Rabu, November 30, 2022

Teknik DCA (Dollar Cost Averaging) & ciri "Repeat Buy" dalam app Luno.

Saya mencuba guna Repeat Buy di app Luno buat pertama kali. Disebabkan baru mencuba, saya mulakan dengan beli Bitcoin sebanyak RM1 setiap hari. Setakat ini belian berjaya dibuat untuk 7 hari berturut-turut tanpa gagal. 

✅ Teknik DCA adalah salah satu strategi yang bagus untuk pelabur newbie dalam mana-mana jenis aset termasuk aset digital kripto.
✅ Teknik DCA dapat mengurangkan impak ketidaktentuan pasaran (volatility), mengurangkan harga purata belian, dan mengawal emosi pelabur
✅ Dengan ciri "Repeat Buy", DCA dapat dibuat secara auto. Yang penting baki wallet mencukupi

✅ Harga terakhir 1 Bitcoin adalah RM74,555 (pada 29 Nov 2022 11.34pm). Tetapi unit terkecil Bitcoin ialah 0.00000001 (1 Satoshi), ada 8 digit selepas titik perpuluhan
✅ Dengan modal belian RM1 yang sama, jumlah aset Bitcoin yang dapat dibeli berbeza-beza. Ada hari dapat 0.00001308, ada hari dapat 0.00001325
✅ Contoh ini adalah belian setiap hari. Korang boleh set juga nak beli mingguan atau bulanan mengikut modal masing-masing





Berminat nak buka akaun Luno atau nak mula melabur Bitcoin? Daftar melalui link berikut dan pm saya di t.me/azlan_w untuk maklumat lanjut. Boleh dapat rewards 😁.
 
https://www.luno.com/invite/V2FXR4
https://www.luno.com/invite/V2FXR4
https://www.luno.com/invite/V2FXR4

#AsetDigital
#Bitcoin
#MajuBersamaLuno

DISCLAIMER
1. Perkongsian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan. 
2. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur aset digital adalah keputusan anda.

Selasa, November 22, 2022

Beli Bitcoin Dengan RM1 Sahaja

Tahukah anda minimum amaun untuk beli Bitcoin adalah serendah RM1 di Luno Malaysia?

Lihat video step by step berikut untuk beli Bitcoin dengan modal RM1:


Jom buka akaun Luno guna link berikut: https://www.luno.com/invite/V2FXR4

PM saya selepas register & buka akaun Luno untuk masuk ke group whatsapp. Boleh tanya apa-apa persoalan di situ. 

#Bitcoin
#AsetDigital
#MajuBersamaLuno

Jumaat, November 11, 2022

Bitcoin & Asset Digital Dari Perspektif Shariah

 1. Apa Itu Bitcoin?

2. Kenapa Bitcoin Bernilai

3. Adakah Bitcoin dibenarkan di bawah syariah?

Untuk soalan 1 & 2, boleh lihat infografik di bawah.


Soalan no. 3  pula yang berkaitan shariah ini, mula-mula dulu saya pun skeptikal. Saya ingatkan Bitcoin ni scam atau skim ponzi dan sama seperti forex yang sememangnya haram.

Tapi selepas ada berita mengenai aset digital dibenarkan di bawah syariah*  pada 7 Julai 2020, barulah yakin itu datang untuk melabur Bitcoin tanpa "was-was". Link berita: https://bit.ly/3G2JKKh

Untuk baca lebh terperinci mengenai ulasan dan keputusan SC, boleh rujuk dokumen Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (MPS SC) muka surat 180 hingga 183 di link: https://bit.ly/3n6iBfN 


p/s: Saya masih simpan screenshot whatsapp tahun 2018 ada kawan ajak terlibat Bitcoin dan perlombongan Bitcoin. Masa tu SC belum keluarkan kenyataan lagi. Reply saya masa tu "pelaburan yang baik adalah yang kita faham, mahir, bukan ikut orang, dan patuh syariah'.Dan tak terlibat langsung sehinggalah tahun 2020. 

Kepada yang belum ada akaun Luno dan berminat nak mula melabur Bitcoin, boleh daftar dan buka akaun di sini: https://bit.ly/3oobXkn

Selepas daftar, boleh pm saya di t.me/azlan_w untuk dimasukkan ke group whatsapp 2 hala.

Azlan Wahidin

Certified Luno Educator


#MajuBersamaLuno 

#KriptoUntukSemua 

#AsetDigital

Ahad, November 06, 2022

Certified Luno Educator


Alhamdulillah bermula 1 Nov 2022, saya secara rasmi telah menjadi "Certified Luno Educator" di bawah program LEAP (Luno Educator Accelerated Program). 


Dalam alam siber dan teknologi terkini, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang terjerat dengan tipu daya scammer berkaitan pelaburan kripto seperti Bitcoin. Ini disebabkan kurangnya ilmu dan pendidikan yang betul mengenainya.

Selain itu, ramai juga yang masih was-was apabila mendengar orang sebut Kripto & Bitcoin, ada banyak persoalan seperti:
❓Bitcoin ini apa?
❓Bitcoin ini bernilai ke? 
❓Bitcoin ini bukan scam atau skim ponzi?
❓Bitcoin ini bukan haram ke?
❓Berminat nak melabur Bitcoin, tapi tak tahu di  mana nak bermula dengan sah & selamat

Tanggungjawab Luno Educator adalah memberi pendidikan dan kesedaran yang betul mengenai Kripto, Aset Digital, asas Bitcoin, dan cara menggunakan platform Luno.

