Jumaat, November 12, 2021

Kripto: Hype & Hukum


✅ 1. Beza aset digital vs mata wang kripto (crytpocurrencies) --------------------------------------------------------------------- Aset digital dalam bentuk kripto adalah sejenis bentuk aset yang baru dan boleh digunakan sebagai pelaburan. Kalau mata wang kripto pula, boleh jual beli barang guna kripto, contohnya beli kereta Tesla guna Bitcoin. Ada negara yang ada matawang kripto sendiri contohnya JPYC (Japanese Yen Stable Coin). Di Malaysia, kripto diambilkira sebagai aset digital, bukan mata wang atau legal tender. ✅ Hukum jual-beli kripto ----------------------------- Ini panjang ceritanya, perlu fahami ulasan mereka yang berautoriti atau pakar dalam bidang masing-masing. Antara ulasan terawal dan panjang lebar adalah Bayan Linas oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Nov 2018. Rujuk: https://bit.ly/3c3Z6hu Badan berautoriti untuk aset digital di Malaysia adalah Majlis Penasihat Shariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Kalau status halal/haram untuk barangan consumer kita refer JAKIM biasanya, untuk digital aset pula yang berkaitan pelaburan/pasaran ini, SC lah tempatnya. MPS SC bagi green light kata aset digital ini patuh shariah (*dengan syarat-syarat tertentu). Rujuk: https://bit.ly/3n6iBfN mukasurat 180. Fatwa Perlis mengenai Bitcoin (Dec 2019): Rujuk: https://bit.ly/3omqHjK -Harus bertransaksi dengan Bitcoin sebagai perantara pembayaran, pemindahan wang, aset simpanan dan berdagang dengannya. Namun perlu ambil kira faktor lain yang boleh sebabkan ia jadi haram. Jabatan Mufti Negeri Perak mengenai Kripto (Ogos 2021): Rujuk: https://bit.ly/2YFYsUm - Harus. pengguna perlu ada pengetahuan mencukupi mengenai perkara teknikal dalam kripto, risiko yang ada, peraturan dan kawal selia yang terlibat. Secara asasnya, kripto itu mestilah bersandarkan kepada teknologi yang sahih seperti kriptografi, blockchain, public ledger, mining dan proof of works, dan lain-lain. Bluechip kripto seperti Bitcoin, Ethereum, dan XRP ada ciri-ciri ini. Ada orang bertanya, jika berdagang dan spekulasi itu haram kerana seperti berjudi. Ya memang betul. Cuma dalam konteks kripto ini, kripto itu sendiri patuh shariah. Tindakan spekulasi ini yang tak boleh (biasanya ikut-ikut orang atau guna buy call). Ambil analogi pisau. Pisau ni boleh membunuh, berbahaya. Memang lah haram kalau guna pisau untuk perkara mudarat, tetapi pisau itu juga boleh guna untuk potong ayam, sayur, buah untuk manfaat masakan. Yang haram ialah tindakan bunuh guna pisau, bukan pisau itu sendiri. ✅ Kenapa harga kripto naik? --------------------------------- 1. Ramai percaya kripto ini masa depan dan hedging instrument. Dapat lawan inflasi dan alternatif pelaburan, lebih kurang kenapa orang beli emas. Ada juga trader tersakiti dari Bursa Malaysia jual saham rugi, tukar angin ke kripto. 2. Banyak negara dah mula buat regulation untuk kripto dan ada matawang kripto sendiri. Contohnya China, Bahamas, Austria, Nigeria. UK sedang pertimbangkan Britcoin. El-Salvador jadikan Bitcoin sebagai legal tender. So, ramai semakin yakin, optimis, dan kebimbangan berkurang. 3. Asas supply & demand. Bila demand lebih daripada supply, harga akan naik. p/s: ini adalah beberapa point penting dari sesi LIVE Majalah Labur. Boleh tonton rakaman penuh di : https://fb.me/e/1LPSrBCB6 ---------------------------------------------------------------------- 🔶 Bagi yang berminat nak buka akaun melabur kripto: https://bit.ly/3oobXkn 🔶 Bagi yang berminat nak buka akaun trade kripto guna robot: https://bit.ly/3qso4zq 🔶 Bagi yang berminat nak belajar kripto-mining: https://bit.ly/3c0XUvl Atau boleh pm jika nak belajar kripto dari zero step by step. #AsetDigital #Kripto #Bitcoin