Zaman sekarang yang serba canggih ini, teknologi memudahkan kita untuk berurusan, semuanya sudah boleh dibuat secara online. Ini termasuklah urusan di JPJ yang dapat diakses melalui sistem mySIKAP. Apa itu mySIKAP? SIKAP adalah singkatan bagi Sistem Informasi Kenderaan dan Pemandu, manakala mySIKAP adalah sistem online di website JPJ yang terbuka untuk orang awam dan syarikat bagi urusan berkaitan JPJ.
Salah satu urusan yang boleh dilakukan melalui mySIKAP ialah pembelian nombor pendaftaran kenderaan (beli nombor plat) untuk kereta yang baru dibeli. Selalunya kalau beli kereta baru, agen jualan kereta atau runner yang akan uruskan, tetapi caj/upah yang dikenakan adalah agak mahal. Dengan mySIKAP, kita boleh login dan buat sendiri dengan kos yang jauh lebih jimat.
Berikut merupakan pengalaman saya sendiri membeli nombor pendaftaran JPJ secara atas talian. Secara ringkasnya, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan:
1. Dapatkan login id & password mySIKAP di kaunter JPJ (perlu pengesahan biometric)
2. Login di website mySIKAP dan pilih menu Kenderaan>Tempahan No. Pendaftaran
3. Cari nombor pendaftaran yang dikehendaki
4. Bayar menggunakan kad kredit/debit atau perbankan online FPX
Lihat gambar screenshot berikut untuk gambaran lebih jelas bagi langkah-langkah di atas:
![]() |
Login pada sistem mySIKAP |
![]() |
Pilih menu Kenderaan>Tempahan No. Pendaftaran |
![]() |
Pilih Negeri dan nombor/julat nombor |
![]() |
Pilih julat nombor dalam lingkungan 50 nombor |
![]() |
Contoh hasil carian menggunakan julat nombor |
![]() |
Pilih mod pembayaran untuk nombor yang dikehendaki |
Simpa resit transaksi. Beri resit ini kepada agen jualan kereta untuk urusan pendaftaran kereta |
Kos yang perlu dibayar adalah kos standard iaitu RM210 sahaja (update: kos terkini adalah RM310). Jika guna agen, anda mungkin perlu membayar antara RM300 ke RM400 untuk nombor running yang biasa, dan jauh lebih mahal untuk nombor yang menarik atau unik. Jika kita guna sistem mySIKAP sendiri, kita dapat cari dan pilih sendiri nombor yang pada orang lain tak menarik, tetapi bagi kita menarik, contohnya tarikh lahir, nombor rumah, nombor telefon, dan nombor berturutan seperti x444 atau 444x.
Peringatan mesra: Tempoh untuk mendaftar kenderaan selepas membeli nombor pendaftaran adalah dalam tempoh 6 bulan. Pastikan ianya dibuat sebelum tarikh luput. Sumber: https://bit.ly/3jYvrel
Antara urusan lain yang boleh dilakukan di mySIKAP ini ialah urusan tukar hakmilik kenderaan dan renew lesen memandu (tunggu artikel seterusnya). Diharap artikel ini bermanfaat dan dapat membantu anda untuk guna sistem mySIKAP nanti. Selamat mencuba!
Salam. Bagaimana jika nombor yang kita beli, tiba2 ada orang bid?
BalasPadamTiada masalah ini. Sebab kita beli running number (sama seperti beli nombor di kaunter JPJ, cuma beli secara online). Kita bukan bid nombor2 special.
BalasPadamapa caranya tk dpt nombor special 1221, 1331, 1441, 1551 etc
PadamFilter guna julat nombor seperti gambar. Kalau ada yang available..pilih sahaja.
Padamkalau no flat AFV 8088 agak2 harga berapa tu ye bang
Padamkalau no flat AFV 8088 agak2 harga berapa tu ye bang
PadamSaya pernah beli untuk kereta saya dulu. Tapi boleh tak saya beli untuk kereta isteri saya atau dia kna daftar mysikap untuk beli nombor sendiri.
