Saya nak berkongsi pengalaman saya membeli rumah SelangorKu.
Saya mula memohon rumah Selangorku secara online pada 25 Oktober 2016 dengan disertai segala dokumen yang perlu untuk rumah Type C 900kps. Semua dokumen yang perlu adalah dalam bentuk digital sama ada format PDF (ada yang saya scan guna scanner), dan gambar format JPEG/PNG. Saya menyemak status permohonan pada 26 Novembr 2016 dan mendapati status permohonan adalah "Ditawarkan Rumah" bagi projek DeBayu di Setia Alam, mukim Bukit Raja, daerah Petaling.
Namun, saya tidak mendapat apa-apa SMS, panggilan, atau email daripada pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) atau pihak Developer (SP Setia). Oleh itu, saya telah cuba menelefon kedua-dua pihak untuk mendapatkan kepastian.
Saya cuba untuk menelefon pihak developer dahulu. Selalunya, apabila saya menelefon talian am mereka, amat susah untuk panggilan saya disambungkan kerana talian sangat sibuk. Setelah mencuba berkali-kali, akhirnya panggilan saya dapat disambungkan dan mereka menyuruh saya menyemak dengan LPHS. Apabila menelelefon pihak LPHS pula, masalah sama dihadapi (panggilan susah disambungkan). Setelah berjaya disambungkan, mereka memaklumkan bahawa nama saya adalah dalam senarai yang berjaya untuk batch kedua (2nd listing) dan mereka baru sahaja menghantar kepada pihak developer. Mereka juga memaklumkan bahawa SOP terbaru bagi pembelian rumah Selangorku ialah pihak developer yang akan mengeluarkan surat tawaran, bukannya pihak LPHS seperti sebelumnya. Maka, proses pembeliannya akan menjadi lebih lama.

Seterusnya, saya menelefon semula pihak developer dan memaklumkan bahawa saya dalam senarai 2nd listing. Pihak developer memaklumkan yang mereka akan memanggil pemohon dalam 2nd listing pada bulan Januari 2017. Dan paling terbaru, pada bulan Januari saya mendapat maklumat (daripada group facebook dan group whatsapp) bahawa sebenarnya 1st listing hanya akan dipanggil bermula Mac 2017 kerana pihak developer masih memproses projek rumah Selangorku yang sebelumnya iaitu DeKiara. Senarai pemohon untuk 1st listing projek DeBayu sahaja mengandungi lebih kurang 300 orang lebih. Saya dalam 2nd listing, oleh itu saya menganggarkan saya akan dihubungi lebih lewat, mungkin bulan Mei 2017. Bagus juga proses nya lewat kerana dapat mengumpul duit deposit dan yuran guaman yang lebih banyak.
Dan baru-baru ini, saya sempat pergi sendiri ke galeri jualan Setia Alam iaitu di Setia Alam Welcome Center untuk mendapatkan kepastian dan meninjau sendiri model rumah Selangorku DeBayu dan mendapatkan brochure berkaitan. Staff di sana mengesahkan memang akan menghubungi pemohon DeBayu bermula bulan Mac 2017. Cuma tidak semua staff memaklumkan maklumat yang sama. Ada yang memaklumkan pemohon akan mula dihubungi bermula Mac 2017, ada juga yang berkata pemohon dalam 1st listing sudah pun mula dipanggil. Apa-pun, saya dapat mengambil beberapa gambar berkaitan projek rumah Selangorku di Setia Alam ini. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil.
![]() |
| Lokasi rumah Selangorku di hujung sekali berdekatan signage Setia Alam tu, 3 projek bertanda signage warna kuning |
Sambungan kepada blog post ini (Ringkasan kronologi, pinjaman bank, cabut undi no. rumah, dan lain-lain: Proses Cabut Undi & Pinjaman Perumahan Rumah Selangorku.