Sabtu, Julai 25, 2015

Panduan Menggunakan Kad Kredit Secara Berhemah


Salam.

Anda ada kad kredit? Kalau anda belum ada dan masih was-was sama ada nak dapatkan kad kredit atau tak, artikel ini untuk anda. Mungkin anda takut dengan bunga atau caj-caj kredit kad yang tidak masuk akal, mungkin juga anda tak faham bagaimana kad kredit berfungsi, mungkin juga anda takut tak dapat mengawal perbelanjaan apabila mempunyai kad kredit yang boleh membeli barang/keperluan di luar kemampuan anda. 

Sebenarnya, anda tak perlu takut menggunakan kad kredit. Yang paling penting sekali apabila menggunakan kad kredit ialah membayar jumlah penuh hutang sebelum tarikh tamat (bulanan). Sebagai contoh, anda menggunakan kad kredit sebanyak RM150.00 dan penyata kad kredit anda menyatakan anda perlu bayar sebelum 5hb, anda sepatutnya membayar jumlah penuh penyata RM150.00 juga sebelum 5hb. Yang menjadi masalah dan punca hutang bertambah ialah apabila anda membayar jumlah minima sahaja, contohnya membayar RM50.00 daripada RM150.00. Ini meyebabkan anda dicaj bunga akibat hutang tertunggak RM100.00 itu, dan perlu diingatkan disini caj kad kredit adalah sangat tinggi.

Selain itu, biasanya kad kredit juga mempunyai kelebihan tertentu seperti diskaun apabila membeli di premis-premis yang menjalankan promosi. Ada juga yang memberikan rebat. Contohnya 2.5% rebat. Jika anda berbelanja RM100, anda akan dapat rebat sebanyak RM2.50. Di sini sahaja anda sudah dapat berjimat, sekurang-kurangnya dapat cover balik jumlah yuran yang kerajaan kenakan untuk kad kredit setahun iaitu RM50.00. 

Saya nak kongsi sedikit pengalaman menggunakan kad kredit. Tujuan utama saya menggunakan kad kredit ialah untuk isi minyak. So, saya ambil kad kredit yang bertemakan "untuk pemandu jimat" iaitu CIMB Petronas Mastercard. Dengan menggunakan kad kredit di stesyen minyak, saya tak perlu beratur untuk membeli minyak di kaunter dan saya boleh isi full-tank serta dapatkan resit selepas menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak. Saya juga menggunakan kad kredit untuk menempah badminton court di putrajaya secara online, membayar cukai jalan dan insuran kereta, membayar bil 
apabila servis kereta, dan untuk kes-kes kecemasan apabila saya tidak cukup duit tunai. 

Secara keseluruhannya, kad kredit ini amat berguna dan menguntungkan apabila kita menggunakannya secara berhemah dan secara bijak.

Sabtu, Jun 14, 2014

Panjangkan/Extend Tempoh Hayat Kredit Celcom Prepaid Untuk 1 Tahun atau 2 Tahun



Salam. Anda pengguna Celcom Prepaid? Banyak kredit sebab jarang call dan sms je, kemudian stress/tension sebab selalu kena topup? Haa...kini ada caranya untuk panjangkan/extend tempoh hayat kredit anda. Caranya mudah sahaja seperti berikut:

TAIP : EXP1
Dan send ke 28882
(RM30 will be deducted for 1 year validity.)
atau
TAIP : EXP2
Dan send ke 28882
(RM50 will be deducted for 2years validity)

Syaratnya, anda kena ada minimum kredit untuk ditolak lah. Kalau nak extend setahun kena ada minimum RM30, kalau nak extend 2 tahun kena ada minimum RM50. Lagi satu, anda kena topup sekurang-kurangnya RM30 dalam masa 6 bulan. Itu sahaja...Selamat mencuba!

Selasa, Februari 25, 2014

Pelaburan ASB vs Unit Trust CIMB



Salam semua. Kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya  melabur dalam unit trust CIMB. Secara ringkasnya, saya mendapat keuntungan yang lebih jika dibandingkan dengan saya melabur di dalam ASB. Saya akan buktikan dengan kiraan mudah pelaburan ASB dengan andaian ASB mendapat dividen 8% setahun dan pelaburan awal RM1500 tidak dikeluarkan selama 5 tahun.

1. Melabur dalam ASB: 

tahun pertama
1500 x 8% = 120
1500 + 120 = 1620

tahun ke-dua
1620 x 8% = 129.60
1620 + 129.60 = 1749.60

tahun ke-tiga
1749.60 x 8% = 139.97
1749.60 + 139.97 = 1889.57

tahun ke-empat
1889.57 x 8% = 151.17
1889.57 + 151.17 = 2040.74

tahun ke-lima
2040.74 x 8% = 163.26
2040.74 + 163.26 = 2203.99

%keseluruhan selama 5 tahun
= (2203.99-1500)/1500 x 100
=703.99/1500 x 100
=46.93%

2. Melabur dalam Unit Trust

Sekarang, kita lihat pula jika jumlah RM1500 itu dilaburkan ke dalam  unit trust. Berikut merupakan screenshot pelaburan dalam unit trust CIMB Dali Equity Theme Fund beserta jumlah pulangannya (ROI - Return on Investment). Klik pada gambar untuk melihat perincian secara lebih jelas.

