Ahad, Januari 07, 2018

Renew Insurans Kenderaan & RoadTax Melalui Smartphone App: GetCover

Pada zaman teknologi serba canggih ini, banyak app smartphone boleh memudahka urusan harian kita. 

Melalui app GetCover, anda boleh masukkan nombor pendaftaran kereta dan maklumat kereta akan diperolehi dengan serta merta seperti kelayakan NCD, no. chasis, no. enjin, cubic capacity, manufactured date, dan lain2 kerana app ini integrate dengan database JPJ, ada kerjasama dengan MDEC, dan di bawah seliaan Bank Negara untuk FinTech & InsurTech.
Hanya ikuti 5 langkah demi langkah seperti gambar screenshot:
1. Check NCD
2. Vehicle Owner Details
3. Vehicle Details
4. Road Tax Renewal
5. Quotation










Selepas masukkan semua maklumat, anda akan dapat quotation (bayar pakai credit card atau debit card Visa/Mastercard) dan boleh pilih untuk renew Roadtax juga melalui MyEG. Saya dah cuba buat, dan hasilnya:
1. Polisi insurans siap tak sampai dalam 5 minit & akan dapat softcopy format PDF melalui e-mail
2. Roadtax dapat pada keesokan hari bekerja melalui runner MYEG (perlu kemukakan IC & thumbprint)

Secara keseluruhan, app ini amat bagus sebab:
1. Dapat menjimatkan masa (tak perlu cuti untuk ke JPJ/agen insurans)
2. Boleh monitor maklumat polisi insurans & kenderaan melalui app
3. Dapat request quotation dan kita boleh review dulu apa yang kena cover & harganya dengan terperinci.

Harap bermanfaat & selamat mencuba!

Link app GetCover di Google Play:
https://play.google.com/store/apps/details…
Liputan berita mengenai GetCover di Malaysia:
https://www.thestar.com.my/…/…/29/get-covered-with-getcover/
Official Website GetCover:
http://getcover.asia/

Selasa, Oktober 17, 2017

Analogi Mudah Mengenai Pelaburan Saham

Pelaburan saham secara mudahnya boleh dianalogikan seperti pizza.
Katakan satu pizza boleh dipotong 8. Bayangkan pula pizza itu seperti keuntungan syarikat. Semakin banyak untung syarikat, semakin besar pizza tersebut. Jika pizza makin besar, setiap potongan pizza (1/8) yang akan diperolehi juga semakin besar.
Dalam pelaburan saham, semakin untung sesebuah syarikat, nilai saham akan meningkat. Dividen daripada syarikat juga akan bertambah. Sebaliknya, jika syarikat rugi, nilai saham akan menurun dan dividen juga kurang atau tiada dividen langsung.
Graf turun naik saham sebenarnya adalah proses saham tersebut mencari nilai sebenar syarikat. Ia juga disebabkan oleh supply & demand (jualan dan belian saham), selain spekulasi pelabur jangka masa pendek (daily traders).
Bayangkan pizza-pizza ini dijual secara terbuka di dalam sebuah pasar, dan setiap pizza dipotong kepada banyak bahagian. Ada potong 15, potong 100, potong 1000. Semua pizza ini bebas dibeli oleh sesiapa sahaja. Dalam konteks saham di Malaysia, kesemua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah "public-listed company", maka segala aktiviti syarikat boleh diketahui umum, termasuk maklumat kewangan syarikat (penyata untung rugi, aliran tunai, aset, liabiliti, dan lain2), dan orang awam boleh menilai atau meneliti maklumat tersebut sebelum melabur dalam saham syarikat tersebut.
Tahukah anda sebenarnya majoriti daripada anda terlibat secara tidak langsung dengan saham ini? Ya..ianya melalui pelabur saham institusi atau pemegang amanah seperti PNB(uruskan ASB), KWSP, Tabung Haji, dan Public Mutual.
Mari kita lihat secara kasar jumlah pelaburan antara pelabur institusi yang besar di Malaysia. 
KWSP: 600 billion
PNB: 300 billion
LTAT: 200 billion
KWAP: 150 billion
Tabung Haji: 100 billion

Jika anda mahu melabur sendiri, anda boleh dapat peratus untung yang lebih tinggi daripada pelabur institusi, tetapi ia memerlukan ilmu, pengalaman, kesabaran, dan komitmen yang tinggi. Jadi melaburlah dalam ilmu dahulu. Dengan ilmu yang betul, keuntungan dapat dimaksimakan & kerugian dapat diminimakan. Perlu diingat, setiap pelaburan ada risikonya. Kalau ada orang ajak melabur, dijamin untung sekian2 dan anda hanya goyang kaki, memang sah lah itu scam.
Kredit gambar: www.pexels.com
Fakta pelabur institusi: Seminar Pelabur Global Dato Dr. Nazri Khan
Idea analogi pizza: https://youtu.be/F3QpgXBtDeo

