Selasa, November 22, 2022

Beli Bitcoin Dengan RM1 Sahaja

Tahukah anda minimum amaun untuk beli Bitcoin adalah serendah RM1 di Luno Malaysia?

Lihat video step by step berikut untuk beli Bitcoin dengan modal RM1:


Jom buka akaun Luno guna link berikut: https://www.luno.com/invite/V2FXR4

PM saya selepas register & buka akaun Luno untuk masuk ke group whatsapp. Boleh tanya apa-apa persoalan di situ. 

#Bitcoin
#AsetDigital
#MajuBersamaLuno

Jumaat, November 11, 2022

Bitcoin & Asset Digital Dari Perspektif Shariah

 1. Apa Itu Bitcoin?

2. Kenapa Bitcoin Bernilai

3. Adakah Bitcoin dibenarkan di bawah syariah?

Untuk soalan 1 & 2, boleh lihat infografik di bawah.


Soalan no. 3  pula yang berkaitan shariah ini, mula-mula dulu saya pun skeptikal. Saya ingatkan Bitcoin ni scam atau skim ponzi dan sama seperti forex yang sememangnya haram.

Tapi selepas ada berita mengenai aset digital dibenarkan di bawah syariah*  pada 7 Julai 2020, barulah yakin itu datang untuk melabur Bitcoin tanpa "was-was". Link berita: https://bit.ly/3G2JKKh

Untuk baca lebh terperinci mengenai ulasan dan keputusan SC, boleh rujuk dokumen Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (MPS SC) muka surat 180 hingga 183 di link: https://bit.ly/3n6iBfN 


p/s: Saya masih simpan screenshot whatsapp tahun 2018 ada kawan ajak terlibat Bitcoin dan perlombongan Bitcoin. Masa tu SC belum keluarkan kenyataan lagi. Reply saya masa tu "pelaburan yang baik adalah yang kita faham, mahir, bukan ikut orang, dan patuh syariah'.Dan tak terlibat langsung sehinggalah tahun 2020. 

Kepada yang belum ada akaun Luno dan berminat nak mula melabur Bitcoin, boleh daftar dan buka akaun di sini: https://bit.ly/3oobXkn

Selepas daftar, boleh pm saya di t.me/azlan_w untuk dimasukkan ke group whatsapp 2 hala.

Azlan Wahidin

Certified Luno Educator


#MajuBersamaLuno 

#KriptoUntukSemua 

#AsetDigital

Ahad, November 06, 2022

Certified Luno Educator


Alhamdulillah bermula 1 Nov 2022, saya secara rasmi telah menjadi "Certified Luno Educator" di bawah program LEAP (Luno Educator Accelerated Program). 


Dalam alam siber dan teknologi terkini, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang terjerat dengan tipu daya scammer berkaitan pelaburan kripto seperti Bitcoin. Ini disebabkan kurangnya ilmu dan pendidikan yang betul mengenainya.

Selain itu, ramai juga yang masih was-was apabila mendengar orang sebut Kripto & Bitcoin, ada banyak persoalan seperti:
❓Bitcoin ini apa?
❓Bitcoin ini bernilai ke? 
❓Bitcoin ini bukan scam atau skim ponzi?
❓Bitcoin ini bukan haram ke?
❓Berminat nak melabur Bitcoin, tapi tak tahu di  mana nak bermula dengan sah & selamat

Tanggungjawab Luno Educator adalah memberi pendidikan dan kesedaran yang betul mengenai Kripto, Aset Digital, asas Bitcoin, dan cara menggunakan platform Luno.

Kepada yang ada soalan seperti di atas, boleh pm saya di t.me/azlan_w atau boleh isi maklumat di https://tinyurl.com/AzlanLuno untuk dimasukkan ke group whatsapp private 2 hala bersama saya. Saya akan mengadakan sesi perkongsian secara online (zoom) untuk topik Asas Bitcoin 101 (Tarikh, masa, dan link akan diberi kemudian di dalam group whatsapp tersebut). 

Sedikit fakta menarik:
✅ Luno adalah Digital Asset Exchange pertama berdaftar & regulated di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
✅ Minimum amaun untuk beli Bitcoin di Luno adalah RM1
✅ Program LEAP adalah program unik yang pertama dijalankan di Malaysia dan mungkin juga di dunia. 
✅ Terdapat 355 pemohon untuk program LEAP, hanya 20% daripadanya lulus sehingga dapat certification. Terima kasih kepada Luno dan Ross Stephenson kerana memberi saya peluang ini. Saya amat menghargainya.

