Selasa, Disember 06, 2022

Teknik DCA (Dollar Cost Averaging) & ciri "Repeat Buy" dalam app Luno.

Saya mencuba guna Repeat Buy di app Luno buat pertama kali. Disebabkan baru mencuba, saya mulakan dengan beli Bitcoin sebanyak RM1 setiap hari. Setakat ini belian berjaya dibuat untuk 7 hari berturut-turut tanpa gagal.

✅ Teknik DCA adalah salah satu strategi yang bagus untuk pelabur newbie dalam mana-mana jenis aset termasuk aset digital kripto.
✅ Teknik DCA dapat mengurangkan impak ketidaktentuan pasaran (volatility), mengurangkan harga purata belian, dan mengawal emosi pelabur
✅ Dengan ciri "Repeat Buy", DCA dapat dibuat secara auto. Yang penting baki wallet mencukupi
✅ Harga terakhir 1 Bitcoin adalah RM74,555 (pada 29 Nov 2022 11.34pm). Tetapi unit terkecil Bitcoin ialah 0.00000001 (1 Satoshi), ada 8 digit selepas titik perpuluhan
✅ Dengan modal belian RM1 yang sama, jumlah aset Bitcoin yang dapat dibeli berbeza-beza. Ada hari dapat 0.00001308, ada hari dapat 0.00001325
✅ Contoh ini adalah belian setiap hari. Korang boleh set juga nak beli mingguan atau bulanan mengikut modal masing-masing


Belian ulang RM1 Bitcoin


Repeat Buy Bitcoin di Luno

Harga Bitcoin ketika di RM74,555


Berminat nak buka akaun Luno atau nak mula melabur Bitcoin? Daftar melalui link berikut dan pm saya untuk maklumat lanjut. Anda akan dapat rewards* dan support melalui group whatsapp 2 hala dan di dalam group itu ada abam Ross (Luno Education & Community Lead).
DISCLAIMER
1. Perkongsian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan.
2. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur aset digital adalah keputusan anda.

Isnin, Disember 05, 2022

Webinar Percuma: Apa Itu Bitcoin & Mengapa Ia Bernilai?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Anda dijemput ke webinar pendidikan percuma mengenai Bitcoin seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 17 Dec 2022 (Sabtu)
Masa: 9:00 pm - 10:00 pm
Tempat: Online melalui Google Meet / Facebook LIVE (Azlan Wahidin)


Antara isi kandungan webinar ini:
✅ Apa Itu Bitcoin?
✅ Siapa pencipta Bitcoin?
✅ Bagaimana Bitcoin berfungsi & Apa Itu Blockchain?
✅ Status Shariah Bitcoin dari Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti
✅ Mengapa ia bernilai?
✅ Kenapa perlu peduli sekarang?
✅ Pengalaman pemindahan Bitcoin antara dua platform berbeza
Yang berminat atau berkelapangan untuk join, boleh daftar di https://bit.ly/BitcoinAzlan. Link kepada webinar akan diberikan melalui email dan juga whatsapp / sms.
DISCLAIMER
1. Perkongsian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan.
2. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur aset digital adalah keputusan anda.
3. Luno Educator tidak akan meminta pelanggan menghantar duit secara peribadi kepada alamat wallet tertentu. Sila berwaspada dengan scammer dan platform palsu yang menggunakan nama atau gambar Luno Educator.

Nota & Kemaskini terkini:
- Dukacita dimaklumkan, program Luno Educator sudah ditamatkan atas sebab tertentu dari pihak Luno. Oleh itu, webinar ini dan title Luno Educator tidak boleh digunakan lagi.