Selasa, Mei 23, 2017

Proses Cabut Undi & Pinjaman Perumahan Rumah Selangorku

Perkongsian kali ini adalah mengenai proses cabut undi dan pinjaman perumahan bagi Rumah Selangorku. Sebelum ini saya ada berkongsi mengenai Pengalaman Membeli Rumah Selangorku bagi projek apartmen DeBayu, Setia Alam (Type C).  

Saya kongsikan dahulu ringkasan dan kronologi proses pembelian Rumah Selangorku berdasarkan pengalaman saya sendiri:
  1. Mohon online di website LPHS: 25 Oktober 2016
  2. Ditawarkan rumah: 26 November 2016
  3. Dapat surat tawaran daripada developer: 7 April 2017
  4. Cabut Undi: 15 April 2017
  5. Mohon pinjaman perumahan: 15 April 2017
  6. Dapat tawaran pinjaman perumahan: 20 April 2017
  7. Tandatangan surat tawaran pinjaman perumahan: 26 April 2017
  8. Maklumkan peguam mengenai kelulusan pinjaman & proses penyediaan perjanjian bermula: 27 April 2017
  9. Developer minta salinan tawaran pinjaman perumahan: 8 Mei 2017
  10. Tandatangan perjanjian S&P & perjanjian pinjaman perumahan: 10 Julai 2017
Surat tawaran Rumah Selangorku daripada LPHS

Surat tawaran Rumah Selangorku daripada SP Setia (page 1) 
Surat tawaran Rumah Selangorku daripada SP Setia (page 2)



Kronologi nombor 1 & 2 saya dah cover dalam perkongsian sebelum ini. Saya akan kongsikan mengenai kronologi nombor 3 dan seterusnya. Saya dapat surat tawaran dan makluman untuk cabut undi pada 7 April 2017. Di dalam surat tersebut, terdapat 2 surat tawaran, satu daripada developer (SP Setia) bertarikh 1 April 2017, satu lagi daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bertarikh 10 Mac 2017. Tarikh cabut undi adalah dalam masa 2 minggu daripada surat tawaran iaitu 15 April 2017. Saya tidak mendapat apa-apa SMS ataupun call daripada developer yang menyatakan surat tawaran sudah ready dan kena cabut undi. Nasib baiklah saya ikut perkembangan semasa di group whatsapp dan group facebook Rumah Selangorku DeBayu. Untuk makluman, jika saya tidak hadir pada tarikh cabut undi, tawaran tersebut akan terbatal dengan sendirinya. 

  1. Pada hari cabut undi tersebut, saya perlu membawa bersama dokumen-dokumen berikut:
  2. Salinan surat tawaran developer
  3. Salinan MyKad (4 keping)
  4. Bayaran wang pendahuluan sebanyak RM2,000.00 (cek/bank draf atau tunai)
  5. Salinan surat tawaran LPHS
  6. Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  7. Salinan penyata terkini KWSP
  8. Salinan borang J/Borang EA
Pada hari cabut undi tersebut, Surat Perjanjian Jual Beli (Sales & Purchase Agreement) sudah tersedia dan saya perlu tandatangan surat perjanjian pada hari itu juga. Untuk makluman, walaupun sudah tandatangan S&P, jika kita tidak berjaya dapat mana-mana pinjaman perumahan dalam tempoh yang ditetapkan, kita akan dapat semula apa-apa bayaran yang telah dibuat kepada developer. Pada hari cabut undi itu juga, bank-bank panel ada sekali, so kita boleh terus bertanya kelayakan dan mohon pinjman perumahan. Saya mohon dari 3 bank iaitu Maybank, CIMB, dan BSN. 

Lebih kurang seminggu selepas tarikh cabut undi, saya dapat berita pinjaman perumahan saya lulus bagi ketiga-tiga bank (100% pinjaman). Mungkin sebab rekod CCRIS saya ok. Saya pilih Maybank sebab interest rate yang ditawarkan paling rendah sebanyak 4.5%, tambahan pulan gaji saya masuk ke Maybank, so boleh buat standing instruction (automatik tolak daripada akaun Maybank untuk bayar installment bulanan pinjaman perumahan). Insatllment bulanan saya untuk pinjaman Maybank adalah RM1021, bagi tempoh bayaran/pinjaman 32 tahun, termasuk MRTT RM8,549.00 


