Ahad, Ogos 12, 2018

Beli Nombor Pendaftaran Kenderaan Secara Online di Website JPJ (mySIKAP)





Zaman sekarang yang serba canggih ini, teknologi memudahkan kita untuk berurusan, semuanya sudah boleh dibuat secara online. Ini termasuklah urusan di JPJ yang dapat diakses melalui sistem mySIKAP. Apa itu mySIKAP? SIKAP adalah singkatan bagi Sistem Informasi Kenderaan dan Pemandu, manakala mySIKAP adalah sistem online di website JPJ yang terbuka untuk orang awam dan syarikat bagi urusan berkaitan JPJ. 

Salah satu urusan yang boleh dilakukan melalui mySIKAP ialah pembelian nombor pendaftaran kenderaan (beli nombor plat) untuk kereta yang baru dibeli. Selalunya kalau beli kereta baru, agen jualan kereta atau runner yang akan uruskan, tetapi caj/upah yang dikenakan adalah agak mahal. Dengan mySIKAP, kita boleh login dan buat sendiri dengan kos yang jauh lebih jimat. 

Berikut merupakan pengalaman saya sendiri membeli nombor pendaftaran JPJ secara atas talian. Secara ringkasnya, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan: 

1. Dapatkan login id & password mySIKAP di kaunter JPJ (perlu pengesahan biometric) 
2. Login di website mySIKAP dan pilih menu Kenderaan>Tempahan No. Pendaftaran
3. Cari nombor pendaftaran yang dikehendaki
4. Bayar menggunakan kad kredit/debit atau perbankan online FPX


Lihat gambar screenshot berikut untuk gambaran lebih jelas bagi langkah-langkah di atas:

Login pada sistem mySIKAP
Pilih menu Kenderaan>Tempahan No. Pendaftaran
Pilih Negeri dan nombor/julat nombor 
Pilih julat nombor dalam lingkungan 50 nombor
Contoh hasil carian menggunakan julat nombor
Pilih mod pembayaran untuk nombor yang dikehendaki
Simpa resit transaksi. Beri resit ini kepada agen jualan kereta untuk urusan pendaftaran kereta

Kos yang perlu dibayar adalah kos standard iaitu RM210 sahaja (update: kos terkini adalah RM310). Jika guna agen, anda mungkin perlu membayar antara RM300 ke RM400 untuk nombor running yang biasa, dan jauh lebih mahal untuk nombor yang menarik atau unik. Jika kita guna sistem mySIKAP sendiri, kita dapat cari dan pilih sendiri nombor yang pada orang lain tak menarik, tetapi bagi kita menarik, contohnya tarikh lahir, nombor rumah, nombor telefon, dan nombor berturutan seperti x444 atau 444x.  

Peringatan mesra: Tempoh untuk mendaftar kenderaan selepas membeli nombor pendaftaran adalah dalam tempoh 6 bulan. Pastikan ianya dibuat sebelum tarikh luput. Sumber: https://bit.ly/3jYvrel


Antara urusan lain yang boleh dilakukan di mySIKAP ini ialah urusan tukar hakmilik kenderaan dan renew lesen memandu (tunggu artikel seterusnya). Diharap artikel ini bermanfaat dan dapat membantu anda untuk guna sistem mySIKAP nanti. Selamat mencuba!

164 ulasan:

  1. Salam. Bagaimana jika nombor yang kita beli, tiba2 ada orang bid?

    BalasPadam
  2. Tiada masalah ini. Sebab kita beli running number (sama seperti beli nombor di kaunter JPJ, cuma beli secara online). Kita bukan bid nombor2 special.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa caranya tk dpt nombor special 1221, 1331, 1441, 1551 etc

      Padam
    2. Filter guna julat nombor seperti gambar. Kalau ada yang available..pilih sahaja.

