologi. 
2 bidang yang saya banyak berurusan dan praktikkan setiap hari. Dulu saya pun buta IT. Dulu saya tak tau apa2 pun pasal kewangan ni, maklumlah dari kampung. Sejak masuk Universiti baru lah semakin celik IT dan terkial-kial belajar menguruskan kewangan peribadi :D.

1. Kewangan;
> Kalau salah budget atau salah urus, susah jugak nk hidup dengan selesa. Ramai orang berbelanja dulu baru simpan, sedangkan cara urus wang yang betul adalah simpan dulu baru belanja, dan ikut budget yang sesuai dengan kemampuan. 

2. Teknologi
>Sekarang ni teknologi berkembang sangat pesat. Yang bagusnya kos bagi memperolehi peralatan berteknologi ni semakin murah. Contoh paling senang adalah handphone dan komputer riba (notebook & netbook). So, sepatutnya kita gunakan kemudahan yang ada untuk menimba ilmu, meningkatkan produktiviti, dan menambahbaik cara hidup...bukan untuk hiburan semata-mata.

Kedua-dua topik tersebut akan saya bincangkan dengan lebih lanjut melalui post seterusnya...Tunggu.... Selain perkongsian & perbincangan, saya juga akan kongsikan software-software yang telah saya gunakan..kebanyakannya freeware & open source. Tunggu....

Setakat ini sahaja coretan saya.

Terima kasih kerana sudi membaca.