Kepada kawan-kawan yang belum ada akaun Luno dan berminat nak tahu lebih lanjut mengenai pelaburan kripto, boleh register akaun Luno guna referral saya, dan pm saya untuk makumat lanjut:

Azlan
Certified Luno Educator

#MajuBersamaLuno 
#CryptoForAll

Nota & Kemaskini terkini:
- Dukacita dimaklumkan, program Luno Educator sudah ditamatkan atas sebab tertentu dari pihak Luno. Oleh itu, webinar ini dan title Luno Educator tidak boleh digunakan lagi.


Jumaat, November 12, 2021

Kripto: Hype & Hukum


✅ 1. Beza aset digital vs mata wang kripto (crytpocurrencies) --------------------------------------------------------------------- Aset digital dalam bentuk kripto adalah sejenis bentuk aset yang baru dan boleh digunakan sebagai pelaburan. Kalau mata wang kripto pula, boleh jual beli barang guna kripto, contohnya beli kereta Tesla guna Bitcoin. Ada negara yang ada matawang kripto sendiri contohnya JPYC (Japanese Yen Stable Coin). Di Malaysia, kripto diambilkira sebagai aset digital, bukan mata wang atau legal tender. ✅ Hukum jual-beli kripto ----------------------------- Ini panjang ceritanya, perlu fahami ulasan mereka yang berautoriti atau pakar dalam bidang masing-masing. Antara ulasan terawal dan panjang lebar adalah Bayan Linas oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Nov 2018. Rujuk: https://bit.ly/3c3Z6hu Badan berautoriti untuk aset digital di Malaysia adalah Majlis Penasihat Shariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Kalau status halal/haram untuk barangan consumer kita refer JAKIM biasanya, untuk digital aset pula yang berkaitan pelaburan/pasaran ini, SC lah tempatnya. MPS SC bagi green light kata aset digital ini patuh shariah (*dengan syarat-syarat tertentu). Rujuk: https://bit.ly/3n6iBfN mukasurat 180. Fatwa Perlis mengenai Bitcoin (Dec 2019): Rujuk: https://bit.ly/3omqHjK -Harus bertransaksi dengan Bitcoin sebagai perantara pembayaran, pemindahan wang, aset simpanan dan berdagang dengannya. Namun perlu ambil kira faktor lain yang boleh sebabkan ia jadi haram. Jabatan Mufti Negeri Perak mengenai Kripto (Ogos 2021): Rujuk: https://bit.ly/2YFYsUm - Harus. pengguna perlu ada pengetahuan mencukupi mengenai perkara teknikal dalam kripto, risiko yang ada, peraturan dan kawal selia yang terlibat. Secara asasnya, kripto itu mestilah bersandarkan kepada teknologi yang sahih seperti kriptografi, blockchain, public ledger, mining dan proof of works, dan lain-lain. Bluechip kripto seperti Bitcoin, Ethereum, dan XRP ada ciri-ciri ini. Ada orang bertanya, jika berdagang dan spekulasi itu haram kerana seperti berjudi. Ya memang betul. Cuma dalam konteks kripto ini, kripto itu sendiri patuh shariah. Tindakan spekulasi ini yang tak boleh (biasanya ikut-ikut orang atau guna buy call). Ambil analogi pisau. Pisau ni boleh membunuh, berbahaya. Memang lah haram kalau guna pisau untuk perkara mudarat, tetapi pisau itu juga boleh guna untuk potong ayam, sayur, buah untuk manfaat masakan. Yang haram ialah tindakan bunuh guna pisau, bukan pisau itu sendiri. ✅ Kenapa harga kripto naik? --------------------------------- 1. Ramai percaya kripto ini masa depan dan hedging instrument. Dapat lawan inflasi dan alternatif pelaburan, lebih kurang kenapa orang beli emas. Ada juga trader tersakiti dari Bursa Malaysia jual saham rugi, tukar angin ke kripto. 2. Banyak negara dah mula buat regulation untuk kripto dan ada matawang kripto sendiri. Contohnya China, Bahamas, Austria, Nigeria. UK sedang pertimbangkan Britcoin. El-Salvador jadikan Bitcoin sebagai legal tender. So, ramai semakin yakin, optimis, dan kebimbangan berkurang. 3. Asas supply & demand. Bila demand lebih daripada supply, harga akan naik. p/s: ini adalah beberapa point penting dari sesi LIVE Majalah Labur. Boleh tonton rakaman penuh di : https://fb.me/e/1LPSrBCB6 ---------------------------------------------------------------------- 🔶 Bagi yang berminat nak buka akaun melabur kripto: https://bit.ly/3oobXkn 🔶 Bagi yang berminat nak buka akaun trade kripto guna robot: https://bit.ly/3qso4zq 🔶 Bagi yang berminat nak belajar kripto-mining: https://bit.ly/3c0XUvl Atau boleh pm jika nak belajar kripto dari zero step by step. #AsetDigital #Kripto #Bitcoin

Jumaat, September 17, 2021

Apa Itu Mata Wang Kripto?

