Rabu, Mei 25, 2016

Lihat Transaksi Harga Rumah Sub-Sale (2nd Hand) Terkini Secara Terperinci

Salam. Jika anda ingin menjual atau membeli rumah sub-sale dan ingin mengetahui harga rumah semasa untuk rumah di kejiranan tertentu, anda boleh mengetahui harga transaksi yang telah berlaku di kawasan tersebut secara terperinci dan terkini di http://www.brickz.my/ 


Laman web tersebut akan menyenaraikan 10 transaksi terkini di sesuatu tempat bagi jenis residential, commercial, industrial, land, dan agricultural. Pembeli atau Pelabur yang lebih serius boleh subscribe kepada account berbayar yang boleh memaparkan transaksi yang lebih lengkap dan akses kepada tools yang lebih lengkap dan tidak terhad. 

Data-data yang diperolehi di laman web tersebut diperolehi daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH). Setiap transaksi selepas stamp duty bagi perjanjian Sales and Purchase diproses akan direkodkan. Ini membolehkan data-data di laman web tersebut dijadikan sumber yang diyakini dengan kebolehpercayaan (reliability) yang tinggi. 

Sebagai contoh, jika keyword "garden avenue seremban" dimasukkan di dalam search function laman web tersebut, terdapat 11 transaksi yang ada di dalam rekod (hanya 10 boleh dilihat) dengan harga per square feet (126 hingga 200) dan range harga (RM 150,000 hingga  RM 263,000). 


Diharap laman web tersebut mampu membantu anda membuat keputusan menjual/membeli rumah di kawasan tertentu dengan mudah, pantas, dan berkesan sebelum dinilai oleh pihak Penilai secara rasmi. 



Ahad, Februari 28, 2016

HERE Maps - Aplikasi alternatif bagi Waze & Google Maps


Jika anda pengguna tegar Waze & Google Maps, HERE Maps ini adalah aplikasi alternatif. Kelebihannya anda boleh download offline map bagi seluruh Malaysia (lebih kurang 300MB) dan gunakan gps navigation tanpa menggunakan data. Jika anda ada data, lagi bagus sebab boleh lihat traffic data. App ni amat berguna jika anda ingin melalui kawasan pedalaman yang tidak mempunyai signal phone atau kelajuan internet yang lembab. Review ni untuk pengguna Android je. Iphone saya tak tau. Tetapi, Windows phone sememangnya ada. 

Contoh HERE Maps yang sedang digunakan


Walaubagaimanapun, berdasarkan pengalaman saya menggunakan teknologi navigasi GPS, setiap aplikasi atau software GPS ada kelebihan dan kekurangannya. Waze bagus kerana ianya terbina dengan ciri social network yang mana kita boleh berinteraksi dengan pengguna Waze yang lain. Contohnya jika ada punca traffic jam, kita boleh report atau kita boleh chat dengan pengguna Waze di sekitar kawasan punca traffic jam tersebut. Google Maps pula mempunyai maklumat & data yang lebih terperinci. 

Tetapi, bagaimana pula dengan navigasi jika jalan yagn kita lalui mempunya banyak lorong yang memeningkan terutamanya di sekitar Lembah Klang? Untuk masalah ini, Garmin dan Papago menang kerana mempunyai photoReal Junction View, dan Lane Assist. 

Contoh photoReal Junction View oleh Garmin di sekitar Lembah Klang
Baiklah. Itu sahaja perkongsian saya mengenai aplikasi/software bagi GPS navigation. Selamat mencuba!

Sabtu, Julai 25, 2015

Panduan Menggunakan Kad Kredit Secara Berhemah


Salam.

Anda ada kad kredit? Kalau anda belum ada dan masih was-was sama ada nak dapatkan kad kredit atau tak, artikel ini untuk anda. Mungkin anda takut dengan bunga atau caj-caj kredit kad yang tidak masuk akal, mungkin juga anda tak faham bagaimana kad kredit berfungsi, mungkin juga anda takut tak dapat mengawal perbelanjaan apabila mempunyai kad kredit yang boleh membeli barang/keperluan di luar kemampuan anda. 

Sebenarnya, anda tak perlu takut menggunakan kad kredit. Yang paling penting sekali apabila menggunakan kad kredit ialah membayar jumlah penuh hutang sebelum tarikh tamat (bulanan). Sebagai contoh, anda menggunakan kad kredit sebanyak RM150.00 dan penyata kad kredit anda menyatakan anda perlu bayar sebelum 5hb, anda sepatutnya membayar jumlah penuh penyata RM150.00 juga sebelum 5hb. Yang menjadi masalah dan punca hutang bertambah ialah apabila anda membayar jumlah minima sahaja, contohnya membayar RM50.00 daripada RM150.00. Ini meyebabkan anda dicaj bunga akibat hutang tertunggak RM100.00 itu, dan perlu diingatkan disini caj kad kredit adalah sangat tinggi.

Selain itu, biasanya kad kredit juga mempunyai kelebihan tertentu seperti diskaun apabila membeli di premis-premis yang menjalankan promosi. Ada juga yang memberikan rebat. Contohnya 2.5% rebat. Jika anda berbelanja RM100, anda akan dapat rebat sebanyak RM2.50. Di sini sahaja anda sudah dapat berjimat, sekurang-kurangnya dapat cover balik jumlah yuran yang kerajaan kenakan untuk kad kredit setahun iaitu RM50.00. 