Agen Maybank telah datang ke office saya di Shah Alam untuk tandatangan surat tawaran pinjaman perumahan tersebut lebih kurang seminggu selepas dapat berita kelulusan pinjaman. Kemudian saya call person in charge di pihak developer untuk memaklumkan yang pinjaman saya dah lulus. Developer suruh saya maklumkan pihak peguam dahulu. Pihak peguam perlukan salinan surat tawaran pinjaman perumahan, dan mereka meminta supaya saya hantar softcopy (scanned sebagai fail PDF) surat tawaran pinjaman tersebut supaya dapat diproses lebih cepat kerana jika tunggu Maybank hantar surat tawaran secara serahan tangan, akan ambil masa seminggu. Seminggu selepas saya serahkan softcopy surat tawaran pinjaman perumahan, pihak developer call saya untuk minta softcopy juga. 

Selain S&P aggreement, perjanjian pinjaman perumahan juga akan disediakan oleh pihak peguam yang sama, dengan kos lebih kurang RM3,500.00 untuk legal fees & stamp duty. Untuk legal fees & stamp duty S&P, kos tersebut ditanggung oleh pemaju. Saya dapat maklum daripada group whatsapp/facebook bahawa proses penyediaan dokumen S&P dan perjanjian pinjaman perumahan akan ambil masa paling cepat pun sebulan. 

Update terbaru: Saya telah tandatangan perjanjian S&P dan perjanjian pinjaman perumahan bersama pihak peguam pada 10 Julai 2017. Saya perlu tandatangan setiap mukasurat dokumen perjanjian (lebih 50 mukasurat), dan kemudian perlu membayar wang sebanyak RM3,400 sebagai kos legal fees dalam masa sebulan. 

Setakat itu sahajalah perkongsian saya pada kali ini. 

45 ulasan:

  1. salam nak tnya , total semua kos dari mula smpai akhir , berapa agkny?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dapat full loan 100%, kos dalam RM6k, termasuk RM2K wang pendahuluan yang akan dapat kembali (tapi ambil masa). Kalau dapat loan 90%, kos dalam RM26k (tapi boleh keluar duit KWSP untuk downpayment RM20k tu)

      Padam
    2. kenape perlu buat bayaran untuk RM3400 tu

      untuk bayaran apa ye.

      because of Loan Documentation Legal kan RM2,000.00

      ape lagi RM 1400 tu hehehe

      stamp duti for spa and documentation exclude kan untuk rumah bawah rm500 k

      Padam
    3. stamp duti for spa and documentation exclude kan untuk rumah bawah rm500 k - wow baru tahu. thanks for the info

      Padam
  2. salam, nak tanya. apa update ye? dah dapat rumah tu? loan dh start bayar installment?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih dalam proses S&P. Installment belum start.

      Padam
  3. Saya apply De Bayu jugak..tapi dalam senarai menunggu je. Ke dah penuh?

    BalasPadam
  4. Setahu saya..kalau senarai menunggu ni, apabila orang yang dapat tawaran tolak tawaran atau loan tak diluluskan, barulah tawaran dibuka kepada yang dalam senarai menunggu. Kuota dah penuh atau tak tu saya tak tahu.

    BalasPadam
  5. tumpang tanya, jika contohnya saya pilih de bayu tapi dah penuh, ada kemungkinan x pihak lphs tawarkan projek perumahan yang lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. setahu saya, masa mohon tak pilih projek, hanya pilih daerah, mukim, dan jenis/Type. maknanya, kalau pilih mukim Bukit Raja & Type C, walaupun De Bayu dah full, jika ada projek lain yang kategori Type C juga dalam mukim tu masih ada harapan dapat. untuk kepastian, boleh check LPHS

      Padam
  6. Boleh saya tanye total kos legal fees and stamp duty brapa..encik mentioned yg ditanggung pemaju tu untuk s&p shaje ke..rm3400 tu untuk legal fees ape ye..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rm3,400 adalah total cost untuk 2 jenis legal fees & stamp duty
      1.S&P
      2.Loan

      Keduanya guna peguam yang sama (disarankan developer). Kalau guna peguam berasingan akan jadi mahal. Mungkin total RM5,000 atau lebih. Kos ditanggung pemaju tu adalah sebahagian dari S&P sahaja

      Padam
  7. Salam. Bagaimana untuk saya masuk ke group whatsapp De Bayu atau link fb utk komuniti De Bayu? . Sbb sy pun dah selesai urusan pembelian. Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://www.facebook.com/groups/567006333487917/
      Masuk group facebook tu dulu. Lepas approved, check post dalam group yang berkaitan group whatsapp (ada link untuk join)

      Padam
    2. Ya. Sy dah req to join tp sampai sekarang no one approve.