BalasPadamBoleh. Sbb no yg kita beli tu boleh pindah kpd hanya saudara terdekat shj isteri mak ayah anak etc.. Nak daftar kereta nanti bawak dokumen pertalian (sijil kahwin/surat beranak).
PadamKalau beli kereta baru nak kena bawa doc apa..bukan salesman yg uruskan ke..sy beli no dr mysikap utk isteri
PadamIsteri encik perlu daftar akaun mySikap sendiri
BalasPadamKlu beli/pilih no siri awalan (yang dh lepas) bukan terkini, boleh ke?
BalasPadamTak boleh. Running number sahaja yang boleh
PadamPendaftaran utk online mysikap kita buat sendiri,kemudian nk dapatkan pasword kene pegi jpj ye?...
BalasPadamYa. Login id & password perlu dapatkan di kaunter JPJ (sekali sahaja).
PadamOn the spot ka dapat result berjaya... dan blh terus bg pd kedai beli kenderaan?
BalasPadamAtau kena tunggu beberapa hari..?
On the spot
PadamKalau ada member yg dah ada mysikap nie...Boleh tak saya beli no pendaftaran guna acc beliau tapi penama atas saya?
BalasPadamTak boleh. Kena guna IC sendiri
PadamMana2 plate negeri kita boleh bli ke tuan?..Contoh nya kita bli kereta di selangor..Tp kita beli no plate kota kinabalu..Boleh ke?
BalasPadamBoleh
PadamKalau nk masuk tender nombor2 menarik mcm mana tuan? ada tutorial dia tak?
BalasPadamSorry, itu saya tak tahu
Padamhttps://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/main/home_ebid
PadamKena guna pc ke utk tempahan no pendaftaran? Sy guna phone xboleh
PadamSaya tidak mempunyai kad kredit. Bolehkah saya menggunakan kad debit untuk membuat pembayaran?
BalasPadamAda pilihan FPX, boleh bayar guna internet banking seperti maybank2u & cimbclicks. Boleh guna yang tu juga
PadamBoleh kot..cuba la dulu
BalasPadamBolehkah saya menggunakan kad kredit org lain punya e.g. wife untuk membuat pembayaran?
BalasPadamBoleh
PadamSelepas dah berjaya apa langkah yg seterusnya?
PadamBeri resit JPJ pada agen jualan atau kedai yang jual kenderaan (lihat gambar beserta caption terakhir)
PadamHi, boleh tak beli nombor popular di website mysikap? Contoh: 2211, 3113?
BalasPadamBoleh. Asalkan ada ada dalam carian julat nombor.
PadamSalam encik, maksudnya kalau kita ada pilihan no sendiri spt tarikh lahir boleh terus search no tersebut atau perlu cari satu2 guna julat nombor? Terima kasih.
BalasPadamGuna julat nombor.
Padamsekarang motor saya plat plv sayanak tukar kepada plat j boleh
PadamTuan..berapa lama tempoh pengaktifan no berkenaan ?
BalasPadamKalau x silap 3 atau 6 bulan. Cuba check di website jpj
BalasPadammaaf mencelah. harap bleh menjawab persoalan sy. selepas tamat 6 bln,boleh renew lg ke ? dan berapa bayaran ye ?
PadamSalam tuan..nk tanya...nak print resit transaksi kat mana. Saya cari kat dlm akaun mysikap takde. Ke kena pergi print kat kaunter jpj..
BalasPadamBoleh cetak semula di menu: Pekhidmatan Lain>Sejarah Transaksi Dalam Talian>Filter pada tarikh mula & akhir (tarikh transaksi)
PadamTuan, saya ada masalah utk cetak resit transaksi bole bantu saya? Saya keliru utk masukkan no yg dikehendaki spt no resit dan no transaksi.
PadamOk tuan. Terima kasih banyak. Dah jumpa.