Kepada yang ada soalan seperti di atas, boleh pm saya di t.me/azlan_w atau boleh isi maklumat di https://tinyurl.com/AzlanLuno untuk dimasukkan ke group whatsapp private 2 hala bersama saya. Saya akan mengadakan sesi perkongsian secara online (zoom) untuk topik Asas Bitcoin 101 (Tarikh, masa, dan link akan diberi kemudian di dalam group whatsapp tersebut). 

Sedikit fakta menarik:
✅ Luno adalah Digital Asset Exchange pertama berdaftar & regulated di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
✅ Minimum amaun untuk beli Bitcoin di Luno adalah RM1
✅ Program LEAP adalah program unik yang pertama dijalankan di Malaysia dan mungkin juga di dunia. 
✅ Terdapat 355 pemohon untuk program LEAP, hanya 20% daripadanya lulus sehingga dapat certification. Terima kasih kepada Luno dan Ross Stephenson kerana memberi saya peluang ini. Saya amat menghargainya.

Kepada kawan-kawan yang belum ada akaun Luno dan berminat nak tahu lebih lanjut mengenai pelaburan kripto, boleh register akaun Luno guna referral saya, dan pm saya untuk makumat lanjut:

Azlan
Certified Luno Educator

#MajuBersamaLuno 
#CryptoForAll

Nota & Kemaskini terkini:
- Dukacita dimaklumkan, program Luno Educator sudah ditamatkan atas sebab tertentu dari pihak Luno. Oleh itu, webinar ini dan title Luno Educator tidak boleh digunakan lagi.


Jumaat, November 12, 2021

Kripto: Hype & Hukum


✅ 1. Beza aset digital vs mata wang kripto (crytpocurrencies) --------------------------------------------------------------------- Aset digital dalam bentuk kripto adalah sejenis bentuk aset yang baru dan boleh digunakan sebagai pelaburan. Kalau mata wang kripto pula, boleh jual beli barang guna kripto, contohnya beli kereta Tesla guna Bitcoin. Ada negara yang ada matawang kripto sendiri contohnya JPYC (Japanese Yen Stable Coin). Di Malaysia, kripto diambilkira sebagai aset digital, bukan mata wang atau legal tender. ✅ Hukum jual-beli kripto ----------------------------- Ini panjang ceritanya, perlu fahami ulasan mereka yang berautoriti atau pakar dalam bidang masing-masing. Antara ulasan terawal dan panjang lebar adalah Bayan Linas oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Nov 2018. Rujuk: https://bit.ly/3c3Z6hu Badan berautoriti untuk aset digital di Malaysia adalah Majlis Penasihat Shariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Kalau status halal/haram untuk barangan consumer kita refer JAKIM biasanya, untuk digital aset pula yang berkaitan pelaburan/pasaran ini, SC lah tempatnya. MPS SC bagi green light kata aset digital ini patuh shariah (*dengan syarat-syarat tertentu). Rujuk: https://bit.ly/3n6iBfN mukasurat 180. Fatwa Perlis mengenai Bitcoin (Dec 2019): Rujuk: https://bit.ly/3omqHjK -Harus bertransaksi dengan Bitcoin sebagai perantara pembayaran, pemindahan wang, aset simpanan dan berdagang dengannya. Namun perlu ambil kira faktor lain yang boleh sebabkan ia jadi haram. Jabatan Mufti Negeri Perak mengenai Kripto (Ogos 2021): Rujuk: https://bit.ly/2YFYsUm - Harus. pengguna perlu ada pengetahuan mencukupi mengenai perkara teknikal dalam kripto, risiko yang ada, peraturan dan kawal selia yang terlibat. Secara asasnya, kripto itu mestilah bersandarkan kepada teknologi yang sahih seperti kriptografi, blockchain, public ledger, mining dan proof of works, dan lain-lain. Bluechip kripto seperti Bitcoin, Ethereum, dan XRP ada ciri-ciri ini. Ada orang bertanya, jika berdagang dan spekulasi itu haram kerana seperti berjudi. Ya memang betul. Cuma dalam konteks kripto ini, kripto itu sendiri patuh shariah. Tindakan spekulasi ini yang tak boleh (biasanya ikut-ikut orang atau guna buy call). Ambil analogi pisau. Pisau ni boleh membunuh, berbahaya. Memang lah haram kalau guna pisau untuk perkara mudarat, tetapi pisau itu juga boleh guna untuk potong ayam, sayur, buah untuk manfaat masakan. Yang haram ialah tindakan bunuh guna pisau, bukan pisau itu sendiri. ✅ Kenapa harga kripto naik? --------------------------------- 1. Ramai percaya kripto ini masa depan dan hedging instrument. Dapat lawan inflasi dan alternatif pelaburan, lebih kurang kenapa orang beli emas. Ada juga trader tersakiti dari Bursa Malaysia jual saham rugi, tukar angin ke kripto. 2. Banyak negara dah mula buat regulation untuk kripto dan ada matawang kripto sendiri. Contohnya China, Bahamas, Austria, Nigeria. UK sedang pertimbangkan Britcoin. El-Salvador jadikan Bitcoin sebagai legal tender. So, ramai semakin yakin, optimis, dan kebimbangan berkurang. 3. Asas supply & demand. Bila demand lebih daripada supply, harga akan naik. p/s: ini adalah beberapa point penting dari sesi LIVE Majalah Labur. Boleh tonton rakaman penuh di : https://fb.me/e/1LPSrBCB6 ---------------------------------------------------------------------- 🔶 Bagi yang berminat nak buka akaun melabur kripto: https://bit.ly/3oobXkn 🔶 Bagi yang berminat nak buka akaun trade kripto guna robot: https://bit.ly/3qso4zq 🔶 Bagi yang berminat nak belajar kripto-mining: https://bit.ly/3c0XUvl Atau boleh pm jika nak belajar kripto dari zero step by step. #AsetDigital #Kripto #Bitcoin