      Padam
    3. kalau no flat AFV 8088 agak2 harga berapa tu ye bang

      Padam
    4. kalau no flat AFV 8088 agak2 harga berapa tu ye bang

      Padam
  3. Saya pernah beli untuk kereta saya dulu. Tapi boleh tak saya beli untuk kereta isteri saya atau dia kna daftar mysikap untuk beli nombor sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Sbb no yg kita beli tu boleh pindah kpd hanya saudara terdekat shj isteri mak ayah anak etc.. Nak daftar kereta nanti bawak dokumen pertalian (sijil kahwin/surat beranak).

      Padam
    2. Kalau beli kereta baru nak kena bawa doc apa..bukan salesman yg uruskan ke..sy beli no dr mysikap utk isteri

      Padam
  4. Isteri encik perlu daftar akaun mySikap sendiri

    BalasPadam
  5. Klu beli/pilih no siri awalan (yang dh lepas) bukan terkini, boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh. Running number sahaja yang boleh

      Padam
  6. Pendaftaran utk online mysikap kita buat sendiri,kemudian nk dapatkan pasword kene pegi jpj ye?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Login id & password perlu dapatkan di kaunter JPJ (sekali sahaja).

      Padam
  7. On the spot ka dapat result berjaya... dan blh terus bg pd kedai beli kenderaan?
    Atau kena tunggu beberapa hari..?

    BalasPadam
  8. Kalau ada member yg dah ada mysikap nie...Boleh tak saya beli no pendaftaran guna acc beliau tapi penama atas saya?

    BalasPadam
  9. Mana2 plate negeri kita boleh bli ke tuan?..Contoh nya kita bli kereta di selangor..Tp kita beli no plate kota kinabalu..Boleh ke?

    BalasPadam
  10. Kalau nk masuk tender nombor2 menarik mcm mana tuan? ada tutorial dia tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/main/home_ebid

      Padam
    2. Kena guna pc ke utk tempahan no pendaftaran? Sy guna phone xboleh

      Padam
  11. Saya tidak mempunyai kad kredit. Bolehkah saya menggunakan kad debit untuk membuat pembayaran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada pilihan FPX, boleh bayar guna internet banking seperti maybank2u & cimbclicks. Boleh guna yang tu juga

      Padam
  12. Bolehkah saya menggunakan kad kredit org lain punya e.g. wife untuk membuat pembayaran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selepas dah berjaya apa langkah yg seterusnya?

      Padam
    2. Beri resit JPJ pada agen jualan atau kedai yang jual kenderaan (lihat gambar beserta caption terakhir)

      Padam
  13. Hi, boleh tak beli nombor popular di website mysikap? Contoh: 2211, 3113?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Asalkan ada ada dalam carian julat nombor.

      Padam
  14. Salam encik, maksudnya kalau kita ada pilihan no sendiri spt tarikh lahir boleh terus search no tersebut atau perlu cari satu2 guna julat nombor? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang motor saya plat plv sayanak tukar kepada plat j boleh

      Padam
  15. Tuan..berapa lama tempoh pengaktifan no berkenaan ?

    BalasPadam
  16. Kalau x silap 3 atau 6 bulan. Cuba check di website jpj

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf mencelah. harap bleh menjawab persoalan sy. selepas tamat 6 bln,boleh renew lg ke ? dan berapa bayaran ye ?

      Padam
  17. Salam tuan..nk tanya...nak print resit transaksi kat mana. Saya cari kat dlm akaun mysikap takde. Ke kena pergi print kat kaunter jpj..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cetak semula di menu: Pekhidmatan Lain>Sejarah Transaksi Dalam Talian>Filter pada tarikh mula & akhir (tarikh transaksi)

      Padam
    2. Tuan, saya ada masalah utk cetak resit transaksi bole bantu saya? Saya keliru utk masukkan no yg dikehendaki spt no resit dan no transaksi.

      Padam
  18. Ok tuan. Terima kasih banyak. Dah jumpa.