BalasPadamNak tanya kalau utk motor boleh ke
BalasPadamBoleh
Padamid mysikap ni boleh dapatkan di kaunter JPJ UTC tak? mana2 UTC
BalasPadamBoleh
PadamKalau sy mau beli plat no utk bapa sy boleh tak ?? Sy tlg beli kat jpj dan daftar no tu utk dia blh tak ?
BalasPadamUntuk mySikap tak boleh sebab perlu pengesahan biometric (scan jap cari). Kalau manual maybe boleh, sila check di jpj.
Padamberapa bayaran untuk dapatkan id dan password
BalasPadamTak ingatlah. Rasa macam percuma, atau kalau ada bayaran pun murah je
PadamHarga sekarang masih RM210 ka klu beli sendiri kat mysikap
BalasPadamYup
Padamsekarang harga dah naik, harga baru = RM300+10=RM310/
Padamada tempoh masa ke urusan di online?
BalasPadamRasanya ada limit dalam masa 3 bulan kena register.
PadamJulat pilih running number memang 50 ye? Bukan dalam lingkungang 2000 nombor?
BalasPadamYa.
Padamnak tanya, mcm mana dgn nombor pendaftaran kereta kt geran kalau kita tukar nombor?
BalasPadamSorry, saya tak tahu. Perlu refer jpj sendiri
PadamBoleh tak kalau saya nak tukar no yang dibeli ke no yang lain?
BalasPadamTak boleh rasanya.
PadamNak Tanya... Sy dah beli no Di ebid jpj tpi guna account adik untuk kete baru sy.. Mohon pencerahan ape sy kena buat
BalasPadamSorry, saya tak tahu, tak pernah guna ebid.
Padamkenapa saya tengok plat putrajaya tak bergerak ye..mohon pencerahan
BalasPadamPlet F ?
PadamSetahun sekali je bergerak..
Setiap bulan jun saja plet F dikeluarkan.
2016 F
2017 FA
2018 FB
2019 FC
Harga skrg mmg rm300 ke walaupun no biasa2...
BalasPadamSalam. Macam mana kita nak req no plat sendiri yang kita nak. contoh FAM 1. boleh pergi jpj open tender ke? mohon pencerahan. terima kasih.
BalasPadamHarga dah naik 300
BalasPadamSalam bos..nak beli no plat tapi kenapa bila kita tekan bayar dia keluar balik..banyak kali buat pun sama..
BalasPadamSamala..kena pakai pc baru berjaya
PadamMungkin sebab internet speed slow. Cuba guna wifi yang speed laju sikit.
BalasPadamSalam tuan. Kalau dah berjaya beli no dan nombor tu lmbat lagi turn nye, so kenderaan kalo dah ready pon kena menunggu no tu smpai dlu ker?
BalasPadamTak perlu. Boleh terus guna
PadamTuan.. Cam mana berjaya tu.. Sy pon try asyik ke laman utama je
PadamCuba guna internet melalui wifi yang laju
PadamSalam tuan nak tanya, skg saya nak beli huruf yang saya belum running lagi, boleh ke saya beli sesiap?
BalasPadamTak boleh. Running no. sahaja
PadamAgak2 no kl 2 digit brpe plg murah?
BalasPadamMacam mana masuk login
BalasPadamIkut panduan di login page. I
PadamBoleh kah saya membeli no yg belum di keluarkan.. misal kata skrg ALL** tp saya nak ALQ** (untk negeti perak)
BalasPadamTidak. Running number sahaja
PadamSaya dah beli nombor plat, tapi tempoh untuk saya gunapakai nombor plat tu ke kenderaan baru saya telah tamat tempoh. Bagaimana cara untuk saya renew / dapatkan semula nombor plat tu?
BalasPadamTuan, kalau saya dah beli no plate..dan tidak didaftarkan sehingga tamat tempoh.. takpe ke? Atau ada surcharge?