 Apa Itu Mata Wang Kripto?


Dalam persidangan Dewan Rakyat pada 15 September 2021, bekas PM Najib Razak ada menyebut tentang cadangan penambahbaikan pelaburan aset digital - kripto di Malaysia. Saya percaya masih ramai belum melibatkan diri membeli/melabur dalam kripto ini. Mungkin pernah terdengar orang berkata, contohnya Bitcoin, tapi tak berapa ambil tahu.

Kripto ini sebenarnya adalah salah satu aset yang boleh dilaburkan sama seperti emas, hartanah, saham, dan aset lain-lain, cuma ianya dalam kategori berbeza iaitu "aset digital".

Secara am nya "cryptocurrency" adalah wang digital yang tidak berpusat ("decentralized) dan dikawalselia mana-mana kerajaan, tapi dikawalselia dan dijalankan menggunakan "mathematic algorithm" yang canggih iaitu kriptografi. Sesetengah syarikat menerima bayaran dalam Bitcoin, seperti Paypal, Microsoft, dan Tesla. Ada juga negara dah jadikan Bitcoin legal tender baru-baru ini iaitu El Salvador.

Di sebalik kripto, ada teknologi blockchain, iaitu lejer terbuka yang merekodkan setiap transaksi kripto menggunakan rangkaian komputer (miner) di seluruh dunia dan internet. Contoh blockchain transaction yang kita boleh lihat secara real time:

Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti sudah meluluskan 4 platform dagangan kripto. https://bit.ly/3Ai4R5s Salah satunya LUNO. Boleh beli dan jual kripto seperti Bitcoin di sini. Ada orang kata harga Bitcoin terlampau mahal, satu Bitcoin berharga RM 200,000, tak mampu nak beli. Tahukah anda kita boleh beli dalam pecahan unit, contohnya dengan RM100 boleh beli 0.0005 Bitcoin? Sama macam nak beli barang yang timbang kilo lah, contoh nak beli 1kg boleh, nak beli 0.005 kg pun boleh (5 gram).

Kalau nak try install app LUNO di smartphone, atau nak tengok-tengok dulu, boleh guna referral saya ni: https://www.luno.com/invite/V2FXR4. Dengan referral, anda boleh dapat percuma RM25 selepas beli RM250 Bitcoin.

Dalam dunia kripto juga ada teknologi robot-trading. Kalau korang pernah dengar app robo-advisor seperti Wahed Invest, RAIZ, Stashaway, dan BEST Invest, robot kripto pun lebih kurang begitu, cuma lain cara kerja nya. Robot kripto ni menggunapakai teknologi AI : artificial intelligence quantitative trading, di mana dia jadi scalping trader dengan menjual dan membeli kripto secara automatik mengikut algorithm yang kita dah set kan. Yang menariknya, robot ini berjalan 24 jam 7 hari seminggu, sangat sesuai untuk yang sibuk atau taknak pening-pening cari entry point dan exit point yang tepat.
Kalau korang nak try install dan tengok-tengok dulu app tu macam mana, boleh guna link berikut:
Install app (Android): https://bit.ly/2VIHK55
Install app (iPhone): https://apple.co/3ArM0F6
Robot tersebut perlu buat binding guna API (Application Programming Interface) dengan platform dagangan Huobi seperti berikut:
Install app (Android): https://bit.ly/3keabBB
Install app (iPhone): https://apple.co/3tHPzVa

Saya pernah buat posting mengenai pengalaman guna robot-trade ni dulu pada bulan July 2021: https://bit.ly/3hHsvRJ. Pada masa itu ROI 7.4%, untung 26 USD (RM108). Hari ini selepas lebih kurang 3 bulan setengah, profit makin berkembang menjadi 117 USD (RM 487), atau average ROI 7.1% sebulan (rujuk gambar). Bagi saya penggunaan robot-trade ini adalah teknologi yang sangat membantu untuk mengembangkan duit lebihan kita.

Cuma, sebagai peringatan, apabila melabur, mestilah guna duit lebihan yang kita sanggup rugi, bukannya mengharap untung semata-mata. Saya pun bermula dengan modal kecil, untuk test dan faham dulu app robot tersebut. Setiap pelaburan ada risikonya.

Sesiapa berminat nak tau lebih lanjut, atau bila dan install app tengok macam menarik boleh lah pm saya di sini. InshaAllah saya boleh bantu guide step by step dari zero. Kita sama-sama belajar sebab saya pun masih baru dalam dunia kripto ini.