    BalasPadam
  19. Nak tanya kalau utk motor boleh ke

    BalasPadam
  20. id mysikap ni boleh dapatkan di kaunter JPJ UTC tak? mana2 UTC

    BalasPadam
  21. Kalau sy mau beli plat no utk bapa sy boleh tak ?? Sy tlg beli kat jpj dan daftar no tu utk dia blh tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk mySikap tak boleh sebab perlu pengesahan biometric (scan jap cari). Kalau manual maybe boleh, sila check di jpj.

      Padam
  22. berapa bayaran untuk dapatkan id dan password

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ingatlah. Rasa macam percuma, atau kalau ada bayaran pun murah je

      Padam
  23. Harga sekarang masih RM210 ka klu beli sendiri kat mysikap

    BalasPadam
  24. ada tempoh masa ke urusan di online?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya ada limit dalam masa 3 bulan kena register.

      Padam
  25. Julat pilih running number memang 50 ye? Bukan dalam lingkungang 2000 nombor?

    BalasPadam
  26. nak tanya, mcm mana dgn nombor pendaftaran kereta kt geran kalau kita tukar nombor?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry, saya tak tahu. Perlu refer jpj sendiri

      Padam
  27. Boleh tak kalau saya nak tukar no yang dibeli ke no yang lain?

    BalasPadam
  28. Nak Tanya... Sy dah beli no Di ebid jpj tpi guna account adik untuk kete baru sy.. Mohon pencerahan ape sy kena buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry, saya tak tahu, tak pernah guna ebid.

      Padam
  29. kenapa saya tengok plat putrajaya tak bergerak ye..mohon pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Plet F ?
      Setahun sekali je bergerak..
      Setiap bulan jun saja plet F dikeluarkan.
      2016 F
      2017 FA
      2018 FB
      2019 FC

      Padam
  30. Harga skrg mmg rm300 ke walaupun no biasa2...

    BalasPadam
  31. Salam. Macam mana kita nak req no plat sendiri yang kita nak. contoh FAM 1. boleh pergi jpj open tender ke? mohon pencerahan. terima kasih.

    BalasPadam
  32. Harga dah naik 300

    BalasPadam
  33. Salam bos..nak beli no plat tapi kenapa bila kita tekan bayar dia keluar balik..banyak kali buat pun sama..

    BalasPadam
  34. Mungkin sebab internet speed slow. Cuba guna wifi yang speed laju sikit.

    BalasPadam
  35. Salam tuan. Kalau dah berjaya beli no dan nombor tu lmbat lagi turn nye, so kenderaan kalo dah ready pon kena menunggu no tu smpai dlu ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan.. Cam mana berjaya tu.. Sy pon try asyik ke laman utama je

      Padam
    2. Cuba guna internet melalui wifi yang laju

      Padam
  36. Salam tuan nak tanya, skg saya nak beli huruf yang saya belum running lagi, boleh ke saya beli sesiap?

    BalasPadam
  37. Agak2 no kl 2 digit brpe plg murah?

    BalasPadam
  38. Boleh kah saya membeli no yg belum di keluarkan.. misal kata skrg ALL** tp saya nak ALQ** (untk negeti perak)

    BalasPadam
  39. Saya dah beli nombor plat, tapi tempoh untuk saya gunapakai nombor plat tu ke kenderaan baru saya telah tamat tempoh. Bagaimana cara untuk saya renew / dapatkan semula nombor plat tu?

    BalasPadam
  40. Tuan, kalau saya dah beli no plate..dan tidak didaftarkan sehingga tamat tempoh.. takpe ke? Atau ada surcharge?

    BalasPadam
  41. salam en azlan...saya dah pernah beli no plat kali pertama melalui mySikap...adakah kali kedua mahu membeli perlu mengambil pin di JPJ lagi?

    BalasPadam
  42. Nak register my sikap kena pergi kaunter ke?