BalasPadamsalam en azlan...saya dah pernah beli no plat kali pertama melalui mySikap...adakah kali kedua mahu membeli perlu mengambil pin di JPJ lagi?
BalasPadamTak perlu. Login sahaja guna id yang dulu
PadamNak register my sikap kena pergi kaunter ke?
BalasPadamTuan, kalau saya log in myskikap untuk beli nombor, sudah berjaya beli maksud terus dapat ini nombor kan? x payah lagi tunngu keputusan , kalau x berjaya bayar maksud gagal lah?kalau berjaya , saya kena print kan resit dan buat pendaftaran sahaja ? betul x? ribuan terima kasih tuan jawab ya ~
BalasPadamYa
PadamTuan Azlan, Walaupun Dengan Nombor 2 digit ?
BalasPadamRunning number sahaja, 4 digit. 2 digit tiada dalam list
PadamKalau 3 digit ada dalam list tak? Ia dikira running number tak?
PadamBoleh ke beli nombor putrajaya? Plet F tu? Saya tanya kedai motor dia kata tak boleh..
BalasPadamSalam tuan, saya nak beli no. 5959 dalam caterogy popular. Sy sudah check dalam mysikap tapi no.5959 itu tiada dalam senarai. Apa yang harus sy lakukan utu mendapatkan no tu?mohon pencerahan..terima kasih.
BalasPadamCuba cari untuk negeri yang lain. Kalau tiada bermaksud sudah dibeli oleh orang lain.
PadamBoleh ke beli nombor plate utk ahli keluarga sndri,contoh mak atau ayah pernah daftar dan beli utk kenderaan sendiri, dan ank plak nk beli ke perlu daftar sndri?
BalasPadamTak boleh. Sebab perlu guna biometrik myKad
PadamDh beli nombor tu dh print resit bole terus bg kt kedai kenderaan kn.,?
BalasPadamTuan, Selepas Sah Pembelian Berapa lama kita boleh menyimpan nombor yang telah dibeli? saya da check dlm website JPJ tak jumpa. tak tau 3 bulan atau 6bulan?
BalasPadamsekarang dh rm310 kan.
BalasPadamBetul harga dah naik 300+10
PadamKalau emel alamat lama dah tukar Dan tidak diaktifkan/login. Active code yang mysikap dah hantar emel lama, kena macam mana tukar/update emel terkini?
BalasPadamsalam tuan nk tanya berapa bayaran utk proses beli nombor yg biasa2 skrg ni ,haritu runner minta rm 350 , kalau urusan sendiri dibawah rm 300 nk buat sendiri tapi kalau lbh baik suruh runner jimat masa dan minyak nk ke jpjp mphon pencerahan tuan atau sapa2 yg tahu
BalasPadamKalau RM350 tu murah la. Runner charge saya RM410 untuk number yg saya nak baru2 ni.
PadamKenapa bila saya tekan butang 'bayar' dia back kpd homepage?
BalasPadamPastikan internet laju
PadamNak tny utk bli online running no berapa chrge ye..
BalasPadamperlu ada knderaan ke kalu nk beli no plat? cth sy beli dulu no plat, thn dpn masa nk beli keta bru sy pakai. boleh ke?
BalasPadamBoleh. Tapi ada limit masa, dalam masa beberapa bulan perlu register no plat tu
PadamSalam...tumpg tnye...klu kita nk no plat G2307R@ G2305R brpe yup...neh nk ambk no tok motr...tq
BalasPadamhi, klu saya nak beli nombor biasa mcm 4439, brp harganya?