      Padam
    3. Bagi nombor telefon, nanti saya add ke group whatsapp.

      Padam
    4. Boleh masukkan sy skli?sy dh request

      Padam
  8. Borang EA tu wajib ke ?

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Salam. Sy dah dapat offer 'ditawarkan rumah'. Tapi tak tahu bila. Bila check hari ni, status dah bertukar. Tapi tak dapat contact drpd developer or lphs lagi. Perlu contact pihak dorg segera ke? Tq

    BalasPadam
  11. aslm...boleh sy tau x masa cabut undi tu kite xboleh pilih ke unit mn yg kite nak..if kite xstuju unit yg kite dapat tu cmne yer??

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas cabut undi, keputusan muktamad. tak boleh tukar2 dah.

      Padam
  12. kenapa ada unit rumah selangorku yang melebihi rm250k...?

    BalasPadam
  13. Salam.. Biasa 100% loan tu kje gov ke? Jika sy swasta 90%. So 10% kene kua kwsp acc 2..betul x? Then, if sy pay 10% guna kwsp so kiranya sy da tutup duit guaman smua tu ke? Bukan pe.. Risaulah klu kena byar duit tambahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Swasta pun boleh dapat loan 100% asalkan rekod kewangan baik. Kalau dapat 90%, 10% dibayar tu untuk kos beli sahaja...kos guaman kira asing.

      Padam
  14. salam...

    untuk 10% deposit tu, boleh keluarkan kwsp kan? perlu buat bayaran dulu atau kita boleh tggu wang dr kwsp ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, boleh. keluarkan akaun 2 kwsp hanya ambil masa kurang seminggu.

      Padam
    2. maaf boleh saya dapat tahu bagaimana nak apply sampai dapat 100% loan?

      Padam
    3. Secara umumnya, rekod kewangan di CCRIS perlu cantik & bersih, contoh: hutang PTPTN, kereta, ASB loan dibayar on time tanpa tunggakan.

      Padam
  15. Salam. Untuk full loan, perlu ke jelaskn baki 18k ? Dlm ms 14 hari. Sy br dpt tawaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dapat full loan, tak perlu bayar 18k tu. malah, 2k yang dah bayar tu akan dapat balik nanti dalam masa beberapa minggu.

      Padam
  16. hi,i dah bayar deposit rm1000 dah buat undi dah tawarkan rumah tapi bank tak approve loan...boleh dapat balik deposit rm1000 dari spa tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Hubungi pihak developer untuk claim balik

      Padam
  17. Salam'alaik. Encik boleh update status semasa tentang belian rumah ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah bayar progressive payment. Tunggu rumah siap & serah kunci sahaja

      Padam
    2. Progressive payment berapa ye sebulan and dia keep increasing for each month or stay macam tue ke price dia?

      Padam
    3. Bayaran mengikut progress rumah yang siap & disbursement dari pihak bank. Baca lebih lanjut beserta contoh di link berikut:

      http://www.bijakwangbijakit.com/2018/04/cara-kira-progressive-payment-untuk.html?m=1

      Padam
  18. Ada caj utk pindah milik semua sa nak bayar loan agreement doc fee 3kplus ....nape ada pindah milik cust lagi ???tak faham

    BalasPadam
  19. Kalau loan dpt 100%..boleh ke keluar epf akaun 2 semua??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah
      ATAU
      Semua simpanan dalam Akaun 2
      (Mana lebih rendah)
      https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/purchase-a-house

      Padam
  20. Salam tuan , boleh saya tahu sekiramya dah ditawarkan rumah , pihak selangorku berikan berapa lama tempoh utk kita dptkan loan rumah ? Contoh nama ada problem ccris dan perlukan waktu utk clearkan nama kita .. jadi pihak selangorku boleh consider tak utk kita cuba clearkan nama kita dulu before submit utk process loan

    BalasPadam
  21. salam, bila dah ditawarkan rumah.. peguam tu kita yang cari sndiri ke bagaimana caranya ye ? mohon tunjuk ajar..

    BalasPadam