Sabtu, Ogos 11, 2018

Dengar radio yang sama walaupun memandu merentasi kawasan/negeri berlainan.

Semasa memandu sambil mendengar stesyen radio kegemaran, tiba-tiba signal radio hilang atau bertukar ke stesyen radio yang lain, mesti korang pernah alami kan?. Ramai tak tahu sebenarnya ada fungsi pada radio kereta yang membolehkan sesuatu stesyen radio dikunci iaitu fungsi AF - Alternative Frequency.


Apabila fungsi AF ini diaktifkan, frekuensi radio akan bertukar secara automatik bagi stesyen radio yang dikunci. Contohnya jika memandu dari Shah Alam ke Segamat. Pada permulaan perjalanan, frekuensi Era FM di Shah Alam ialah 103.3FM. Dalam perjalanan ke arah Segamat, frekuensi akan bertukar secara automatik kepada 90.3FM iaitu frekuensi Era FM bagi kawasan Segamat/Johor Utara.


Untuk aktifkan fungsi AF ini, pastikan RDS stesyen radio tersebut dapat dilihat dahulu. RDS ialah Radio Data System, yang biasanya akan memaparkan nama stesyen radio dan slogan radio tersebut. Contohnya, RDS ERA FM ialah Era Muzik Hit Terbaik, manakala RDS Bernama Radio pula ialah Berita Pantas, Info Berterusan.
Nanti korang check lah fungsi AF tu ada tak kat kereta masing-masing. 
Selamat mencuba!

#bijakit
#radioAF


Tiada ulasan:

Catat Ulasan