Zaman sekarang yang serba canggih ini, teknologi memudahkan kita untuk berurusan, semuanya sudah boleh dibuat secara online. Ini termasuklah urusan di JPJ yang dapat diakses melalui sistem mySIKAP. Apa itu mySIKAP? SIKAP adalah singkatan bagi Sistem Informasi Kenderaan dan Pemandu, manakala mySIKAP adalah sistem online di website JPJ yang terbuka untuk orang awam dan syarikat bagi urusan berkaitan JPJ.
Salah satu urusan yang boleh dilakukan melalui mySIKAP ialah pembelian nombor pendaftaran kenderaan (beli nombor plat) untuk kereta yang baru dibeli. Selalunya kalau beli kereta baru, agen jualan kereta atau runner yang akan uruskan, tetapi caj/upah yang dikenakan adalah agak mahal. Dengan mySIKAP, kita boleh login dan buat sendiri dengan kos yang jauh lebih jimat.
Berikut merupakan pengalaman saya sendiri membeli nombor pendaftaran JPJ secara atas talian. Secara ringkasnya, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan:
1. Dapatkan login id & password mySIKAP di kaunter JPJ (perlu pengesahan biometric)
2. Login di website mySIKAP dan pilih menu Kenderaan>Tempahan No. Pendaftaran
3. Cari nombor pendaftaran yang dikehendaki
4. Bayar menggunakan kad kredit/debit atau perbankan online FPX
Lihat gambar screenshot berikut untuk gambaran lebih jelas bagi langkah-langkah di atas:
![]() |
Login pada sistem mySIKAP |
![]() |
Pilih menu Kenderaan>Tempahan No. Pendaftaran |
![]() |
Pilih Negeri dan nombor/julat nombor |
![]() |
Pilih julat nombor dalam lingkungan 50 nombor |
![]() |
Contoh hasil carian menggunakan julat nombor |
![]() |
Pilih mod pembayaran untuk nombor yang dikehendaki |
Simpa resit transaksi. Beri resit ini kepada agen jualan kereta untuk urusan pendaftaran kereta |
Kos yang perlu dibayar adalah kos standard iaitu RM210 sahaja (update: kos terkini adalah RM310). Jika guna agen, anda mungkin perlu membayar antara RM300 ke RM400 untuk nombor running yang biasa, dan jauh lebih mahal untuk nombor yang menarik atau unik. Jika kita guna sistem mySIKAP sendiri, kita dapat cari dan pilih sendiri nombor yang pada orang lain tak menarik, tetapi bagi kita menarik, contohnya tarikh lahir, nombor rumah, nombor telefon, dan nombor berturutan seperti x444 atau 444x.
Peringatan mesra: Tempoh untuk mendaftar kenderaan selepas membeli nombor pendaftaran adalah dalam tempoh 6 bulan. Pastikan ianya dibuat sebelum tarikh luput. Sumber: https://bit.ly/3jYvrel
Antara urusan lain yang boleh dilakukan di mySIKAP ini ialah urusan tukar hakmilik kenderaan dan renew lesen memandu (tunggu artikel seterusnya). Diharap artikel ini bermanfaat dan dapat membantu anda untuk guna sistem mySIKAP nanti. Selamat mencuba!