    BalasPadam
  43. Tuan, kalau saya log in myskikap untuk beli nombor, sudah berjaya beli maksud terus dapat ini nombor kan? x payah lagi tunngu keputusan , kalau x berjaya bayar maksud gagal lah?kalau berjaya , saya kena print kan resit dan buat pendaftaran sahaja ? betul x? ribuan terima kasih tuan jawab ya ~

    BalasPadam
  44. Tuan Azlan, Walaupun Dengan Nombor 2 digit ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Running number sahaja, 4 digit. 2 digit tiada dalam list

      Padam
    2. Kalau 3 digit ada dalam list tak? Ia dikira running number tak?

      Padam
  45. Boleh ke beli nombor putrajaya? Plet F tu? Saya tanya kedai motor dia kata tak boleh..

    BalasPadam
  46. Salam tuan, saya nak beli no. 5959 dalam caterogy popular. Sy sudah check dalam mysikap tapi no.5959 itu tiada dalam senarai. Apa yang harus sy lakukan utu mendapatkan no tu?mohon pencerahan..terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba cari untuk negeri yang lain. Kalau tiada bermaksud sudah dibeli oleh orang lain.

      Padam
  47. Boleh ke beli nombor plate utk ahli keluarga sndri,contoh mak atau ayah pernah daftar dan beli utk kenderaan sendiri, dan ank plak nk beli ke perlu daftar sndri?

    BalasPadam
  48. Nak daftar mysikap tu, kena pergi jpj pastu nk tnya mcm mna? Klau kat area shah alam, pergi dkt jpj utc shah alam boleh ke? Tolonglah balas 🙏🙏

    BalasPadam
  49. Dh beli nombor tu dh print resit bole terus bg kt kedai kenderaan kn.,?

    BalasPadam
  50. Tuan, Selepas Sah Pembelian Berapa lama kita boleh menyimpan nombor yang telah dibeli? saya da check dlm website JPJ tak jumpa. tak tau 3 bulan atau 6bulan?

    BalasPadam
  51. Kalau emel alamat lama dah tukar Dan tidak diaktifkan/login. Active code yang mysikap dah hantar emel lama, kena macam mana tukar/update emel terkini?

    BalasPadam
  52. salam tuan nk tanya berapa bayaran utk proses beli nombor yg biasa2 skrg ni ,haritu runner minta rm 350 , kalau urusan sendiri dibawah rm 300 nk buat sendiri tapi kalau lbh baik suruh runner jimat masa dan minyak nk ke jpjp mphon pencerahan tuan atau sapa2 yg tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau RM350 tu murah la. Runner charge saya RM410 untuk number yg saya nak baru2 ni.

      Padam
  53. Kenapa bila saya tekan butang 'bayar' dia back kpd homepage?

    BalasPadam
  54. Nak tny utk bli online running no berapa chrge ye..

    BalasPadam
  55. perlu ada knderaan ke kalu nk beli no plat? cth sy beli dulu no plat, thn dpn masa nk beli keta bru sy pakai. boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Tapi ada limit masa, dalam masa beberapa bulan perlu register no plat tu

      Padam
  56. Salam...tumpg tnye...klu kita nk no plat G2307R@ G2305R brpe yup...neh nk ambk no tok motr...tq

    BalasPadam
  57. hi, klu saya nak beli nombor biasa mcm 4439, brp harganya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. HARGA TEMPAHAN

      1.1 Harga tempahan minima mengikut kategori nombor pendaftaran adalah seperti berikut :-

      Kategori Nombor Pendaftaran

      Harga bayaran Tawaran

      Nombor Bernilai Utama (Golden Number)

      RM20,000.00

      Nombor Menarik ( Attractive Number )

      RM3,000.00

      Nombor Popular (Popular Number)

      RM800.00

      Nombor Semasa (Running Number)

      RM300.00

      Padam
    2. HARGA TEMPAHAN

      1.1 Harga tempahan minima mengikut kategori nombor pendaftaran adalah seperti berikut :-

      Kategori Nombor Pendaftaran

      Harga bayaran Tawaran

      Nombor Bernilai Utama (Golden Number)

      RM20,000.00

      Nombor Menarik ( Attractive Number )

      RM3,000.00

      Nombor Popular (Popular Number)

      RM800.00

      Nombor Semasa (Running Number)

      RM300.00

      Padam
  58. JPJ sudah beroperasi/buka ke sekarang?