BalasPadamHARGA TEMPAHAN
Padam1.1 Harga tempahan minima mengikut kategori nombor pendaftaran adalah seperti berikut :-
Kategori Nombor Pendaftaran
Harga bayaran Tawaran
Nombor Bernilai Utama (Golden Number)
RM20,000.00
Nombor Menarik ( Attractive Number )
RM3,000.00
Nombor Popular (Popular Number)
RM800.00
Nombor Semasa (Running Number)
RM300.00
HARGA TEMPAHAN
Padam1.1 Harga tempahan minima mengikut kategori nombor pendaftaran adalah seperti berikut :-
Kategori Nombor Pendaftaran
Harga bayaran Tawaran
Nombor Bernilai Utama (Golden Number)
RM20,000.00
Nombor Menarik ( Attractive Number )
RM3,000.00
Nombor Popular (Popular Number)
RM800.00
Nombor Semasa (Running Number)
RM300.00
JPJ sudah beroperasi/buka ke sekarang?
BalasPadamSudah
PadamKalau nak extend no.plate yg tempoh Jan 2020 sehingga Jun 2020, dengan no.plate ni adalah bawah nama syarikat pya.
BalasPadamsaya nak pencerahan ..saya nak beli no pendaftaran ttapi urusan beli motor baru lambat sedikit..jadi saya nak tau tempoh no pendaftaran itu berapa lama sekarang?dulu 6 bulan ,adakah masih sama ??
BalasPadamnk tanye jk nak beli nombor yg terlepas tu pula macam mana ?
BalasPadamNk kene tggu huruf tu sampai dulu ke baru boleh beli? Contoh saya nk VEW1989... Tp skang baru VEV 1xxx...so kene tggu VEW 1000+ baru bole beli ke?
BalasPadamSalam Tuan. Saya ingin bertanya soalan yang sama. Terima kasih kerana membantu, Tuan.
PadamAssalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya, kenderaan lama saya bernumber 310 dan masih guna kenderaan tersebut.untuk kenderaan baru yg akan di beli boleh tak utk memohon no yg sama juga 310. Berapa bayaran bg no tersebut
BalasPadamAssalammualaikum tuan..saya ingin bertanya..blh online sepjg waktu atau time office hour.. terima kasih.
BalasPadamKalau RM350 tu murah la. Runner charge saya RM410 untuk number yg saya nak baru2 ni.
BalasPadamTuan, saya beli kereta di Johor tapi nk guna plat Sarikei. Boleh ke?
BalasPadamBoleh
PadamSALAM.kalau dah beli no tp kereta tak beli lg , berapa lama boleh simpan nmbr tu ?
BalasPadam6 bulan
Padam6 bulan
PadamKalau 3 digit ada dalam list tak?
BalasPadamIa dikira running number tak?
harga sama ke rm300?
jika dalam sistem ada no 3 digit boleh beli. jika no tu no. berganda ke macam 88, atau no special harga mungkin berubah.
PadamSetel tempah online, mudah prosesnya.. TAPI kalau running-number yg kita beli online tu dah DILULUSKAN@dapat, JPJ akan contact kita through emel atau surat-menyurat?
BalasPadamUntuk sabah valid pakai mysikap juga?
BalasPadamUntuk flat number sabah valid guna Mysikap?
BalasPadamBoleh tak saya beli nombor kereta menggunakan Mysikap atas nama saya tetapi nak guna untuk kereta baru beli atas nama istei?
BalasPadamKes saya sama macam ni. Tapi dah submit ic saya dan isteri bersama surat nikah di kaunter. Persoalannya, saya tak tahu macam mana nak check status tersebut. Kalau lulus, nak check mana? Berapa lama proses untuk kelulusan? Pihak JPJ akan maklumkan kita ke status pertukaran tu?
PadamKalau beli motor atas nama suami ,nk beli plat kena daftar mysikap atas nama suami juga ke?
BalasPadamHello, saya sudah renew lesen memandu lewat talian mySIKAP tapi terlupa print resit, bagaimana cara reprint resit?
BalasPadamOption pembayaran hanya keluar pilihan kad kredit.. tiada pilihan kad debit/perbankan...
BalasPadamMcm mana tu.. boleh ke kad debit masuk guna option kad kredit?
