Perkongsian kali ini adalah mengenai proses cabut undi dan pinjaman perumahan bagi Rumah Selangorku. Sebelum ini saya ada berkongsi mengenai Pengalaman Membeli Rumah Selangorku bagi projek apartmen DeBayu, Setia Alam (Type C).
Saya kongsikan dahulu ringkasan dan kronologi proses pembelian Rumah Selangorku berdasarkan pengalaman saya sendiri:
- Mohon online di website LPHS: 25 Oktober 2016
- Ditawarkan rumah: 26 November 2016
- Dapat surat tawaran daripada developer: 7 April 2017
- Cabut Undi: 15 April 2017
- Mohon pinjaman perumahan: 15 April 2017
- Dapat tawaran pinjaman perumahan: 20 April 2017
- Tandatangan surat tawaran pinjaman perumahan: 26 April 2017
- Maklumkan peguam mengenai kelulusan pinjaman & proses penyediaan perjanjian bermula: 27 April 2017
- Developer minta salinan tawaran pinjaman perumahan: 8 Mei 2017
- Tandatangan perjanjian S&P & perjanjian pinjaman perumahan: 10 Julai 2017
![]() |
Surat tawaran Rumah Selangorku daripada LPHS |
![]() |
Surat tawaran Rumah Selangorku daripada SP Setia (page 1) |
![]() |
Surat tawaran Rumah Selangorku daripada SP Setia (page 2) |
Kronologi nombor 1 & 2 saya dah cover dalam perkongsian sebelum ini. Saya akan kongsikan mengenai kronologi nombor 3 dan seterusnya. Saya dapat surat tawaran dan makluman untuk cabut undi pada 7 April 2017. Di dalam surat tersebut, terdapat 2 surat tawaran, satu daripada developer (SP Setia) bertarikh 1 April 2017, satu lagi daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bertarikh 10 Mac 2017. Tarikh cabut undi adalah dalam masa 2 minggu daripada surat tawaran iaitu 15 April 2017. Saya tidak mendapat apa-apa SMS ataupun call daripada developer yang menyatakan surat tawaran sudah ready dan kena cabut undi. Nasib baiklah saya ikut perkembangan semasa di group whatsapp dan group facebook Rumah Selangorku DeBayu. Untuk makluman, jika saya tidak hadir pada tarikh cabut undi, tawaran tersebut akan terbatal dengan sendirinya.
- Pada hari cabut undi tersebut, saya perlu membawa bersama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan surat tawaran developer
- Salinan MyKad (4 keping)
- Bayaran wang pendahuluan sebanyak RM2,000.00 (cek/bank draf atau tunai)
- Salinan surat tawaran LPHS
- Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
- Salinan penyata terkini KWSP
- Salinan borang J/Borang EA
Pada hari cabut undi tersebut, Surat Perjanjian Jual Beli (Sales & Purchase Agreement) sudah tersedia dan saya perlu tandatangan surat perjanjian pada hari itu juga. Untuk makluman, walaupun sudah tandatangan S&P, jika kita tidak berjaya dapat mana-mana pinjaman perumahan dalam tempoh yang ditetapkan, kita akan dapat semula apa-apa bayaran yang telah dibuat kepada developer. Pada hari cabut undi itu juga, bank-bank panel ada sekali, so kita boleh terus bertanya kelayakan dan mohon pinjman perumahan. Saya mohon dari 3 bank iaitu Maybank, CIMB, dan BSN.
Lebih kurang seminggu selepas tarikh cabut undi, saya dapat berita pinjaman perumahan saya lulus bagi ketiga-tiga bank (100% pinjaman). Mungkin sebab rekod CCRIS saya ok. Saya pilih Maybank sebab interest rate yang ditawarkan paling rendah sebanyak 4.5%, tambahan pulan gaji saya masuk ke Maybank, so boleh buat standing instruction (automatik tolak daripada akaun Maybank untuk bayar installment bulanan pinjaman perumahan). Insatllment bulanan saya untuk pinjaman Maybank adalah RM1021, bagi tempoh bayaran/pinjaman 32 tahun, termasuk MRTT RM8,549.00
Agen Maybank telah datang ke office saya di Shah Alam untuk tandatangan surat tawaran pinjaman perumahan tersebut lebih kurang seminggu selepas dapat berita kelulusan pinjaman. Kemudian saya call person in charge di pihak developer untuk memaklumkan yang pinjaman saya dah lulus. Developer suruh saya maklumkan pihak peguam dahulu. Pihak peguam perlukan salinan surat tawaran pinjaman perumahan, dan mereka meminta supaya saya hantar softcopy (scanned sebagai fail PDF) surat tawaran pinjaman tersebut supaya dapat diproses lebih cepat kerana jika tunggu Maybank hantar surat tawaran secara serahan tangan, akan ambil masa seminggu. Seminggu selepas saya serahkan softcopy surat tawaran pinjaman perumahan, pihak developer call saya untuk minta softcopy juga.
Selain S&P aggreement, perjanjian pinjaman perumahan juga akan disediakan oleh pihak peguam yang sama, dengan kos lebih kurang RM3,500.00 untuk legal fees & stamp duty. Untuk legal fees & stamp duty S&P, kos tersebut ditanggung oleh pemaju. Saya dapat maklum daripada group whatsapp/facebook bahawa proses penyediaan dokumen S&P dan perjanjian pinjaman perumahan akan ambil masa paling cepat pun sebulan.
Update terbaru: Saya telah tandatangan perjanjian S&P dan perjanjian pinjaman perumahan bersama pihak peguam pada 10 Julai 2017. Saya perlu tandatangan setiap mukasurat dokumen perjanjian (lebih 50 mukasurat), dan kemudian perlu membayar wang sebanyak RM3,400 sebagai kos legal fees dalam masa sebulan.
Setakat itu sahajalah perkongsian saya pada kali ini.