Penulis: Azlan Wahidin

Khamis, Oktober 05, 2017

Hantar Gambar Dengan Resolusi Tinggi Atau Original Size Melalui Whatsapp

Whatsapp sudah menyokong perkongsian semua jenis fail. Ini bermakna, kita boleh menghantar gambar melalui whatsapp dalam full resolution tanpa compression. Kalau anda perasan, setakat ini gambar yang dihantar melalui whatsapp akan pecah2 (tidak jelas) apabila zoom in kerana whatsapp telah compress file tersebut. Lihat contoh details bagi gambar dari kamera saya dan apabila gambar tersebut dihantar melalui whatsapp:
Gambar asal dari kamera
4128 x 2322 (9.6MP)
Saiz 3MB

Gambar Whatsapp 
1032 x 581 (600KP)
Saiz 89.38KB

Compression: 9.6MP/600KP = 16




Whatsapp telah compress gambar tersebut sehingga 16 kali ganda. Untuk menghantar gambar tersebut dalam resolusi asa/resolusi yant tinggi (HD), anda perlu tekan butang Attach, kemudian pilih "Document" (bukannya Gallery), dan pilih nama fail bagi gambar yang ingin dihantar. Selamat mencuba!

Isnin, Julai 31, 2017

Jenis Video Di YouTube Dan Bagaimana Jana Pendapatan Melalui YouTube



Salam. Kali ni saya nak kongsikan mengenai Youtube. Untuk pengetahuan, siapa yang ada akaun Youtube ni boleh upload video dan share kepada kawan-kawan atau public, bergantung kepada privasi setiap video (Public, Unlisted, & Private).
1. Public - semua orang boleh search & tonton. 
2. Unlisted - hanya orang yang ada link sahaja boleh tonton walaupun tiada akaun YouTube. 
3. Private - hanya orang yang ada akaun Youtube dan ada link sahaja boleh tonton.

Kelebihan guna YouTube ni ialah
1. Laju apabila stream 
2. Boleh upload video sehingga UHD 4k resolution, atau memadai jika 1080p/720p
3. Boleh dapat duit melalui iklan, atau monetisation
4. Boleh jadi backup. Contohnya lepas pergi travel tempat menarik terus upload (disarankan set kepada private). Bila phone rosak video masih ada lagi
5. Ada integration google analytics, so boleh kaji keyword search atau video reference bagi video yang dah diupload untuk public

Mengenai monetisation: 
Perasan tak apabila tonton Youtube kadang-kadang ada iklan keluar sebelum video start, ataupun ada iklan banner kecik kat bawah video. Untuk pengetahuan, akaun YouTube yang layak untuk monetisation akan dapat duit bergantung kepada berapa kerap atau berapa banyak views, berapa kerap iklan yang keluar, pengiklan mana yang menyewa iklan, dan beberapa lagi faktor lain. Tetapi paling senang kira/congak ialah dari views, contohnya setiap 10,000 views dapat RM50. Youtuber paling banyak jana pendapatan ialah PewDiePie dengan pendapatan tahunan 15 juta USD.

Konsepnya sama seperti bagaimana stesyen televisyen dapat duit walaupun siaran mereka adalah percuma. (Sedang aysik tonton drama TV3 tapi asyik2 keluar iklan). Pengiklan seperti QuPuteh bayar kepada media prima untuk iklankan promosi produk mereka, kemudian media prima pilih untuk iklankan kat TV3. Waktu puncak atau waktu ramai orang tonton TV adalah iklan yang harganya paling mahal. Kos iklan yang cuma beberapa saat sahaja sebenarnya sudah mencecah ribuan malah berpuluh ribu ringgit.

Saya sendiri ada channel Youtube iaitu PJS2 PRODUCTION. Biasanya saya upload video yang telah saya edit. Saya suka edit video sebab saya sendiri selalu join aktiviti bersama kawan-kawan & edit rakaman video untuk pendekkan video tersebut supaya mengandungi kandungan penting/menarik sahaja. Semakin banyak edit video semakin bertambah skill/kemahiran selain dapat mengembangkan kreativiti. 

Selasa, Mei 23, 2017

Proses Cabut Undi & Pinjaman Perumahan Rumah Selangorku

Perkongsian kali ini adalah mengenai proses cabut undi dan pinjaman perumahan bagi Rumah Selangorku. Sebelum ini saya ada berkongsi mengenai Pengalaman Membeli Rumah Selangorku bagi projek apartmen DeBayu, Setia Alam (Type C).  