Kalau kita dapat no kita nk tu .kena beli motor baru untuk pakai no plat baru tu? Atau boleh pakai motor kat lama
BalasPadamKita beli no baru..lpas tu kena beli motor baru jugak kaa untuk pakai no tu..atau boleh pakai kt motor second
BalasPadamKalau kita dapat no kita nk tu .kena beli motor baru untuk pakai no plat baru tu? Atau boleh pakai motor kat lama
BalasPadamBerapa lama tempoh sah num yg kita beli jika tidak didaftarkan di kenderaan baru kita
BalasPadamkalau kita suda berjaya membeli plat nombor baru tetapi motor belum lagi beli jadi berapa lama nombro plat yang kita berjaya beli tu sah kepunyaan kita ada tempoh ke?
BalasPadamberapa lama tempoh nombor yang kita berjaya beli itu luput seab kereta atau motor belum lagi kita beli
BalasPadamAnak sy tersilap beli no kenderaan atas nama beliau melalui MySikap tetapi kenderaan atas nama suami sy. Bolehkah pindah no tersebut kepada suami sy? Jika boleh, bagaimana? Mohon pencerahan
BalasPadamSalam cik macam mana kalau sy nk beli no yg belum keluar, nk tunggu keluar lambat.sy nk ambik plat Lahad Datu SN95S.
BalasPadamSekarang ni SN3xxxR. Nk tunggu lama nk so ada cara lain ke ye, kenderaan dh ada no je yg masih xdpt. Mohon pencerahan.
Saya tinggal di kuching dan beli kereta di kuching,bolehkah saya beli plet Negeri Sembilan, kalau saya dah dapat no tu nanti kena uruskan di JPJ Kuching saja kah ?
BalasPadamya betul
PadamTuan..selepas 3 bulan masih lagi tidak daftarkan no yang kita beli,adakah boleh untuk renew tarikh lupus tu?
BalasPadamSaya punya pun dah luput.. Boleh renew ke
PadamSy nak tny klu no yg sy dah beli tp nak Jual semula boleh ke...
BalasPadamRata2 tanya APA AKAN JADI SELEPAS 6 BULAN BOOKING?adakah no tu dibuka pada awam atau ada can byar cas lain untuk renew?(dah byk soalan tp xdak jawapan)
BalasPadamRunning no ...luput/expired selepas 3 bulan atau 6 bulan?
BalasPadamSelepas 6 buln
PadamTuan nak tanya, saya tersilap beli no plate keta atas nama pakcik saya. dh byr rm310 pun tapi sale person keta kata xbole. apa saya bole buat utk dptkan refund semula / tukar dari nama pakcik ke nama saya?
BalasPadamSetahu saya memang tak boleh. untuk tukar nama tu mungkin boleh tapi kena rujuk JPJ untuk maklumat lanjut
PadamTuan nak tanya, saya tersilap beli no plate keta atas nama pakcik saya. dh byr rm310 pun tapi sale person keta kata xbole. apa saya bole buat utk dptkan refund semula / tukar dari nama pakcik ke nama saya?
BalasPadamNak tanya habis bayaran rm310, maksud nombor yg booking dah dimiliki me? If ya, apa yg step seterusnya?
BalasPadamassalamualaikum tuan azlan.. saya dah berjaya beli nombor plet dari negeri lain guna akaun mysikap isteri.. malangnya isteri taknak guna nbr tu.. soalan saya, bagaiman cara utk saya tukar nbr tu kepada nama saya... terima kasih.
BalasPadamKalau untuk tukar milik nombor ni rasanya kena pergi kaunter JPJ. Saya tak ada pengalaman buat
PadamBoss. Klu dh beli num.. Lps 1minggu nk tukar num lain boleh.
BalasPadamHi
BalasPadamSaya tersilap beli number atas nama saya melalui mysikap utk kereta atas nama isteri saya. Yg nie boleh ke or kena tukaq nama. How to tukar nama ye boleh share procedur and charges untuk nie.