Saya nak kongsi sedikit pengalaman menggunakan kad kredit. Tujuan utama saya menggunakan kad kredit ialah untuk isi minyak. So, saya ambil kad kredit yang bertemakan "untuk pemandu jimat" iaitu CIMB Petronas Mastercard. Dengan menggunakan kad kredit di stesyen minyak, saya tak perlu beratur untuk membeli minyak di kaunter dan saya boleh isi full-tank serta dapatkan resit selepas menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak. Saya juga menggunakan kad kredit untuk menempah badminton court di putrajaya secara online, membayar cukai jalan dan insuran kereta, membayar bil 
apabila servis kereta, dan untuk kes-kes kecemasan apabila saya tidak cukup duit tunai. 

Secara keseluruhannya, kad kredit ini amat berguna dan menguntungkan apabila kita menggunakannya secara berhemah dan secara bijak.

Sabtu, Jun 14, 2014

Panjangkan/Extend Tempoh Hayat Kredit Celcom Prepaid Untuk 1 Tahun atau 2 Tahun



Salam. Anda pengguna Celcom Prepaid? Banyak kredit sebab jarang call dan sms je, kemudian stress/tension sebab selalu kena topup? Haa...kini ada caranya untuk panjangkan/extend tempoh hayat kredit anda. Caranya mudah sahaja seperti berikut:

TAIP : EXP1
Dan send ke 28882
(RM30 will be deducted for 1 year validity.)
atau
TAIP : EXP2
Dan send ke 28882
(RM50 will be deducted for 2years validity)

Syaratnya, anda kena ada minimum kredit untuk ditolak lah. Kalau nak extend setahun kena ada minimum RM30, kalau nak extend 2 tahun kena ada minimum RM50. Lagi satu, anda kena topup sekurang-kurangnya RM30 dalam masa 6 bulan. Itu sahaja...Selamat mencuba!

Selasa, Februari 25, 2014

Pelaburan ASB vs Unit Trust CIMB



Salam semua. Kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya  melabur dalam unit trust CIMB. Secara ringkasnya, saya mendapat keuntungan yang lebih jika dibandingkan dengan saya melabur di dalam ASB. Saya akan buktikan dengan kiraan mudah pelaburan ASB dengan andaian ASB mendapat dividen 8% setahun dan pelaburan awal RM1500 tidak dikeluarkan selama 5 tahun.

1. Melabur dalam ASB: 

tahun pertama
1500 x 8% = 120
1500 + 120 = 1620

tahun ke-dua
1620 x 8% = 129.60
1620 + 129.60 = 1749.60

tahun ke-tiga
1749.60 x 8% = 139.97
1749.60 + 139.97 = 1889.57

tahun ke-empat
1889.57 x 8% = 151.17
1889.57 + 151.17 = 2040.74

tahun ke-lima
2040.74 x 8% = 163.26
2040.74 + 163.26 = 2203.99

%keseluruhan selama 5 tahun
= (2203.99-1500)/1500 x 100
=703.99/1500 x 100
=46.93%

2. Melabur dalam Unit Trust

Sekarang, kita lihat pula jika jumlah RM1500 itu dilaburkan ke dalam  unit trust. Berikut merupakan screenshot pelaburan dalam unit trust CIMB Dali Equity Theme Fund beserta jumlah pulangannya (ROI - Return on Investment). Klik pada gambar untuk melihat perincian secara lebih jelas.

CIMB Dali Equity Theme Fun (2009 - Feb 2014) ROI 64.97%






Berdasarkan kiraan di atas, jumlah keuntungan yang diperolehi jika saya melabur dalam ASB ialah 46.93%. Tetapi, jumlah keuntungan semasa yang saya perolehi apabila melabur dalam CIMB ialah 64.97% lebih kurang 1.5 kali ganda daripada keuntungan ASB. Keuntungan ini mungkin akan bertambah lagi jika NAV CIMB tersebut meningkat pada masa hadapan. Jenis unit trust yang saya labur di CIMB ni tiada dividen, hanya untung bersasarkan perubahan/peningkatan NAV sahaja. Pelaburan ASB pula ada dividen setiap tahun. Kalau saya melabur dalam unit trust yang ada dividen dan prestasinya sama macam yang saya laburkan sekarang, mesti bertambah lagi keuntungan saya. Haha (gelak jahat).

Ada banyak lagi unit trust yang boleh anda laburkan di luar sana seperti Public Mutual. Yang penting, anda dah kaji, baca prospektus, dan pilih unit trust yang bersesuaian dengan analisis risiko anda. Tepuk dada, tanya selera.

p/s: satu lagi, unit trust swasta seperti CIMB dan Public Mutual ni ada kemudahan unit trust online. Jadi mudahlah anda untuk menyemak keuntungan semasa unit trust anda. Berbaloi kan? Hehe..

Update terbaru:
Baca pengalaman saya serta tips secara terperinci melabur dalam unit trust CIMB dan Public Mutual

Blog post berkaitan:

Pengalaman Melabur Dalam Unit Trust CIMB dan Public Mutual

Pengalaman Melabur Dalam Saham Di Bursa Malaysia

Caj Jualan Amanah (Unit Trust) dan Yuran Broker Saham