Saya kongsikan dahulu ringkasan dan kronologi proses pembelian Rumah Selangorku berdasarkan pengalaman saya sendiri:
  1. Mohon online di website LPHS: 25 Oktober 2016
  2. Ditawarkan rumah: 26 November 2016
  3. Dapat surat tawaran daripada developer: 7 April 2017
  4. Cabut Undi: 15 April 2017
  5. Mohon pinjaman perumahan: 15 April 2017
  6. Dapat tawaran pinjaman perumahan: 20 April 2017
  7. Tandatangan surat tawaran pinjaman perumahan: 26 April 2017
  8. Maklumkan peguam mengenai kelulusan pinjaman & proses penyediaan perjanjian bermula: 27 April 2017
  9. Developer minta salinan tawaran pinjaman perumahan: 8 Mei 2017
  10. Tandatangan perjanjian S&P & perjanjian pinjaman perumahan: 10 Julai 2017
Surat tawaran Rumah Selangorku daripada LPHS

Surat tawaran Rumah Selangorku daripada SP Setia (page 1) 
Surat tawaran Rumah Selangorku daripada SP Setia (page 2)



Kronologi nombor 1 & 2 saya dah cover dalam perkongsian sebelum ini. Saya akan kongsikan mengenai kronologi nombor 3 dan seterusnya. Saya dapat surat tawaran dan makluman untuk cabut undi pada 7 April 2017. Di dalam surat tersebut, terdapat 2 surat tawaran, satu daripada developer (SP Setia) bertarikh 1 April 2017, satu lagi daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bertarikh 10 Mac 2017. Tarikh cabut undi adalah dalam masa 2 minggu daripada surat tawaran iaitu 15 April 2017. Saya tidak mendapat apa-apa SMS ataupun call daripada developer yang menyatakan surat tawaran sudah ready dan kena cabut undi. Nasib baiklah saya ikut perkembangan semasa di group whatsapp dan group facebook Rumah Selangorku DeBayu. Untuk makluman, jika saya tidak hadir pada tarikh cabut undi, tawaran tersebut akan terbatal dengan sendirinya. 

  1. Pada hari cabut undi tersebut, saya perlu membawa bersama dokumen-dokumen berikut:
  2. Salinan surat tawaran developer
  3. Salinan MyKad (4 keping)
  4. Bayaran wang pendahuluan sebanyak RM2,000.00 (cek/bank draf atau tunai)
  5. Salinan surat tawaran LPHS
  6. Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  7. Salinan penyata terkini KWSP
  8. Salinan borang J/Borang EA
Pada hari cabut undi tersebut, Surat Perjanjian Jual Beli (Sales & Purchase Agreement) sudah tersedia dan saya perlu tandatangan surat perjanjian pada hari itu juga. Untuk makluman, walaupun sudah tandatangan S&P, jika kita tidak berjaya dapat mana-mana pinjaman perumahan dalam tempoh yang ditetapkan, kita akan dapat semula apa-apa bayaran yang telah dibuat kepada developer. Pada hari cabut undi itu juga, bank-bank panel ada sekali, so kita boleh terus bertanya kelayakan dan mohon pinjman perumahan. Saya mohon dari 3 bank iaitu Maybank, CIMB, dan BSN. 

Lebih kurang seminggu selepas tarikh cabut undi, saya dapat berita pinjaman perumahan saya lulus bagi ketiga-tiga bank (100% pinjaman). Mungkin sebab rekod CCRIS saya ok. Saya pilih Maybank sebab interest rate yang ditawarkan paling rendah sebanyak 4.5%, tambahan pulan gaji saya masuk ke Maybank, so boleh buat standing instruction (automatik tolak daripada akaun Maybank untuk bayar installment bulanan pinjaman perumahan). Insatllment bulanan saya untuk pinjaman Maybank adalah RM1021, bagi tempoh bayaran/pinjaman 32 tahun, termasuk MRTT RM8,549.00 


Agen Maybank telah datang ke office saya di Shah Alam untuk tandatangan surat tawaran pinjaman perumahan tersebut lebih kurang seminggu selepas dapat berita kelulusan pinjaman. Kemudian saya call person in charge di pihak developer untuk memaklumkan yang pinjaman saya dah lulus. Developer suruh saya maklumkan pihak peguam dahulu. Pihak peguam perlukan salinan surat tawaran pinjaman perumahan, dan mereka meminta supaya saya hantar softcopy (scanned sebagai fail PDF) surat tawaran pinjaman tersebut supaya dapat diproses lebih cepat kerana jika tunggu Maybank hantar surat tawaran secara serahan tangan, akan ambil masa seminggu. Seminggu selepas saya serahkan softcopy surat tawaran pinjaman perumahan, pihak developer call saya untuk minta softcopy juga. 

Selain S&P aggreement, perjanjian pinjaman perumahan juga akan disediakan oleh pihak peguam yang sama, dengan kos lebih kurang RM3,500.00 untuk legal fees & stamp duty. Untuk legal fees & stamp duty S&P, kos tersebut ditanggung oleh pemaju. Saya dapat maklum daripada group whatsapp/facebook bahawa proses penyediaan dokumen S&P dan perjanjian pinjaman perumahan akan ambil masa paling cepat pun sebulan. 

Update terbaru: Saya telah tandatangan perjanjian S&P dan perjanjian pinjaman perumahan bersama pihak peguam pada 10 Julai 2017. Saya perlu tandatangan setiap mukasurat dokumen perjanjian (lebih 50 mukasurat), dan kemudian perlu membayar wang sebanyak RM3,400 sebagai kos legal fees dalam masa sebulan. 

Setakat itu sahajalah perkongsian saya pada kali ini.