    BalasPadam
  59. Kalau nak extend no.plate yg tempoh Jan 2020 sehingga Jun 2020, dengan no.plate ni adalah bawah nama syarikat pya.

    BalasPadam
  60. saya nak pencerahan ..saya nak beli no pendaftaran ttapi urusan beli motor baru lambat sedikit..jadi saya nak tau tempoh no pendaftaran itu berapa lama sekarang?dulu 6 bulan ,adakah masih sama ??

    BalasPadam
  61. nk tanye jk nak beli nombor yg terlepas tu pula macam mana ?

    BalasPadam
  62. Nk kene tggu huruf tu sampai dulu ke baru boleh beli? Contoh saya nk VEW1989... Tp skang baru VEV 1xxx...so kene tggu VEW 1000+ baru bole beli ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan. Saya ingin bertanya soalan yang sama. Terima kasih kerana membantu, Tuan.

      Padam
  63. Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya, kenderaan lama saya bernumber 310 dan masih guna kenderaan tersebut.untuk kenderaan baru yg akan di beli boleh tak utk memohon no yg sama juga 310. Berapa bayaran bg no tersebut

    BalasPadam
  64. Assalammualaikum tuan..saya ingin bertanya..blh online sepjg waktu atau time office hour.. terima kasih.

    BalasPadam
  65. Kalau RM350 tu murah la. Runner charge saya RM410 untuk number yg saya nak baru2 ni.

    BalasPadam
  66. Tuan, saya beli kereta di Johor tapi nk guna plat Sarikei. Boleh ke?

    BalasPadam
  67. SALAM.kalau dah beli no tp kereta tak beli lg , berapa lama boleh simpan nmbr tu ?

    BalasPadam
  68. Kalau 3 digit ada dalam list tak?
    Ia dikira running number tak?
    harga sama ke rm300?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika dalam sistem ada no 3 digit boleh beli. jika no tu no. berganda ke macam 88, atau no special harga mungkin berubah.

      Padam
  69. Setel tempah online, mudah prosesnya.. TAPI kalau running-number yg kita beli online tu dah DILULUSKAN@dapat, JPJ akan contact kita through emel atau surat-menyurat?

    BalasPadam
  70. Untuk sabah valid pakai mysikap juga?

    BalasPadam
  71. Untuk flat number sabah valid guna Mysikap?

    BalasPadam
  72. Boleh tak saya beli nombor kereta menggunakan Mysikap atas nama saya tetapi nak guna untuk kereta baru beli atas nama istei?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kes saya sama macam ni. Tapi dah submit ic saya dan isteri bersama surat nikah di kaunter. Persoalannya, saya tak tahu macam mana nak check status tersebut. Kalau lulus, nak check mana? Berapa lama proses untuk kelulusan? Pihak JPJ akan maklumkan kita ke status pertukaran tu?

      Padam
  73. Kalau beli motor atas nama suami ,nk beli plat kena daftar mysikap atas nama suami juga ke?

    BalasPadam
  74. Hello, saya sudah renew lesen memandu lewat talian mySIKAP tapi terlupa print resit, bagaimana cara reprint resit?

    BalasPadam
  75. Option pembayaran hanya keluar pilihan kad kredit.. tiada pilihan kad debit/perbankan...
    Mcm mana tu.. boleh ke kad debit masuk guna option kad kredit?