CIMB Dali Equity Theme Fun (2009 - Feb 2014) ROI 64.97%






Berdasarkan kiraan di atas, jumlah keuntungan yang diperolehi jika saya melabur dalam ASB ialah 46.93%. Tetapi, jumlah keuntungan semasa yang saya perolehi apabila melabur dalam CIMB ialah 64.97% lebih kurang 1.5 kali ganda daripada keuntungan ASB. Keuntungan ini mungkin akan bertambah lagi jika NAV CIMB tersebut meningkat pada masa hadapan. Jenis unit trust yang saya labur di CIMB ni tiada dividen, hanya untung bersasarkan perubahan/peningkatan NAV sahaja. Pelaburan ASB pula ada dividen setiap tahun. Kalau saya melabur dalam unit trust yang ada dividen dan prestasinya sama macam yang saya laburkan sekarang, mesti bertambah lagi keuntungan saya. Haha (gelak jahat).

Ada banyak lagi unit trust yang boleh anda laburkan di luar sana seperti Public Mutual. Yang penting, anda dah kaji, baca prospektus, dan pilih unit trust yang bersesuaian dengan analisis risiko anda. Tepuk dada, tanya selera.

p/s: satu lagi, unit trust swasta seperti CIMB dan Public Mutual ni ada kemudahan unit trust online. Jadi mudahlah anda untuk menyemak keuntungan semasa unit trust anda. Berbaloi kan? Hehe..

Update terbaru:
Baca pengalaman saya serta tips secara terperinci melabur dalam unit trust CIMB dan Public Mutual

Blog post berkaitan:

Pengalaman Melabur Dalam Unit Trust CIMB dan Public Mutual

Pengalaman Melabur Dalam Saham Di Bursa Malaysia

Caj Jualan Amanah (Unit Trust) dan Yuran Broker Saham

Jumaat, Mac 08, 2013

Hello Expenses (Android App) - Rekodkan Perbelanjaan Harian Dengan Mudah

Salam. Sebelum ini saya ada post mengenai cara merekodkan perbelanjaan harian secara efektif iaitu menggunakan telefon bimbit (semua jenis). Kali ni, saya nak share cara merekod perbelanjaan harian dengan menggunakan aplikasi pada smartphone. Yelah, sekarang dah ramai menggunakan smartphone. Kerajaan pun dah bagi rebat RM200 untuk beli smartphone melalui Pakej Komunikasi Belia.

Ok. Aplikasi Android yang saya mahu kongsi ini adalah Hello Expenses. Aplikasi ini amat berguna jika kita ingin merekodkan perbelanjaan harian, mingguan, bulanan atau tahunan. Kita boleh melihat kembali semua rekod perbelanjaan kita mengikut kategori, tags, harian, mingguan, bulanan, atau tahunan beserta statistik yang akan dipaparkan di dalam bentuk graf dan carta pai.





Cadangan saya ialah gunakan aplikasi ini untuk catatkan segala perbelanjaan harian. Kemudian, hujung bulan atau awal bulan berikutnya, masukkan rekod-rekod tersebut di dalam software pengurusan kewangan anda. Saya ada postkan mengenai software pengurusan kewangan sebelum ini.

Ok. Selamat mencuba!

Sabtu, Ogos 13, 2011

Apa Itu Produktiviti?

Produktiviti sering diperkatakan oleh majikan atau rakan-rakan sekerja anda. Namun, tahukah anda apa sebenarnya produktiviti ni? 

Secara mudahnya, produktiviti adalah menghabiskan masa anda bagi melakukan sesuatu tugasan atau matlamat tertentu. Contohnya, jika hari ini anda merancang untuk melakukan 3 tugasan, dan sebelum pulang dari kerja, anda dapat selesaikan semua tugasan tersebut, anda memang sangat produktif! Tetapi, jika anda hanya dapat lakukan 1 tugasan sahaja dan menangguh 2 lagi tugasan kepada hari esok, anda tak produktif lah tu (mungkin banyak ber-facebook atau ber-twitter daripada melakukan tugasan...). 

Satu perkara yang menarik: 
Menjadi produktif, tak semestinya anda perlu mejadi seorang yang sibuk. Perkara ini ada kaitannya dengan "multitasking" dan "fokus". Seperti contoh di atas, jika anda cuba lakukan 3 tugas serentak, anda akan nampak sangat sibuk. Sepatutnya, anda boleh lakukannya satu persatu dengan fokus dan mengikut keutamaan. Hasilnya, tetap sama, iaitu anda dapat siapkan 3 tugasan sehari. Bezanya, anda nampak busy dan tertekan jika gunakan kaedah "multitasking", sedangkan kaedah satu lagi anda akan lebih "rilex", tenang, teratur sehingga kerja selesai dan kemungkinan besar hasil kerja lebih berkualiti dan kemas. 

Produktiviti bukan sahaja dipraktikkan di tempat kerja, malah untuk kehidupan seharian juga. Contohnya, anda merancang untuk melakukan 3 perkara pada hari Sabtu iaitu jogging, basuh baju, dan kemas bilik. Senaraikan, buat satu persatu dengan tenang, dan anda akan berasa satu kepuasan selepas dapat lakukan 3 perkara tersebut. 

Saya sengaja bagi contoh 3 perkara/tugasan sahaja, kerana kebiasaanya, jika kita letakkan terlalu banyak perkara/tugasan nak dibuat, kebarangkalian untuk selesaikan kesemuanya amat tipis. Oleh itu, lebih baik senaraikan 3 perkara/tugasan, jika selesai, senaraikan 3 perkara/tugasan yang lain. Lebih teratur bukan?

Untuk maklumat lanjut mengenai produktiviti ni, sila lawati laman web berikut: 

Harap anda dapat baiki cara kerja anda supaya lebih produktif. (Ingatan buat saya juga..). 

Terima kasih kerana sudi membaca.