Ahad, Ogos 12, 2018

Beli Nombor Pendaftaran Kenderaan Secara Online di Website JPJ (mySIKAP)





Zaman sekarang yang serba canggih ini, teknologi memudahkan kita untuk berurusan, semuanya sudah boleh dibuat secara online. Ini termasuklah urusan di JPJ yang dapat diakses melalui sistem mySIKAP. Apa itu mySIKAP? SIKAP adalah singkatan bagi Sistem Informasi Kenderaan dan Pemandu, manakala mySIKAP adalah sistem online di website JPJ yang terbuka untuk orang awam dan syarikat bagi urusan berkaitan JPJ. 

Salah satu urusan yang boleh dilakukan melalui mySIKAP ialah pembelian nombor pendaftaran kenderaan (beli nombor plat) untuk kereta yang baru dibeli. Selalunya kalau beli kereta baru, agen jualan kereta atau runner yang akan uruskan, tetapi caj/upah yang dikenakan adalah agak mahal. Dengan mySIKAP, kita boleh login dan buat sendiri dengan kos yang jauh lebih jimat. 

Berikut merupakan pengalaman saya sendiri membeli nombor pendaftaran JPJ secara atas talian. Secara ringkasnya, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan: 

1. Dapatkan login id & password mySIKAP di kaunter JPJ (perlu pengesahan biometric) 
2. Login di website mySIKAP dan pilih menu Kenderaan>Tempahan No. Pendaftaran
3. Cari nombor pendaftaran yang dikehendaki
4. Bayar menggunakan kad kredit/debit atau perbankan online FPX


Lihat gambar screenshot berikut untuk gambaran lebih jelas bagi langkah-langkah di atas:

Login pada sistem mySIKAP
Pilih menu Kenderaan>Tempahan No. Pendaftaran
Pilih Negeri dan nombor/julat nombor 
Pilih julat nombor dalam lingkungan 50 nombor
Contoh hasil carian menggunakan julat nombor
Pilih mod pembayaran untuk nombor yang dikehendaki
Simpa resit transaksi. Beri resit ini kepada agen jualan kereta untuk urusan pendaftaran kereta

Kos yang perlu dibayar adalah kos standard iaitu RM210 sahaja (update: kos terkini adalah RM310). Jika guna agen, anda mungkin perlu membayar antara RM300 ke RM400 untuk nombor running yang biasa, dan jauh lebih mahal untuk nombor yang menarik atau unik. Jika kita guna sistem mySIKAP sendiri, kita dapat cari dan pilih sendiri nombor yang pada orang lain tak menarik, tetapi bagi kita menarik, contohnya tarikh lahir, nombor rumah, nombor telefon, dan nombor berturutan seperti x444 atau 444x.  

Peringatan mesra: Tempoh untuk mendaftar kenderaan selepas membeli nombor pendaftaran adalah dalam tempoh 6 bulan. Pastikan ianya dibuat sebelum tarikh luput. Sumber: https://bit.ly/3jYvrel


Antara urusan lain yang boleh dilakukan di mySIKAP ini ialah urusan tukar hakmilik kenderaan dan renew lesen memandu (tunggu artikel seterusnya). Diharap artikel ini bermanfaat dan dapat membantu anda untuk guna sistem mySIKAP nanti. Selamat mencuba!

Sabtu, Ogos 11, 2018

Dengar radio yang sama walaupun memandu merentasi kawasan/negeri berlainan.

Semasa memandu sambil mendengar stesyen radio kegemaran, tiba-tiba signal radio hilang atau bertukar ke stesyen radio yang lain, mesti korang pernah alami kan?. Ramai tak tahu sebenarnya ada fungsi pada radio kereta yang membolehkan sesuatu stesyen radio dikunci iaitu fungsi AF - Alternative Frequency.


Apabila fungsi AF ini diaktifkan, frekuensi radio akan bertukar secara automatik bagi stesyen radio yang dikunci. Contohnya jika memandu dari Shah Alam ke Segamat. Pada permulaan perjalanan, frekuensi Era FM di Shah Alam ialah 103.3FM. Dalam perjalanan ke arah Segamat, frekuensi akan bertukar secara automatik kepada 90.3FM iaitu frekuensi Era FM bagi kawasan Segamat/Johor Utara.


Untuk aktifkan fungsi AF ini, pastikan RDS stesyen radio tersebut dapat dilihat dahulu. RDS ialah Radio Data System, yang biasanya akan memaparkan nama stesyen radio dan slogan radio tersebut. Contohnya, RDS ERA FM ialah Era Muzik Hit Terbaik, manakala RDS Bernama Radio pula ialah Berita Pantas, Info Berterusan.
Nanti korang check lah fungsi AF tu ada tak kat kereta masing-masing. 
Selamat mencuba!

#bijakit
#radioAF