    BalasPadam
  76. Kalau kita dapat no kita nk tu .kena beli motor baru untuk pakai no plat baru tu? Atau boleh pakai motor kat lama

    BalasPadam
  77. Kita beli no baru..lpas tu kena beli motor baru jugak kaa untuk pakai no tu..atau boleh pakai kt motor second

    BalasPadam
  78. Kalau kita dapat no kita nk tu .kena beli motor baru untuk pakai no plat baru tu? Atau boleh pakai motor kat lama

    BalasPadam
  79. Berapa lama tempoh sah num yg kita beli jika tidak didaftarkan di kenderaan baru kita

    BalasPadam
  80. kalau kita suda berjaya membeli plat nombor baru tetapi motor belum lagi beli jadi berapa lama nombro plat yang kita berjaya beli tu sah kepunyaan kita ada tempoh ke?

    BalasPadam
  81. berapa lama tempoh nombor yang kita berjaya beli itu luput seab kereta atau motor belum lagi kita beli

    BalasPadam
  82. Anak sy tersilap beli no kenderaan atas nama beliau melalui MySikap tetapi kenderaan atas nama suami sy. Bolehkah pindah no tersebut kepada suami sy? Jika boleh, bagaimana? Mohon pencerahan

    BalasPadam
  83. Salam cik macam mana kalau sy nk beli no yg belum keluar, nk tunggu keluar lambat.sy nk ambik plat Lahad Datu SN95S.
    Sekarang ni SN3xxxR. Nk tunggu lama nk so ada cara lain ke ye, kenderaan dh ada no je yg masih xdpt. Mohon pencerahan.

    BalasPadam
  84. Saya tinggal di kuching dan beli kereta di kuching,bolehkah saya beli plet Negeri Sembilan, kalau saya dah dapat no tu nanti kena uruskan di JPJ Kuching saja kah ?

    BalasPadam
  85. Tuan..selepas 3 bulan masih lagi tidak daftarkan no yang kita beli,adakah boleh untuk renew tarikh lupus tu?

    BalasPadam
  86. Sy nak tny klu no yg sy dah beli tp nak Jual semula boleh ke...

    BalasPadam
  87. Rata2 tanya APA AKAN JADI SELEPAS 6 BULAN BOOKING?adakah no tu dibuka pada awam atau ada can byar cas lain untuk renew?(dah byk soalan tp xdak jawapan)

    BalasPadam
  88. Running no ...luput/expired selepas 3 bulan atau 6 bulan?

    BalasPadam
  89. Tuan nak tanya, saya tersilap beli no plate keta atas nama pakcik saya. dh byr rm310 pun tapi sale person keta kata xbole. apa saya bole buat utk dptkan refund semula / tukar dari nama pakcik ke nama saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu saya memang tak boleh. untuk tukar nama tu mungkin boleh tapi kena rujuk JPJ untuk maklumat lanjut

      Padam
  90. Tuan nak tanya, saya tersilap beli no plate keta atas nama pakcik saya. dh byr rm310 pun tapi sale person keta kata xbole. apa saya bole buat utk dptkan refund semula / tukar dari nama pakcik ke nama saya?

    BalasPadam
  91. Nak tanya habis bayaran rm310, maksud nombor yg booking dah dimiliki me? If ya, apa yg step seterusnya?

    BalasPadam
  92. assalamualaikum tuan azlan.. saya dah berjaya beli nombor plet dari negeri lain guna akaun mysikap isteri.. malangnya isteri taknak guna nbr tu.. soalan saya, bagaiman cara utk saya tukar nbr tu kepada nama saya... terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau untuk tukar milik nombor ni rasanya kena pergi kaunter JPJ. Saya tak ada pengalaman buat

      Padam
  93. Boss. Klu dh beli num.. Lps 1minggu nk tukar num lain boleh.

    BalasPadam
  94. Hi
    Saya tersilap beli number atas nama saya melalui mysikap utk kereta atas nama isteri saya. Yg nie boleh ke or kena tukaq nama. How to tukar nama ye boleh share procedur and charges untuk nie.

    BalasPadam